Thu 14 Feb 2008
Memang tidak dapat dinafikan bahawa komunikasi adalah penting dalam perniagaan. Tahukah anda perkataan apa yang paling penting dalam komunikasi?
Pakar perniagaan mengistilahkan bahawa komunikasi adalah “kom-YOU-nikasi”. Perkataan paling penting adalah YOU atau AWAK… atau lebih tepat lagi, NAMA seseorang itu.
NAMA seseorang itu adalah perkataan yang paling sedap didengari oleh seseorang. Untuk hebat dalam perniagaan, anda perlu hebat dalam komunikasi. Dan untuk hebat dalam komunikasi, anda perlu memupuk tabiat menyebut NAMA seseorang itu.
Apabila anda diperkenalkan dengan seseorang, cuba hafal namanya dan sebutkan namanya dalam perbualan. Mereka akan merasakan anda mengambil berat tentang mereka dan lebih mesra dengan anda- amat penting dalam perniagaan!
Berikut beberapa tip sekiranya anda jenis selalu terlupa nama orang yang baru diperkenalkan:
- Dapatkan nama orang itu, dan dalam perbualan, sebutkan namanya beberapa kali dalam perbualan dengannya
- Selepas meninggalkan seseorang itu, ulang sebut namanya seorang diri beberapa kali.
- Sekiranya anda takut lupa namanya, tulis namanya pada kertas untuk rujukan sepanjang hari.
Saya teringat pertama kali bertemu dengan Dato Dr Fadzilah kamsah. Memang Dato hebat dalam menggunakan nama seseorang. Sepanjang perbualan dengan Dato, beliau sering menggunakan nama “Irfan” beberapa kali membuatkan kita merasa mesra dengannya!
Satu tip perniagaan secara halus
Tip Satu Minit yang berkaitan:

February 15th, 2008 at 2:03 am
yup! betul tu irfan. Tips yg amat berguna utk hafiz.
akan hafiz amalkan selalu utk lebih mesra dengan pelanggan2 MIBO yg lain. terima kasih irfan.
February 15th, 2008 at 2:49 am
Malah orang yang kita ingati namanya kita akan secara automatiknya akan mengingati nama kita juga..Nice
February 15th, 2008 at 8:01 am
Menyebut nama seseorang itu (pelanggan), seolah2 kita telah kenal lama dan menjadikan perbincangan lebih terbuka dan tidak terlalu rasmi..
Saya suka kalau orang sebut nama saya daripada hanya kata hai jer.. (dalam email)..
Biasanya email spam tak sebut nama..
February 15th, 2008 at 8:23 am
erm..betul tu…
dalam buku dale carnegie pun beliau tekankan perkara ini…
February 15th, 2008 at 8:33 am
mai selalu lupe nama org…kdg2 segan jugak bile org tu tegur and tau nama mai…sedangkan mai time tu dah t’pinga2 nak ingatkan nama dia..nampak sgt mai ni tak alert kan..hehe…neway,thanks irfan sbb bg tips ni.mai akan cube baiki nye…
February 15th, 2008 at 8:49 am
goods tips encik irfan..
saya akan cuba amalkan..utk tips ni sesuai utk offlinekn..
February 15th, 2008 at 9:03 am
Memang yang selalu saya amalkan!
Cuma cabaran saya senang lupa rupa orang. Kadang-kadang ingat rupa tak ingat nama. Kadang-kadang ingat nama takingat rupa.
MUngkin harus ‘diligen’t untuk mengingati nama orang. Saya dengar juga Richard Branson adalah pakar dalam hal mengingati nama orang!
February 15th, 2008 at 9:24 am
setuju sangat dengan tip irfan ni……akan saya amalkan insyaAllah
February 15th, 2008 at 10:31 am
hehe… my technique too
.. somehow, kita akan rasa lebih mesra, dan rapat bila menggunakan nama, instead of saya,awak yang kelihatan formal…
saya memang mengamalkan tips ini sejak dahulu lagi
February 15th, 2008 at 10:41 am
salam….arini ade kuar ulasan mengenai buku NOTA JUTAWAN doc dlm paper metro…heheheh..cdg bulan depan nk dptkan buku tu..amin..
February 15th, 2008 at 11:02 am
Ohh … macam tu rupanya nak ingat nama orang. Saya akan cuba gunakan method Irfan tu.
