Thu 3 Sep 2009
Sekiranya ianya terjadi kepada anda, jangan sesekali membalas dengan memburukkan perniagaan pesaing kembali. Ini adalah kerana, sekiranya anda melakukan ini, anda pula akan dilihat sebagai memburukkan perniagaan lain dan 10 orang akan memburukkan anda. Dalam erti kata lain, “buat tak tau” sahaja… tetapi, jelaskan pada perniagaan anda segala manfaat, kelebihan dan kekuatan yang ada pada perniagaan anda.
Sekiranya terdapat pesaing memburukkan anda, tambahkan ilmu dan tambahkan kekuatan perniagaan sendiri sehingga ianya menjadi amat sukar untuk pesaing menyaingi anda.Tujuan utama pesaing memburukkan anda adalah untuk menjatuhkan anda, dan menaikkan nama mereka. Memandangkan ini tujuan utama, maka, anda perlu bersedia dalam pelbagai aspek- terutama ilmu perniagaan.
Tingkatkan ilmu perniagaan anda sehingga anda sendiri mendapat lebih ramai pelanggan dan pasaran sehingga sukar untuk sesiapa menyaingi anda.Tidak perlu bergaduh atau berlawan dengan pesaing anda oleh kerana ianya hanya akan membuang masa anda di mana tiada siapa yang akan menang.
Tetapi, dengan ilmu, anda boleh melepasi semua pesaing anda sehingga apa sahaja teknik kurang baik yang digunakan oleh pesaing anda tidak akan menjadi keatas anda. Malah, ia akan menjatuhkan pesaing anda sendiri.
Fikir sejenak… sekiranya gerai burger cuba memburukkan McDonalds, adakah ia akan menjatuhkan kredibiliti gerai burger tersebut? adakah ia akan menganggu keuntungan McDonalds? Adakah McDonalds akan membalas balik dan memburukkan gerai burger tersebut?
Jawapan: Lengkapkan ilmu perniagaan anda sehingga jurang perniagaan anda dan pesaing anda menjadi seperti McDonalds dan gerai burger! THINK BIG!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

September 28th, 2006 at 8:30 am
“The Magic of Thinking Big”…Perkara ini kita kena bersedia dari segi mental dan ilmu serta pengentahuan yang luas dalam bidang perniagaan. Buat masa ini anda mungkin tak rasa , tetapi bila kita dah berjaya dan perniagaan telah berkembang, maka jatuh dan menjatuhkan perniagaan kita sedikit sebanyak mungkin ader. mahupun dari segi politik ataupun profesional.Bagi saya yang paling susah ialah yang melibatkan politikal issue.errm ini tak perlu dipanjangkan.. Tapi yang penting kita buat secara ikhlas kerana Allah insyaalah kejayaan akan memihak kepada kita.
September 28th, 2006 at 9:08 am
Irfan…ilmu nak bersaing ni ada banyak. Tapi ada yang boleh pakai. Tapi memburukkan pesaing ni dah kira macam salah satu strategi persaingan , ramai pulak yang pakai third party bagi menjatuhkan pesaing mereka. Apakah yang perlu kita buat?Perlukah kita mempelbagaikan produk atau harga bagi kita berjaya dlm persaingan? Mungkin ada input lain.
September 28th, 2006 at 11:49 am
Wah sedihnya saya, Catatan semalam tak dapat masuk, walaupun dah submit napa ye?
Saya setuju sangat dengan saranan tu. Kalau kita dah besar atau dah gagah memanglah boleh buat dek je. Tapi kalau bebaru ni, memanglah kena buat jugak macam kata tu. Cuma perasaan akan rasa cukup tertekan.
Jadi kenalah beri tip jugak tentang nak bertahan pada masa yang tak tertahan dan tertekan. Ilmu memang kena cari dan boleh di cari, tapi makan masa jugak tu.
