Sering kali, ramai antara kita selalu mempunyai idea hebat. Silap-silap, semua orang pernah mempunyai idea yang hebat bermain di fikiran. Idea tersebut, mungkin dalam bentuk menciptakan sesuatu, menghasilkan sesuatu atau berniaga sesuatu.

ideabulb.jpg

Semua orang mempunyai idea hebat yang kadang kala berlegar difikiran yang mungkin boleh membuatnya kaya & juga terkenal.

Tetapi, kesilapan yang paling besar adalah, kita abaikan idea tersebut oleh kerana… idea itu datang daripada kita sendiri!

Kita sering melihat dan menganggap orang lain yang mendapat idea, dan mengimplementasikan idea tersebut adalah hebat dan lebih bijak dari kita. Bila tibanya kita sendiri mendapat idea, kita rasa kita ni kurang bijak… dan kurang hebat.

Pemikiran begitu adalah salah!

Lihat sahaja idea-idea perniagaan di sekeliling anda. Kebanyakannya bukanlah hasil daripada orang yang hebat & bijak. Tetapi, dihasilkan oleh mereka yang percayakan idea masing-masing dan mengambil langkah untuk mereliasasikan idea tersebut :)

ps: kan dah banyak kali kata… IK pun bukan hebat & pandai. Tetapi, sekadar mengimplementasikan segala idea yang saya ada :)

pps: Sekiranya anda mempunyai idea untuk memulakan perniagaan Internet, Sabtu ini 21hb saya akan berada di KB, Kelantan untuk mengendalikan Workshop Jutawan Internet. Klik di sini untuk maklumat lanjut. Workshop di KL pula akan diadakan bulan depan pada 11hb April. Klik di sini untuk maklumat workshop.

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • ADA idea tetapi TIADA modal
  • Kongsi idea dan bebaskannya
  • Passion is more important than brains & talent
  • Idea hebat ketika cuti…