Secara purata, sesuatu perniagaan tidak mendapat keuntungan pada tahun pertama- kalau ada, jumlahnya agak kecil. Tahun pertama sering dianggap tahun “belajar”.

Masuk tahun kedua, ianya menjadi tahun “implementasi”. Dengan mengenal pasti trend perniagaan yang berlaku pada tahun pertama, perniagaan dapat memperbaiki segala kelemahan.

Kebiasaannya sesuatu perniagaan mendapat keuntungan yang lumayan pada tahun ketiga.

Sebelum anda memulakan perniagaan, fikirkan perubahan musim perniagaan ini. Adakah anda sanggup membangunkan perniagaan anda sehingga 3 tahun yang akan datang? Atau anda hanya melihat keuntungan jangka pendek? Bolehkah anda mendapatkan modal pusingan untuk menampung perniagaan anda selama 3 tahun yang akan datang? Sanggupkah anda dedikasi diri anda kepada perniagaan anda untuk jangka waktu panjang?

Lebih dari 90% perniagaan gagal dalam tahun pertama. Mana tidaknya… tahun pertama adalah tahun belajar!

*Research di atas adalah pada perniagaan bukan Internet. Untuk perniagaan Internet, perubahan adalah lebih pantas berbanding dengan perniagaan bukan Internet.

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Kitar hidup produk 2 tahun
  • Berubah dalam perniagaan
  • Krisis adalah waktu perniagaan perlukan perubahan
  • Plan B