Selamat Tahun Baru 2013- tahun inspirasi, perniagaan dan kewangan!

Walaupun sudah 1 minggu berlalu 2013, masih belum terlewat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru kepada anda! Alhamdulillah tahun 2012 was a good year. Harapan 2013 akan menjadi lebih hebat lagi! Sedikit imbasan aktiviti dan berita Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB) untuk tahun 2013.

  • Usahasama IKSB dan Asia eUniversity menghasilkan program universiti “Diploma Eksekutif Pemasaran Internet dan Media Sosial”
    Program 9 bulan ini telah mendapat sambutan yang amat hebat sejak 2012 dengan 3 intake telah dilakukan. Tahun 2013 akan menyaksikan beberapa lagi intake untuk program separuh masa diploma eksekutif ini!
  • Penerbitan majalah bulanan Majalah IK – Inspirasi Kejayaan
    Kini Majalah IK telah jangkau isu yang ke 8 pada penutup 2012. Berbagai dugaan dan cabaran dilalui oleh kerana bidang penerbitan majalah adalah amat baru untuk kami. Namun, alhamdulillah atas sokongan anda, Majalah IK kini diterima ramai sebagai pilihan majalah berbentuk inspirasi, perniagaan dan kewangan! Dapatkan di kedai-kedai majalah, atau melanggan terus dari kami di http://www.ik.com.my
  • PowerBoost – Produk energy!
    Penghujung 2012 kami telah melancarkan produk kesihatan pertama kami di bawah anak syarikat IK Xcess Sdn Bhd. Produk masih baru, setahun jaggung mendapat sokongan dari beberapa personaliti dan selebriti seperti Ogy Ahmad Daud dan Kevin Zahri.
  • Produk dan perkhidmatan RahsiaInternet.com
    Sejak tahun 2005 lagi Rahsia Internet tidak putus mendidik orang ramai tentang perniagaan melalui Internet. Sehingga kini, produk buku, CD, DVD dan Workshop masih dijalankan dan permintaan yang sering meningkat setiap tahun. Terima kasih atas sokongan anda selama ini! Lawati http://www.rahsiainternet.com

Seperti saya katakan, 2012 adalah tahun yang hebat, namun tahun 2013 ingin kami jadikannya lebih hebat lagi dengan sokongan anda! Antara perkara menarik 2013 adalah…

  • Program belajar dari rumah set 18 DVD Rahsia Jutawan Internet 2.0 telah dilancarkan!
    Pakej Jutawan Internet 2.0 akan memaparkan strategi dan teknik efektif perniagaan Internet untuk melipatkali gandakan pendapatan perniagaan anda melalui mendapatkan lebih ramai prospek, lebih ramai pelanggan, lebih banyak jualan dan lebih tinggi keuntungan melalui Internet! Dapatkan maklumat lanjut di http://www.irfankhairi.com/jutawaninternet2.0
  • Usahasama Irfan Khairi dan KRU Academy
    Mulai Februari 2013, Irfan Khairi dan KRU bekerjasama untuk jelajah Malaysia MASTERCLASS- menyampaikan cara menjana pendapatan di era digital bersama Norman KRU, Yusry KRU & IK! Maklumat akan diumumkan di Facebook saya. Jangan lupa “LIKE” my Facebook!
  • Ruang@IKSB – dibuka untuk tempahan
    IKSB kini mempunyai ruang seminar/training/workshop untuk disewa di Mutiara Damansara. Harga sewa bermula pada hanya RM100 sahaja untuk penggunaan. Laman web Ruang dalam progress ya! 😉

… dan berbagai-bagai lagi aktiviti dan perancangan tahun 2013. Semoga bagi anda dan kami juga, moga tahun 2013 lebih baik dari tahun 2012!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

7 thoughts on “Selamat Tahun Baru 2013- tahun inspirasi, perniagaan dan kewangan!

  1. Tahniah IK, semoga terus berjaya lagi pada masa hadapan. Sebagai student 1st batch AeU, terasa sangat beruntung dapat belajar dari IK. Banyak Ilmu yang dapat dipelajari sepanjang 9 bulan di AeU. Pada sesiapa yang masih belum mengetahui tentang perniagaan internet, sangat2 dialukan belajar dengan kursus Executive Diploma media sosial yang diajar oleh IK ini. Sangat berbaloi.

  2. Salam..abg IK

    persoalannya..kenapa bila saya klik link facebook abg TAK ada muncul? apakah masalahnya sukar saya nak bertanya kepada abg ik..bolehkan abg bagitahu apakah facbook abg sebenarnya?
    Terima kasih.

  3. Salam sejahtera,

    Saya sentiase mengikuti perkembangan IK dari mula saya menceburi bidang Internet Marketing. Semoga IK terus sukses dalam bidang ini.

    ikhlas dari saya,
    blogger- jatuh bangun dalam perniagaan

Leave a Reply

Your email address will not be published.