September 28th, 2006 at 1:29 pm
Assalamualaikum…
jadikan pesaing seperti itu sebagai cabaran, kadang2, bila terkena mcm ni la baru kita nampak kelemahan & kekurangan yg ada pada perniagaan atau produk kita..
jadi, tambahkan ilmu dan berusaha mencari jalan untuk mengatasi semua tu….
insyaallah, kalu kita berniaga kerana ALLAH, berlandaskan agama, insyaallah kita akan dilindungi & di berkati. itu janji ALLAH
September 28th, 2006 at 1:47 pm
Terima kasih atas tips
Kalau kita tahu pesaing kita memburukkan kita ok juga.. tapi kalau kita tak tau dan sale kita pun kurang,itu yang susah sikit.Tapi apa pun,kita kena tabah sebab perniagaan ni biasalah ada turun & naik.
Itu semua rezeki masing-masing,kalau produk kita tak jalan,jangan pula dengki dengan perniagaan orang lain.Sebaliknya kita cuba tingkatkan jualan kita,fikir pelan pemasaran dan sebagainya.Betul kata kita kena tingkatkan ilmu perniagaan baru boleh jadi peniaga atau usahawan yang berjaya
Salam Usahawan!
September 28th, 2006 at 4:53 pm
pasal persaingan ni, kita kena kerja lebih dari biasa, belajar lebih banyak dari biasa untuk mengalahkan pesaing kita..
dalam bisnes, perlu juga memberi servis yang terbaik, buat pelanggan lebih dihargai kerana mereka juga manusia yang ada perasaan..bersaing secara sihat lebih baik..
dengan attitude, skill dan knowledge(ASK) yang betul, mampan dan power, kita akan dapat kalahkan pesaing, tidak kira apa jua perniagaan yang dijalankan..
saya lihat hari ini persaingan dalam bisnes makin hebat, misalnya persaingan antara Astro ngan TV3, contoh lain juga, persaingan antara stesen Radio Era dengan Hot FM..
masing-masing bersaing cara sihat dan berusaha menjadikan stesen mereka dekat dengan pendengar…macam-macam cara yang diorang pakai, sampai siap nak bagi duit free hanya dengan dengar radio HotFM saja..fuyoo..
yang penting, analisis pasaran (market share), kenali siapa pesaing anda dan ketahui pattern bisnesnya, kelemahannya dan kekuatannya, barulah dia boleh dikalahkan..
September 28th, 2006 at 5:09 pm
perniagaan yang selalu mengutuk perniagaan lain ni, selalunya adalah perniagaan yang kurang maju atau lemah di pasaran. sebab itu mereka mengambil pendekatan mengutuk perniagaan lain dengan harapan perniagaan yang lain akan jatuh, mereka akan maju.
kini, kita tahu pendekatan ini adalah tidak betul dan hanya memburukkan lagi perniagaan yang mengutuk sahaja.
sebab itu juga kita lihat perniagaan-perniagaan yang sudah sedia maju tidak mengambil pendekataan ini walaupun mempunyai pesaing. mereka lebih menggunakan pendekatan persaingan secara sihat.
September 28th, 2006 at 6:14 pm
Agaknya kalau memijak sehingga ke TANGGA SERIBU untuk sampai ke puncak jaya.. Kita kini di tangga ke berapa dlm bab ilmu dan praktikal..
“INGINKU BELAYAR KE DESTINASI INDAH ITU.. NAMUN KDG2 OMBAK MENGGANAS MENGHEMPASKAN AKU KE PANTAI SEMULA.. MUDAH2AN KALI INI AKAN LEBIH GAGAH MENAHAN PUKULAN OMBAK DAN KU TERUS MARA KE DESTINASI JAYA, DGN SEMANGAT YG JITU DAN HARAPAN YG MEMBARA, LAUTAN API KURENANGI JUA..”
Ewahhh.. ruangan sajak, syair gurindamlah pulak..!
September 28th, 2006 at 6:16 pm
Kalo tak silap saya ada gak syarikat besar yang ada pegawai yang kerja nya menjawab tomahan2 dari orang2 tak bertanggung jawab. Tapi bukan kutuk balik, cuma menerangkan perkara sebenar kepada orang ramai..
