formula perniagaan

Perniagaan yang paling menguntungkan?

Perniagaan apa yang menguntungkan? Semestinya kita tahu 9/10 rezeki datangnya dalam perniagaan. Tapi, tak semestinya perniagaan yang kita lakukan akan berjaya dan dapat untung. Banyak juga perniagaan di luar sana yang mengalami kegagalan.

Jadi, persoalannya, sekiranya ingin memulakan perniagaan, perniagaan apa yang boleh memberi keuntungan kepada kita?

Soalnya, bukan pada perniagaan apa yang menguntungkan, tetapi perlu memenuhi dua elemen ini, iaitu, MINAT dan PERMINTAAN. Kerana dengan dua elemen ini, dua pihak akan untung – KITA dan PELANGGAN akan untung.

fromulaperniagaan

[PENGUMUMAN: Sertai program yang telah melahirkan paling ramai usahawan Internet Malaysia bersama Pakar Perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi. Klik di sini untuk maklumat lanjut]

MINAT

Sebaiknya, dalam perniagaan, kita mulakan perniagaan yang kita minat. Tanya pada diri kita sendiri, apakah latar belakang kita, industri apa yang kita lakukan, apakah hobi kita, kekuatan atau kebolehan yang kita miliki atau sesuatu sememangnya menjadi minat kita.

Langkah pertama dalam memulakan perniagaan yang menguntungkan adalah melihat dalam diri kita sendiri terlebih dahulu, iaitu MINAT. Minat akan menjadikan kita lebih bermotivasi dan terus mempunyai momentum untuk berjaya dalam bidang yang kita minati.

Dengan hanya melihat keuntungan TANPA melihat pada minat, adalah salah satu sebab utama perniagaan mengalami kegagalan.

Bila melakukan sesuatu yang kita minat, kita yang UNTUNG!

PERMINTAAN

MINAT sahaja tidak mencukupi. Pastinya kalau kita minat sesuatu, tetapi tiada permintaan untuk perniagaan tersebut, maka, pastinya perniagaan tidak akan dapat keuntungan.

Pastikan pula, langkah kedua adalah melakukan penyelidikian atau reseach atas pasaran anda. Sekiranya anda memulakan perniagaan tersebut, bagaimana pula dengan permintaannya?

Penyelidikan asas adalah dengan banyak bertanya, sama ada secara online, di forum, blog atau Facebook, ataupun tanya pada kenalan, keluarga dan rakan pejabat. Dengan hanya bertanya, berbagai-bagai maklumat pasaran kita boleh dapati mengenai perniagaan yang kita ingin jalankan.

Bila berniaga sesuatu yang mempunyai permintaan, pelanggan yang UNTUNG!

Oleh itu, formula perniagaan yang menguntungkan adalah adalah;

MINAT + PERMINTAAN = PERNIAGAAN YANG MENGUNTUNGKAN

Pastikan anda memiliki kedua-duanya kerana keuntungan bukan sahaja pada wang ringgit. Tetatpi juga dengan kepuasan hati berniaga kerana minat dalam memenuhi permintaan pelanggan.

*** Dapatkan bantuan dan bimbingan memulakan perniagaan Internet selama 6 bulan di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Ramai yang telah berjaya memulakan dan mengembangkan Internet bersama kami. Klik di sini untuk maklumat program terlaris ini bersama jutawan Internet, Irfan Khairi!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) 😉

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

16 thoughts on “Perniagaan yang paling menguntungkan?

  1. Salam,

    Alhamdulillah dan terima kasih atas perkongsian berilmu dari IK.

    Tidak dinafikan minat yang mendalam
    serta permintaan adalah faktor kejayaan
    dalam sesuatu perniagaan.

    Kadang-kadang apa yang membuatkan seseorang
    usahawan itu mudah berputus asa kerana minat
    yang terikut-ikut. Pastikan kita betul-betul
    minat apa yang kita lakukan.

    Ini kerana dengan MINAT lah dapat memotivasikan dan membuatkan kita
    tidak kenal erti penat… 🙂

    Great info IK! Congrats atas perjuangan IK
    selama ini dalam industri perniagaan internet di Malaysia… I Like!

    ~ Razif Yusof

  2. Alhamdulilah saya ada kedua-dua elemen ini, bagaimana dengan teknik perniagaan yang betul terutama dari segi pemasaran rasanya penting jugak tu untuk menjamin keuntungan berterusan.

  3. tahniah.. smoga suatu hr nanti, bangsa kita dpt ikut kehebatan bangsa2 lain..kekurangan kita ialah, kita masih bergantung kpd bisnes2 yg mendapatkan komisen shj..kalau la kta boleh mencipta produk sendiri, n pasarkan..rsnya, bangsa kita dpt membina empayar ekonomi yg dhsyt dan akan menguntungkan negara..

  4. Bagi pendapat saya minat tu sangat penting,
    tanpa minat kita takkan seronok.
    tak seronok maknanya susah.

    bila minat kita rasa enjoy buat kerja

  5. betul saya setuju apa yg En.Irfan sebutkan….. Perniagaan kita mestilah sesuai dengan kita tetapi kena tengok dulu pasaran apa dan bagaimana jalan @ cara yg betul… contohnya seperti kebanyakan laman web yg saya kaji ini banyak juga membantu dlm perniagaan saya dan sistem yg tersedia ada bnyk membantu…. contohnya bleh lawati di laman web di atas… hanya ingin berkongsi

  6. Macamana ya cara untuk tahu minat kita yang betul2?saya dah cuba banyak bisnes kecil2an tapi tak sapai sekerat jalan dah rasa boring…huhu…

  7. salam admin..hobi sy adalah memancing…dan sy bercita2 untuk memiliki perniagaan barangan pancing..kerana sy dapati bisnes ini amat memberangsangkan..jika kita pergi kedai pancing,mesti ramai je..xpernah la sy pergi kedai pancing kosong je..ada jugak la..dan melalui hobi memancing ni sy juga teringin menjadikan hobi ni sebagai bisnes..rasa2nya apa yg boleh di lakukan dengan hobi sy ni???? masih aktif lg ke blog ni?????

  8. Saya sedang mengikuti program intensif perniagaan internet ini di bawah kendalian Irfan Khairi dan team IKSB. Program yang sungguh hebat, praktikal dan disertai coaching yang sangat bagus. Pelaburan masa dan wang yang sangat berbaloi. Usaha tangga kejayaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.