Siapa sebenarnya pesaing anda?

Soalan ini mudah sahaja, tetapi, anda perlu benar-benar memahami pasaran anda untuk megetahui siapa sebenarnya pesaing anda?Cuba fikirkan…

Mc Donalds dan Burger King menjual makanan fast food yang sama. Adakah mereka pesaing?

Tetapi, Mc Donalds dan KFC pula menjual makanan fast food yang berbeza. Adakah mereka pesaing?

Bagaimana pula McDonalds, KFC, Pizza Hut dan A&W yang merupakan restoran fast food yang berlainan. Adakah kesmuanya merupakan pesaingan?

Ataupun, kesemua yang disebut di atas telah mewujudkan industri “fast food”. Lagi besar industri “fast food”, lagi banyak keuntungan yang di miliki oleh kesemua restoran tersebut oleh kerana kesedaran dan permintaan industri fastfood bertambah secara keseluruhan.

Bayangkan pula sekiranya dunia ini tiada restoran-restoran fast food langsung. Cuma yang ada, hanya McDonalds. Adakah ini akan mewujudkan kesedaran industri tersebut? Sudah pasti McDonalds juga tidak dapat tersebar dengan luas.

Bagaimana pula dengan industri “fast food” dan industri “healthy food” (restoran bukan fast food) seperti restoran nasi kandar, restoran seafood, chicken rice shop dan lain lain. Adakah ini pesaing?

Siapa sebenarnya pesaing anda? Soalan ini adalah penting untuk mengatur strategi pemasaran anda dalam mendapat keuntngan yang tinggi.

(Tip berat sedikit hari ini) 

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

20 thoughts on “Siapa sebenarnya pesaing anda?

  1. Emmm… yang dikategorikan pesaing.. pastinya yang menjual produk yang hampir serupa esp dari segi ‘rupa’nya..
    Kalau ada pesaing, meriahlah juga dunia perniagaan, kerana mungkin orang akan suka mencuba terutama benda2 baru.. Apatah lagi citarasa manusia berbeza..
    Rasanya takde siapa yang akan rugi kalau wujudnya PESAING..

  2. bagi saya, pesaing ni menjadikan kita sentiasa aware dgn bisnes kita dan berusaha jd lebih baik everyday, kita akan jadi lebih baik kalo ada pesaing, ibarat org mencabar kita buat sesuatu, mesti kita lebih semangat dan lebih teruja nak sahut cabaran tu, cuma yg sedih orang melayu kalo bersaing, mmg tak sama dgn bangsa lain, org melayu bersaing ala kampung, tak profesional langsung walaupun dah pakai BMW atau Merc, masih bersaing ala pak kadok

  3. Apa jua restoran yg berada dalam industry fast food adalah competitor.
    tetapi dalam setiap industry juga,one of your competitor will always be a rival.

    seperti dalam EPL(English Premier League),kesemua 20 team adalah pesaing antara satu sama lain.tetapi antara 20 team tersebut pasti ada team2 rival mereka contohnya Man Utd & Liverpool.

    Once you’re in the same industry as i am you’re my competitor,you sell a similar product and you’re doing good…you are my rival.itulah sebabnya Mcdonald-Burger king are a target with one another because they are the most successful fast food burger chain in the market.
    There will always be others..no doubt.but not at the level to be thought of as a rival,competitor yes,not a rival.

    coming back to the question,siapa sebenarnya pesaing anda?everybody in your genre.

  4. Assalamualaikum…

    pada pendapat saya, pesaing pastinya mereka yang menjual produk atau perkhidmatan yang sama atau hampir sama dengan kita.
    tapi, rasanya perniagaan lain pun berkemungkinan akan jadi pesaing kita.
    Apa Pendapat responder lain?

    Tapi yang pasti, w/pun kita semakin hampir dgn abad 2020. pemikiran sesetengah org melayu kita masih di tahap lama, takut mencuba sesuatu yang baru. bila orang lain dah berjaya baru nk buat sama,masa diberi peluang tak nak trima sebab takut risiko.. hehehe itu yang terjadi pada saya hari ni. promosi pun nak yang hampir sama dengan saya,dah la tu suruh saya pulak buat pemplet nye….

    Rezeki masing2…skrg kena kuat kan lagi usaha untuk tingkatkan perniagaan.

  5. pesaing dalam apa juga industri adalah diri sendiri atau perniagaan sendiri sebab peningkatan perniagaan adalah melalui bagaimana kita menguruskan perniagaan dan memperkembangkan perniagaan sendiri, bukan lihat dari luar tetapi lihat dari dalam perniagaan sendiri contoh Mcd atau KFC lihat apa yang mereka lakukan banyak persaman dari segi promosi ada saja mainan baru untuk kanak2, mereka tidak fikir faktor luaran, mereka fikir faktor dalaman, pertingkatkan stratigi keuntungan syarikat. satu lagi contoh seperti irfan lakukan, tak perasaan ke….., tanya diri sendiri nak meningkatkan perniagaan atau nak fikirkan tentang persaingan?????
    hanya pandangan peribadi sahaja.
    wassalam.