September 29th, 2006 at 10:28 pm
Tingkatkan ilmu dan kuasai mehairan-kemahiran baru…Thanks
July 28th, 2007 at 9:52 am
saya ada pernah terbaca di internet seorang penulis tempatan mengutuk Irfan di web sitenya. bukan setakat Irfan sahaja, malah, Dato Fadilah Kamsah, Tuah, Fazley, dan ramai lagi. kesemuanya dia kutuk hinggakan macam dia sahaja yang amat bagus (perasan bagus).
tapi betul macam kata, ciptakan jurang yang amat jauh dengan ilmu dan pengalaman. penulis tersebut, tiada siapa yang mengenali. bak kata orang, “Tong kosong, lagi banyak bunyi bila diketuk”. nama-nama yang dikutuknya semuanya menjadi bangsawan negara dan banyak membantu masyarakat. nama penulis tu pula, ramai yang mengutuknya akibat sikapnya yang negatif ini.
tiada pula irfan atau yang lain-lain membalas kutukannya!
bravo!
September 3rd, 2009 at 11:12 am
Assalamualaikum. Saya pula berpendapat usahawan tulen tidak akan terkesan dengan tingkah laku pesaing kerana fokus mereka ada customer.
Bagaimana untuk terus memberikan nilai yang terbaik kepada customer. Bilamana cutomer gembira dan berpuas hati secara tidak langsung bisnesnya berkembang.
Pesaing nak memburukkan ke nak menjatuhkan ke tidak kisah, selagi bisnes kita mempunyai ramai customer yang gembira dan berpuas hati.
Assalamualaikum
September 3rd, 2009 at 11:21 am
Kenapa mesti memijak orang lain untuk ke puncak kejayaan? Bukankah Usaha itu Tangga kejayaan..berusahalah..dunia..dunia..
September 3rd, 2009 at 2:34 pm
Salam
Good competitive sometimes need in this world. Do you agree?
September 4th, 2009 at 1:41 am
ya tips yang menarik dan baik untuk diikuti..Sekali sekali cuba dijatuhkan memang la rasa nak marah..Kadang sampai meluap-luap..mana taknya kita buat bisnes jujur orang lain pulak yang cuba nak jatuhkan..Tapi dengan tips yang IK berikan sekurang-kurangnya boleh dijadikan panduan untuk leih maju dan berdaya saing..TQ
September 4th, 2009 at 8:11 am
btl tu, slalunya sikap dengki ni slalu terjadi kt usahawan melayu..padahal perniagaan mereka bukan se-gah sangat pun..last2 dua2 lingkup
September 4th, 2009 at 9:45 am
Apa yang penting cara terbaik untuk menang dalam ‘pertempuran’ ialah sentiasa PEKA dengan ‘musuh’ anda. Jika mereka buat sesuatu, pastikan anda alert dan ‘take action’ untuk fight back dengan sesuatu yang lebih ‘perfect’.. Oleh itu taktik gerila marketing + USP (unique sales proposition) jika difahami sepenuhnya ia akan memberi competitive advantage yang mana competitor anda takkan termampu untuk bersaing dengan anda jika anda menguasainya..
September 4th, 2009 at 4:52 pm
persaingan penting untuk membina kekuatan diri dan perniagaan, lebih2 lagi dari segi kekuatan kerohanian.
“make you happy life spirit of confidence”
September 4th, 2009 at 6:33 pm
Memburukkan dan menjatuhkan pesaing adalah satu kerja yang sangat buang masa.
Adalah lebih baik jika berbuat baik ataupun memerhatikan dan menilai kekuatan seseorang. Menjadikan ia contoh untuk kita maju sepertinya.
Saya percaya sesuatu bisnes akan maju dengan sendirinya jika kita jujur melakukannya dan tidak tamak. Rezeki sentiasa ada dimana-mana, kita perlu mencarinya dengan sabar.
September 4th, 2009 at 9:20 pm
Setuju sangat dengan tulisan idea saudara Irfan..
September 4th, 2009 at 11:47 pm
thanks saudara irfan ,maklumat yg berguna.dan bernas.
September 5th, 2009 at 11:28 am
Strategi bagi mengatasi isu ini ialah dengan berbaik dgn pesaing. Melalui collaboration, so we can leverage on one another’s strengths.
