Seminar Rahsia 3K: Kejayaan, Kebahagiaan & Kekayaan

Suka saya war-warkan Seminar Rahsia 3K yang akan diadakan di PWTC, Kuala Lumpur pada hari Ahad ini. Untuk beberapa minggu yang lepas, saya & Abang Abu menjalankan sesi Bicara Santai untuk memperkenalkan Seminar Rahsia 3K dan alhamdulillah kini, akan menyertai seramai 180 peserta (kurang 20 untuk penuhkan tempat!)

Terima kasih tak terhingga bagi anda yang menyertai Bicara Santai saya & Abang Abu di Cititel & Vistana Hotel- memang riuh dibuatnya!

3k_pic.jpg

Seminar 3K akan dikendalikan oleh saya sendiri, Abang Abu, dan IronLady Datuk Dr Maznah Hamid di PWTC Kuala Lumpur pada hari Ahad 24hb Oktober ini (9.00 pagi – 6.00 petang)! Kami sasarkan 200 peserta, dan kini hanya 20 tempat sahaja tempat perlu dipenuhi. Sekiranya anda berminat, kami amat mengalu-alukan kehadiran anda!

Apa yang anda akan pelajari dari kami bertiga…

  • Menyediakan diri ke arah mencipta kejayaan
  • Menyelami bakat dan potensi diri dan bagaimana membangunkannya
  • Membina keyakinan, kekebalan dan kepintaran diri dan emosi anda!
  • Melipat gandakan keuntungan perniagaan anda dengan membina jenama
  • Strategi menggandakan pelanggan perniagaan 4 kali ganda!
  • Sistem pengurusan wang secara mudah dan paling efektif!
  • Memupuk minda dan personaliti  ‘MAGNET WANG’ seperti JUTAWAN!

Bagi sesi saya, saya akan sampaikan sesuatu yang amat penting dalam perniagaa dan kaedah yang paling hebat untuk bersaing dengan pesaing kita, iaitu – MEMBINA JENAMA secara offline dan juga online!

logosss.gif
Perniagaan kecil-kecilan harus belajar dari perniagaan besar dalam membina jenama!

.

Zaman ini, dengan terlalu banyak pesaingan, setiap perniagaan perlu membina jenamanya tersendiri. Sesi saya akan mendedahkan kepada anda dari bagaimana hendak memulakan perniagaan, sehingga cara membina jenama perniagaan anda! Tidak kira sama ada perniagaan anda adalah perniagaan besar, sederhana atau kecil, jenama adalah satu “guarantee” kejayaan perniagaan anda!

Saya akan sampaikan:

  • Langkah pertama memilih perniagaan untuk diri anda
  • Kaedah memilih nama, logo, slogan dan warna perniagaan supaya jenama anda mudah dikenali
  • Ketahui rahsia JENAMA, iaitu strategi perniagaan yang paling penting pada zaman ini
  • Cara bersaing menggunakan jenama anda dan mendapat pelanggan lebih daripada pesaing anda
  • Bagaimana menggunakan Internet untuk menggandakan jenama anda denagn mudah, murah & pantas
  • Pelajari cara menggunakan media majalah, surat khabar, radio & TV dalam meningkatkan jenama
  • Kaedah melancarkan jenama perniagaan anda sendiri… yang pastinya takkan gagal!
  • … dan banyak lagi!
The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

3 thoughts on “Seminar Rahsia 3K: Kejayaan, Kebahagiaan & Kekayaan

  1. Salam,hari-hari IK utamakan seminar,adakah IK masih lagi menyediakan perkhidmatan grafik terutama rekacipta logo? sebab ramai nak gunakan perkhidmatan IK yang lain!.-selamat berjaya..

    Penyokong IK.

  2. Tahniah kepada Dr IK kerana tak jemu-jemu memberikan ilmu bisnes untuk dimanfaatkan bersama. Jangan lepaskan peluang yang ada.

  3. Ingin sangat nak pergi seminar ni..byk yg boleh di pelajari dari org yg telah berjaya. Akan datang ada lg ker seminar ini?

    saya dah ada program lain pada tarikh yg ini. harap2 ada rezeki boleh pergi seminar ni lain kali.InsyaAllah.

    semoga kita bersama menuju kejayaan ORA! ORA!

Leave a Reply

Your email address will not be published.