February 15th, 2008 at 11:36 am
dalam perniagaan saya, saya membuat satu fail untuk setiap orang pelanggan. dalam tu ada sume pasal seseorang pelanggan. kalo lupa, boleh rujuk balik.
February 15th, 2008 at 11:45 am
the best one !!
February 15th, 2008 at 12:03 pm
menarik irfan!
dlm kebanyakkan buku-buku berjumpa prospek pun ada menyatakan…
February 15th, 2008 at 12:53 pm
Lama dah tak menulis kat sini. Hari ni tergerak nak kasi komen balik.
Saya cukup susah nak ingat nama orang. Selalu saje lupa n tak tahu nama orang.
Nak guna pakai lah tip hari ni.
Pas ni nak cuba ingt nama orang lain.
:)
February 15th, 2008 at 5:30 pm
Merah,
long time no see you bro, well this tip mmg besh..until now saya takkan lupakan nama MERAH..heheheh…teringin jumpa MERAH.
ps: ada masa email saya.ada benda nak tanya personal.
heheheh…
February 15th, 2008 at 6:22 pm
Assalamualaikum Irfan…
Tq for the tips. Ianya memang bagus.
Tapi kan masalah sy ialah bila dah lama sikit xjumpa teris lupa nama dia. Muka memang boleh ingat, nama tu yg susah sikit…
Camner nak ingat balik ni…?
February 15th, 2008 at 8:29 pm
kalau saya pula. Saya akan cuba tangkap namanya pada kali pertama dia memperkenalkan diri & ada gak tanya nak panggil apa? Mesra sikit perbualan ni kalau tau nama. Tapi yang pakai tanda nama tu takyah tanya dah tau nama.
February 15th, 2008 at 9:06 pm
Jangan lupa mengundi 8 Mac ini.. marilah mari, pergi mengundi, jgn lupa kewajipan pada negara.. dare to change dan sendiri mau ingat..
February 15th, 2008 at 10:20 pm
Irfan! memang betul tu, tapi kadang2 tu lupa nak amalkan, terima kasih Irfan sebab ingatkan saya secara percuma
February 16th, 2008 at 5:09 am
Memang biasa sebut nama orang..cuma ada jugak orang yang mempunyai sama nama tetapi lain wajah…Fikirkan!
February 16th, 2008 at 8:52 am
ok gak cara..jom kita praktiskan..
February 16th, 2008 at 11:19 am
hehe..
saya suka dengan cara ni…
satu lagi petua yg best dari idola saya Irfan….
February 16th, 2008 at 4:24 pm
emm, memang menarik tips kali ni, emm apa2 pun nama sendiri adalah brand yang paling baik sekali kerana nama kita telah ditetapkan oleh Allah SWT…. kan … kan … Encik Irfan Khairi.. hahaha
February 16th, 2008 at 10:29 pm
betul tu….
tip yg menarik..
February 16th, 2008 at 11:57 pm
salam semua,
hmmm, patutla ramai individu-individu terutamanya dalam MLM seringkali meyebut nama seseorang dalam perbualan mereka, rupanya ia salah satu rahsia dlm komunikasi,
cth macam di sini,kita menyebut/tulis nama Irfan Khairi dlm komen…tp bukan utk membodek tp kerana Irfan adalah idola kami
February 17th, 2008 at 3:47 am
Betul tu……. bukan saje penting dalam perniagaan, malah dalam kehidupan masyarakat kita pun , ia memainkan peranan yg sgt penting……Nama tu boleh dianggap oleh seseorang sebagai satu simbol, maruah ,dan juga sebagai satu jenama yang terkenal……InsyaAllah nama nuraj2u akan dikenali ramai dalam dunia siber……doakanlah …Amin……..
February 17th, 2008 at 11:45 am
wahhh…cukup menarik tip ni..akan ku guna untuk pelanggan aku yang akan datang.
February 21st, 2008 at 11:27 pm
salam juara..
terima kasih kerana share idea dan mengingatkan perkara penting menyebut nama individu yang sedang kita bercakap dengannya.
Namanyalah yang paling suka didengar oleh orang semasa berkomunikasi.
April 19th, 2008 at 9:03 pm
very true! it took me months to remember IRFAN KHAIRI! ehehehe…