Mon 18 May 2009
Promosi perniagaan - The Rule of 5
Posted by Irfan Khairi under Tip Perniagaan , Perniagaan InternetPenahkah anda dengar tentang “Rule of 5″?
Kita semua tahu tentang 94% perniagaan (Internet dan juga bukan Internet) gagal kerana tidak melakukan promosi. Bagaimana kah kita hendak tauhu sama ada promosi kita mencukupi?
Di sini lah timbulnya “The Rule of 5″. ia mengatakan bahawa pada setiap masa, sekurang-kurangnya anda mempunyai 5 cara promosi yang bergerak serentak. Itu lah dia nya Rule of 5.
Contoh, pada satu waktu mungkin:
- Anda mengedarkan flyer
- Anda membuat pengiklanan di Internet
- Anda membuat free preview mengenai perkhidmatan anda
- Anda promosi melalui email (bukan spam!)
- Anda berjumpa prospek
Cukup lima… itulah The Rule of 5. Lima kaedah promosi dilakukan serentak. Di atas contoh sahaja… terpulang kepada anda kaedah apa yang anda gunakan.
Sekiranya anda melakukan perniagaan, dan lihat keuntungan tidak memberangsangkan… cermin kembali perniagaan anda. Adakah anda aplikasikan the Rule of 5? Kalau tidak… sendiri mau ingat!
![]()
Juga ingat… the Rule of 5 adalah MINIMA. Kalau yang minima pun anda tidak lakukan… maka, jangan disalahkan perkara2 lain.
Salahkan diri anda sebagai pemilik perniagaan.
Tip Satu Minit yang berkaitan:

May 20th, 2009 at 8:42 pm
Wow! IK gaya bahasa agak tegas kali ni…
May 20th, 2009 at 9:30 pm
ye ke? sekali sekala perlu tegas
-ik
May 20th, 2009 at 9:35 pm
low cost but effetive
May 20th, 2009 at 11:12 pm
Salam Irfan,
Terima kasih kerana mengingatkan. Bab pemasaran dan promosi ni memang lemah bagi kebanyakan perniagaan, termasuklah saya sendiri. Saya kaji balik apa yang saya lakukan, nampaknya Rule of 2 pun kadang-kadang tak dapat.
Saya akan cuba paksa diri untuk melakukannya. Kalau orang tak tahu tentang produk kita, bagus macam mana pun tak guna.
Risalah Labur Niaga
May 20th, 2009 at 11:19 pm
Kadang2 orang kita berat untuk keluar kos untuk promosi atau marketing. Satu cara pun dah berat apatah lagi 5? Tetapi kita harus sedar;
-”No promotion, no sales”
-”Marketing is cost for your business, other than that is cost against your business”
May 20th, 2009 at 11:25 pm
4 cara promosi di atas sy giat lakukan utk kembangkan perniagaan sy. Sy tertinggal cara pertama iaitu mengedarkan flyers. Yeah!! Sy pasti mulakan cara promosi tersebut. Cukupkan Rule of 5!. Thanks IK!!
May 20th, 2009 at 11:59 pm
Thanx IK.Sejak attend ur woksyop 7 Feb lepas,hampir setiap hari saya work hard on building my business.Macam tak percaya je yang sekarang saya ada bisnes sendiri.Walaupun belum power lagi,tapi within 1 month, sales lebih RM500.Something good for a new starter like me.No doubt promosi memang kena berjalan setiap hari.This rule of 5 I’m gonna apply it as soon as possible.Tapi feninglah sikit nak build website IK..hehe
May 21st, 2009 at 12:59 am
Saya setuju dgan ik inilah perkara yg paling penting untuk membina perniagaan yang berjaya.Budget utuk pengurusan promosi pun ada.Nak dapat keuntungan mesti kena ada pelaburan yg sepadan dengan keuntunagan yg bakal kita perolehi.untuk membina jenama kita perlu bekerja kuat dan keras untuk mempromosikan perniagaan kita.Tapi kreativi dalam promosi itu sangat penting untuk menarik bakal pembeli.
May 21st, 2009 at 1:05 am
Untuk mendapatkan keuntungan RM 5 angka.(ini telah berlaku pada perniagaan online saya).Kos promosi dlam tempoh 3 bulan lepas pun mencecah 5 angka juga.perlu ada pelaburan dalam promosi.Jangan berkira dalam budget untuk promosi yang penting perlu ada kreativiti.Join workshop ik pasti dapat ilmu ini punya.thanks sifu.
May 21st, 2009 at 1:17 am
Salam,
Ramai yang terlepas pandang tentang 5 Rules ni.
Saya sendiri pun promot tak sistematik.Patut le kurang berkesan.
Bagus 5 Rules ni.Izinkan saya letakkan kat blog saya artikel ini.
May 21st, 2009 at 8:28 am
Salam.
Tip yg menarik. TQ IK.
boleh digunapakai.
Nak tanya boleh?
Berkenaan flyers…
saya dapati flyers saya kurang berkesan.
nak kena ubah tektik ni.
Regards
May 21st, 2009 at 9:52 am
terima kasih bro IK, perkara2 yg terlepas pandang, buat promosi tapi tak cukup “rule of 5″, insyaallah sekarang berusaha ke arah “rule of 5″.
May 21st, 2009 at 10:33 am
Assalamualaikum?
Promosi…Promosi…Promosi
Memang pening memikirkan promosi ni jika tak ada modal. Walaubagaimanapun ada cara penyelesaiannya. Hari2 saya buat promosi dalam internet, tapi belum cukup 5 perkara tu…
Terima kasih atas ingatan ini…
Yatie
http://www.atiqahumaira.com
May 21st, 2009 at 11:42 am
Salam IK,
Memang banyak kena promosi untuk sentiasa dapat sales. Alhamdulillah customer memang tak putus.