Prinsip “BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH”
Dengan bergabung, kedua-duanya menjadi lebih besar, lebih berkuasa dan lebih power. Resultsnya adalah, ia dapat menarik lebih ramai traffic, thus lebih ramai prospects/pelanggan bagi kedua-duanya (berbanding dgn hanya sedikit saja jika marketing dilakukan secara sendiri-sendiri)
Other Benefits:
Both parties jimat costs marketing dan banyak lagi when they share their resources.
September 5th, 2009 at 12:45 pm
Yup, you are absolutely right… Tiada gunanya pun nak burukkan orang lain… Orang yang tidak berjiwa besar sahaja yang suka memburukkan orang lain.. plus, buang masa je kalau layan benda2 macam tu… baik fokus pada skills dan knowledge…
September 5th, 2009 at 1:52 pm
Anggap ia satu cabaran
September 5th, 2009 at 6:43 pm
Setuju! X nak menjauhkan org lain.. dan juga x nak di jatuhkan
September 6th, 2009 at 10:05 am
ada satu time dulu TELCO kat M’sia buat persaingan macam dalam iklan kat tv. Beriya-iya diaorang fight. Kita yag tgk ni rasa best jugak dan dapat banyak info selepas itu tentang kebaikan & kekurangan company tu sebelum decide nak tukar line telephone ke tak…
September 6th, 2009 at 11:33 am
salam irfan , selamat berpuasa, lama saya tak comment dalam ruangan ini, saya sangat setuju bahawa setiap perbuatan pasti ada pembalaasannya, baik dibalas baik, jahat dibalas jahat, cumanya cepat atau lambat. btw irfan sebagai idola saya dan saya amat percaya pada perniagaan SOHO walaupun saya seorang guru, sedang berjinak2 dengan mlm , saya dah ada laman web sendiri, www.kedaifini.com. masalahnya sekarang baru saya perasan bila saya pasang sticker kat kereta ada kawan2 yang baca sebagai ke daif ini. sedihnya
September 6th, 2009 at 7:48 pm
Saya bersetuju dgn saudara Irfan.
Ilmu yang tinggi merupakan salah satu faktor untuk kite berjaya.
Kalau tidak masakan sesebuah negara boleh runtuh jika rakyatnya tidak menguasai Ilmu.
“Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China”.
**tk susah,streamyx ada..browse je semua bleh jumpe**
hehehehe..
(^_^)
September 7th, 2009 at 8:06 am
Ibarat kata orang tua dulu-dulu, biar orang buat tak baik pada kita, jangan kita buat tak baik pada orang. Membalas dendam hanya memuaskan hati yang dikuasai syaitan..
September 7th, 2009 at 1:48 pm
Nak tanya pernigaan Online Vemma boelh dipercayai ke? Dari sudut syariah dan saya ada tanya ustaz2 kata ada unsur “gharar” atau ketidakpastiaan sistem online itu sendiri sehingga menampakkan sama mcm skim cepat kaya tapi berselindung disebalik jualan produk.tapi bkn sangat nak jual produk tapi nak jual sistem sampai org tetarik produk tak guna pun. boleh saudara irfan komen sikit.Kalau bisnes online ok yang mana setakat ini berpotensi besar boleh jana untung yang banyak.
September 7th, 2009 at 4:41 pm
Yang penting fokus pada perniagaan kita dan jadikan kelemahan pesaing sebagai kekuatan kita
September 8th, 2009 at 9:19 am
aslm…
betulll…sy sokong ngan IK…
jgn suka menjatuhkan orang lain dengan taktik kotor, Allah swt akan membalas perbuatan org yg melakukannya….
September 8th, 2009 at 9:30 am
aslm….
sy sokong IK..
jgn suka menjatuhkan org lain,tp tingkat kan diri sehingga pesaing ketingggalan ke belakang dengan sendiri nya…
September 8th, 2009 at 10:15 pm
Bersaing dengan menggunakan idea yang kreatif.itu baru dinamakan bersaing yang sihet.
September 20th, 2009 at 7:06 pm
ye dalam bisnes nie punya dugaan yang dasyat asalkan jangan putus asa terus usaha insyaallah ada rezeki