trans.jpgMungkin movie yang ramai sedang tertunggu-tunggu tak lama lagi adalah Transformers, Revenge of The Fallen. kalau anda tak tunggu pun, saya tunggu :)

Baru saja saya melawat Toys R Us, dan bermacam-macam robot transformers kini berada di pasaran… berpuluh-puluh.

Anak saya juga sukakan Ben-10, di Toys R Us, semua siri alien Ben 10 ada… berpuluh-puluh gak alien dia.

Tak lama dulu, ‘craze’ Pokemon juga melanda satu dunia dengan beratus-ratus siri ‘Pocket Monsters’ berada di pasaran…

Transformers, Ben-10 & Pokemon mempunyai persamaan dalam strategi perniagaan mereka. Iaitu, menciptakan satu “siri” untuk produk-produk mereka…

Dengan menciptakan sebaris siri seperti robot transformers, alien ben 10 & monsters pokemon. Mencipta siri untuk perniagaan anda akan menggalakkan “collectors” yang pasti akan membeli seluruh siri produk anda.

Boleh kah anda mencipta satu “siri” untuk produk atau perkhidmatan anda?

Contoh mudah adalah buku saya Siri RahsiaInternet.com yang kini mempunyai 2 siri (Rahsia Jutawan Internet Terbongkar & Soal Jawab Perniagaan Internet) manakala Siri Nota Jutawan pun mempunyai 2 siri (Nota Motivasi & Nota Perniagaan). Kini saya sedang menghabiskan siri ke-3 iaitu Nota Jutawan: Nota Kewangan (coming soon!).

So, bagaimana pula dengan anda? Ciptakan siri produk anda tersendiri & galakkan “collectors” untuk siri-siri anda…

Boleh kah anda lihat strategi ini digunakan di sekeliling anda?

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • IK Podcast @ BFM89.9fm
  • Perniagaan Internet ASAS: 4 Langkah Memulakan Perniagaan Internet
  • Bagaimana Cara Memusnahkan Pesaing Anda
  • Bersama Irfan Khairi siri 01 @ WW Astro Awani