  6. Di dalam dunia perniagaan sentiasa ada pesaing, terpulang kepada diri sendiri menjadikan pesaing sebagai dorongan untuk terus maju atau sebagai alasan kita tak boleh maju.

    Pesaing merupakan mereka yang membekalkan produk menyerupai produk kita sendiri. Pesaing juga sebenarnya boleh menjadi sumber inspirasi untuk menghasilkan produk yang lebih bermutu.

    itu hanya pandangan saya sendiri…
    sekian wassalam

  7. yg nih memang berat…saya sendiri pun penin kepala.. ye lah …nak bersaing dgn ‘giant2’ semua…macam nak pegi berperang.. jenuh wehh… haha.. just do it !!

  8. Saya suka gambar ini !

    Inilah yang saya katakan saya terhibur melihat pesaing bersaing. Kelakar apa. 🙂

  9. Pesaing!
    Kalau kita jual produk / perkhidmatan untuk satu target group tertentu, tetiba mereka ni beli @ guna hidmat yg kita jual/berikan dari orang lain saya rasa yang satu pihak lagi tu lah pesaing kita.

    Jadi kita kenalah kaji kenapa mereka tak beli/dapatkan khidmat kita? Tindakan sihat rasanya kita kenalah baiki produk/khidmat kita supaya jadi lebih baik. Kalau tak boleh jugak, teringat saya dengan pepatah inggeris, “If you cannot beat them, why not you join them”.

    Ikut je cara mereka dan cari niche kita sendiri. Perkuatkan di bidang niche kita tu.

  10. Persaingan menjadikan perniagaan kita lebih berkembang…cam .bile dah jadi pakar Internet..wujud pakar2 lain…tapi anggan tu persaingan positif..Great

  11. orang yang bijak ialah orang yang memulakan pasaran sendiri dan jadi the first to sell that particular thing, dia dah tak perlu bimbang bersaing harga, produk, bonus dsbgnya..dia yang mulakan dulu, org lain tengok menitis air liur aje tgk, nak pursue tak cukup skill/kemahiran/knowledge/confidence, dan bila pesaing baru masuk pun dia dah ada customer list sendiri, dia cuma perlu tweak sikit2 aje, yang baru ni kena kerja keras lebih lah…ehem ehem

  12. competetive.. berdaya saing… kalau ada persaingan kita kene ada daya saing… kalau semua syarikat berdaya saing maka produk pun bertambah baik dan kos pulak makin rendah… bila harga rendah dan kualiti bagus, maka comsumer pun makin ramai… maka berkembanglah satu industri… hem pada saya bagi fast food industry ni memang perlu tarik pelanggan, sebab kita bukan hari2 makan fast food, dan golongan yang makan fast food pun ada macam2.. ada yang memang favorite.. ada yang sekadar bawak awek.. ada yang takde masa… so dia lebih pada location dan produk baru atau unik..

  13. komen rakan2 yg lain kebanyakannya betul..pesaing membuatkan kita lebih peka n lebih maju dlm bidang perniagaan..contohnya sesuatu produk yg kita keluarkan dan kita pasarkan,kita cuma tau tentang kebaikan produk kita keluarkan tanpa mengetahui kelemahannya.

    setelah pihak pesaing mengeluarkan produk yg hampir serupa,malah lebih baik produk kita dan situ kita dpt mengetahui tentang kelemahan dan cuba utk memperbaiki dan membuat lebih baik..

    biasanya segi perniagaan dengan kehadiran pesaing akan membuatkan kita rs tidak selesa.tetapi,kita perlu lebih positif,jadikan pesaing itu sbg batu loncatan utk kita lebih maju dalam perniagaan.

  14. pesaing adalah perlu utk meningkatkan kualiti dan mutu keluaran sesuatu perusahaan. bagaimanapun, persaingan yang terlalu sengit boleh mengakibatkan perningkatan harga barangan. umpamanya, apabila pengeluar berlumba-lumba membuat R&D utk meningkatkan kualiti produk mereka. ini pastinya meningkatkan harga brngan.

  15. who are the competitors in bizz?..i think that competitor m0stly are fr0m the same industry..For exp like mcdonald…it came from the same industry where it was franchise..but mcdonald are known than bk right?..if we can see mcdonald use the way that is more closer to their customer but bk was not…but it was just my opinion..Some people might think the different things..

Leave a Reply

Your email address will not be published.