Rezeki perniagaan bila berpagi-pagi

Hadis menyebut…

“Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan”

pagi.jpg

Waktu pagi adalah waktu paling efektif mental dan fizikal kita selepas berehat malam hari. Orang-orang yang berjaya ramainya mengamalkan bangun awal dan memulakan kerja awal. Sekiranya anda berniaga, maka, mulakan aktiviti perniagaan anda awal pagi!

Konsep Pereto 80/20 mengatakan, 20% daripada usaha dan masa kita apabila memberi fokus yang terbaik akan memberi pulangan perniagaan dan produktiviti 80%. Sering kali, waktu pagi adalah waktu terbaik dan paling jelas minda dan tenaga kita berfungsi- beri fokus yang sebaiknya di awal setiap hari.

Salah satu kunci kejayaan adalah bangun awal. Ramai dapati sukar untuk bangun awal pagi, ubatnya adalah tidur lebih awal – walaupun 30 minit lebih awal akan membantu.

Tidak perlu melihat ikon-ikon luar seperti Bill Gates, Donald Trump, Oprah Winfrey yang mulakan aktiviti untuk perniagaan mereka di awal pagi, hadis telah sedia menyebut:

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari” (Diriwayatkan al-Baihaqi)

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) 😉

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

11 thoughts on “Rezeki perniagaan bila berpagi-pagi

  1. Memang betul tu saya sangat setuju kerana sudah ada penjelasan di dalam alquran dan hadis mengenai rezeki awal pagi kalau kita lihat sendiri di awal pagi bagi mereka yang berniaga sarapan sudah ada yang membeli sarapan kuih muih di awal pagi sebelum ke tempat kerja, jadi kalau mereka tidak ambil peluang untuk memulakan kerja di awal pagi maka rezeki pada hari itu kurang dan begitulah sebaliknya. Terima kasih atas perkongsian artikel ini.

  2. Setuju sangat dengan perkongsian IK. Rezeki terbuka luas pada waktu pagi. Saya juga ada baca yang Donald Trump yang dah jutawan, dia tidur pukul 1 pagi dan bangun pukul 5 pagi semata-mata untuk lebih ke hadapan daripada pesaingnya.

  3. Saya setuju isi dalam artikel ini…bangun awal sikit..buat solat sunat dulu, subuh, kalu leh jemaah..insyallah, berlipat ganda rezeki mendatang.

  4. saya setuju dengan isu ini..kalo boleh untuk yg muslim, bangun awal + solat subuh berjemaah + baca quran + solat dhuha = Rezeki yang tidak disangka2 akan datang pada anda…Cuba lah

  5. Benar, boss. Berpagi-pagian itu senjata rezeki orang Islam, mana yang percaya akannya. Solat subuh berjemaah + solat dhuha + berwirid dan zikir stiap pagi, cubalah. Memang terbuka luas rezeki… lambat atau cepat itu sudah rahsia Allah.

  6. Terima kasih atas perkongsian.
    Pagi, waktu untuk reset semula minda, jiwa dan kejayaan.
    Bila berpagi-pagi, semangatnya lain macam lah.
    Mudah-mudahan, Insha Allah, segala-segalanya dipermudahkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.