Yang preview tu boleh explain sikit tak? Kurang faham la pulak. Ke kita cerita sendiri dalam blog atau email marketing?
May 21st, 2009 at 12:13 pm
Promosi ibarat nyawa perniagaan. Saya mesti tumpukan lebih perhatian dari segi promosi mulai sekarang.
p.s: Alamak! The rule of 5 pun tak lengkap lagi daa…
May 21st, 2009 at 12:14 pm
masih x ckup “rule of 5″ lg..flyer dah de..tp blom edarkan lg…sedang di usahakan..
mekasih ik…
May 21st, 2009 at 3:36 pm
emm saya setuju dengan rule of five ni….sebab pernah buat kajian sendiri..kalau takde 5 tu memang hancur la…
May 21st, 2009 at 10:41 pm
Salam,
Camne nak implement rule of 5 dalam perniagaan internet?
May 21st, 2009 at 10:42 pm
mcm mana hendak membuat pengiklanan melalui ineternet?
bussinessperson.blogspot.com
May 21st, 2009 at 10:46 pm
Thanks.. tips yg cukup menarik. walaubagaimanapun, kita kena think out of the box iaitu lakukan yg 5 ini dan juga fikir, kaji dan lakukan rule-rule yg lain pula..
May 21st, 2009 at 11:06 pm
1-5 saya tulis tu sekadar contoh. anda boleh guna cara promosi kombinasi yang lain
janji 5… rule of 5
-ik
May 22nd, 2009 at 1:52 am
Hmm.. setakat ni saya cuma guna online promotion dan masuk flyers kat post box je. OK lepas ni kena cuba lebih banyak cara promosi.
May 22nd, 2009 at 8:17 am
salam IK.. yati ni dari sabah…
mcm biasa setiap pagi cari ruang buka ruangan IK… sehari tak baca info.. rasa tak lengkap dalam kehidupan.. mcm da gian baca info IK… siapa belum dtg workshop… try dtg memang tak menyesal punya.. pertama kali saya rasa seminar yg padat , tak boring, tak sedar masa berlalu walaupun habis pd 6.30pm..mula pla on time 9.00am.. sgt berdisiplin..
ttg promosi.. saya tak buang masa terus ja buat promosi utk Maya Beauty Care… baru 3 hari pelanggan memang ramai.. tak menang tangan.. kedai tutup biasa jam 7.00pm .. la ni tutup jam 11.30 pm.. Ini berkat aplikasi ruangan promosi yang dr ik bagi le… terima kasih banyak2.. skarang minggu pertama ni saya da mula nak cipta info untk perniagaan internet.. ikut jak nasihat IK…. ok jumpa lagi di puncak kejayaan
May 22nd, 2009 at 12:12 pm
Salam IK,
Setakat ni saya cuma guna 3 cara untuk promosi. Nampaknya kena pikir 2 kaedah lagi la ye..
Terima kasih IK atas ilmu ni. Selama ni memang tak pernah pun pasal The Rules of 5 ni…
May 22nd, 2009 at 9:37 pm
Salams,
Wah benar betul kata Dr. Saya ada gunakan sampai 3-4 teknik pada masa ke masa. Ada yang secara automatik contohnya email responders dan ada juga secara manual - flyers dan jumpa orang.
Fadzuli
Orang Singapore
May 24th, 2009 at 11:08 am
Bagusla tips The Rule of 5.
Kalau dalam bidang hartanah, mereka tekankan
LOCATION,LOCATION,LOCATION…
Bisnes kita kene tekankan,
PROMOTION,PROMOTION,PROMOTION…
betul x IK?=)
May 24th, 2009 at 11:37 am
promosi mmg perkara paling penting dlm perniagaan. tanpa promosi tiada siapa akan tahu tentang produk kita.
Sm2 kita mencuba the rule of five.
Good luck to all!!!
May 28th, 2009 at 2:36 pm
Salam…IK
Saya selalu mengingatkan diri saya tentang 5 PERKARA ni.
Bahawa saya sedang/akan buat 5 PERKARA ni sebelum dtgnya datang 5 PERKARA yg lain.
Tapi… (The Rule of 5) adalah Tips yg mesti saya buat setiap hari…sekurang2nya 1 drpdnya .
Salah 1 yg 5 ni dah jdi budaya saya…
Klu x buat …..jgn mimpi nak jadi usahawan yg berjaya.
OK…IK.. teruskan tips2 yg power lgi.TQ
June 17th, 2009 at 4:49 pm
setakat ni baru 4 cara promosi:
-artikel di blog
-komen di forum
-melalui emel
-free preview
June 18th, 2009 at 11:17 am
Mesti 5 IK?
Okies. Menurut perintah Jutawan.. Org yg berjaya berkongsi Mana mungkin aku boleh abaikan…
July 9th, 2009 at 2:21 pm
salam…
dalam biz,
talk…talk…talk…
ini juga cara promotion
August 12th, 2009 at 10:42 pm
great tip! tq IK
October 15th, 2009 at 10:22 am
Terima kasih kerana memberi tips yang amat berguna walaupun MINIMA.
Kalau ada lain2 tips, tolong maklumkan.
TQ
Excel Management Consultants
aaisyan1118@gmail.com
November 10th, 2009 at 7:21 pm
ada sesiapa yang boleh berikan idea cara promosi lain supaya kita dapat lebihkan lg promosi kita… kalau guna SMS ok x IK?