Psikologi perniagaan pusat membeli belah

shopping_bags.jpg

Bila kita masuk pusat membeli belah, berbagai-bagai psikologi perniagaan digunakan untuk menarik pembeli. Dari harga, muzik yang dimainkan, lokasi produk telah dirancang dengan rapi untuk menarik emosi pembeli untuk membuat belian. Perasan tak anda antara psikologi perniagaan termasuk…

  • Produk-produk yang kecil seperti gula-gula, majalah, diletakkan disebelah kanan kaunter bayaran– hanya kerana kebanyakan antara kita cenderung menggunakan tangan kanan. Lokasi produk2 kecil ini di kaunter memudahkan kita membelinya dengan tidak fikir panjang dan terus mencapainya- penambahan belian kecil RM2 dari seorang pelanggan boleh menjadi RM2juta untuk setiap pelanggan di semua cawangan pasaraya!
  • Muzik-muzik yang dimainkan seringkali muzik berunsur gembira dan popular untuk menaikkan mood pelawat supaya turut bergembira. Bila pelawat gembira, maka lebih mudah dan banyak belian dilakukan! Begitu juga dengan gambar-gambar orang/keluarga gembira digunakan di sekeliling pasaraya- menarik psikologi orang untuk turut gembira.
  • Harga produk sering kali tidak dibulatkan ke jumlah puluh terdekat supaya nampak murah seperti – RM29.90 dan bukan RM30.00. Ini menggalakkan belian 😉

Apa lagi psikologi perniagaan/pasaraya yang anda perasan? Kongsikan di sini…. 😉

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) 😉

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

17 thoughts on “Psikologi perniagaan pusat membeli belah

  1. 1) Teknik pencahayaan lampu yang membuatkan produk nampak lebih menarik berbanding ketika produk dibawa ke luar pasaraya.

    2) Layanan mesra salesgirls yang mempromosikan produk tertentu terutama di bahagian kosmetik dan krim muka.

    3) Beli satu produk dapat hadiah percuma atau misteri.

    4) Susunan produk mengikut kategori yang memudahkan pelanggan membeli dan membelek produk.

    5) Rekabentuk pusat beli belah itu sendiri di mana kebiasaannya lokasi pintu keluar ke parking kadang kala sukar dicari dan tersorok membuatkan pelanggan akan melalui lebih banyak kedai dan mungkin membeli barangan secara tak sengaja.

    setakat tu saja psikologi perniagaan di pusat beli belah yg blh difikirkan.. tq 😉

  2. Barang-barang murah diletakkan di pintu masuk, secara psikologinya kita akan anggap semua barang di situ murah. Dan barang paling murah diletakkan di kaunter, secara psikologinya harga murah itu kekal dalam ingatan walau ketika kita di rumah dan membuatkan kita ingin datang lagi ke situ.

  3. Yes..saya pun prasan pada harga RM39.90 bukannye RM40.00..pandai diorang.ada lagi,kedai2 mengikut tema.. kalo transformer ada bumblebee ke,mcm kt pavi ada kereta Batman kt kedai jual baju2 superman..ada yang letak Predator dari besi2 terpakai and ada kedai baju ala2 korean ke apa dia tembak spotlight kat bju and bila masuk je rasa cam dalam club je so secara tak langsung kita tau pakaian tu cemane bila kene lampu2 ala2 dinner,club.. 🙂 kongsi je..

  4. Assalam,

    Satu tip yang saya nak kongsi di pasaraya ialah, kebanyakan pengunjung yang masu ke pasaraya akan menghala ke sebelah kanan.

    Dan di dalam pasaraya, ada sudut yang meanawarkan sampel untuk dirasa oleh pengunjung. sambil2 rasa, kalau best, mesti pelanggan akan beli, kan?

  5. Serang kali juga saya lihat pasaraya akan ubah lokasi kedudukan barangan untuk memudahkan dan memberikan keselesaan kepada pelanggan selain dari menampakkan suasana baru dan menarik dalam pasaraya.

  6. Up sell kadangkala ketika membeli buku atau kedai perfume (lupa pulak nama kedai tu) ada saja tawaran kupon diskaun diberikan so secara tak langsung terpaksa beli lebih 🙂

  7. tesco mengunakan point belian untuk diberikan dalam bentuk baucer diskaun barangan yang terpilih.pelanggan akan melihat diskaun yang diberikan akan merasakan satu kerugian jika tidak mengunakan baucer tersebut kerana baucer tersebut mempunyai expired date.

  8. Jaya Jusco Midvalley :

    -beli 2 pada harga 1
    -beli 3 percuma 1
    -meletakkan mesin ATM di tingkat yg menjual barang2 wanita. Malah betul2 di tepi eskalator
    -tandas yg sangat bersih
    -ada terselit kafe dan kedai komik di tingkat menjual pakaian!
    -barangan murah diletakkan betul2 di depan entrance

    Toys r us :

    -meletakkan tv yg memutarkan video demo alat permainan

  9. Psikologi ‘memancing’ pelanggan bermula SEBELUM anda memasuki ke dalam pasaraya lagi. Bermula dengan tempat parking kereta yang keliru dengan bermacam-macam kod nombor seperti A 22, B 4 dan sebagainya atau parking bertingkat-tingkat,bertujuan hanya satu sahaja – agar anda ‘sesat’ dan berasa nak ‘tinggal lama’ di dalam pasaraya. Sebaik sahaja anda memasuki pasaraya, aircond… lif… lantai berpijak cantik… muzik-muzik yang menggetarkan jiwa… yang merupakan “senjata-senjata” pasaraya akan ‘bekerja keras’ mempengaruhi emosi anda agar ‘selesa’ dan nak ‘tinggal lama’ di dalam pasaraya. Tak percaya ??? Cuba tanya anak-anak anda, berapa minit dia berada di dalam pasaraya berbanding berada di dalam kedai runcit ? Prinsip pasaraya mudah sahaja; ” Semakin lama customer ‘tinggal’ dalam pasaraya, semakin ‘kempis’ poket mereka. Ini disebabkan mereka berbelanja akibat terpengaruh dengan “senjata-senjata” pasaraya yang saya cakapkan tadi… Fikir-fikirkanlah… Yosh!

Leave a Reply

Your email address will not be published.