Selain daripada logo, dalam proses memberi jenama kepada perniagaan anda adalah- berikannya slogan!

Slogan adalah kata-kata yang memberi gambaran menyeluruh kepada perniagaan anda dalam beberapa perkataan sahaja.

Slogan yang terbaik adalah slogan yang memberi perbezaan perniagaan anda dan perniagaan pesaing-pesaing anda. Slogan juga perlu “straight to the point”  dan memberi impak kepada mereka yang membaca.

Kini banyak slogan yang agak lemah oleh kerana peniaga tidak memikirkan kesan slogan kepada perniagaan. Berikut adalah contoh slogan-slogan yang kurang berkesan & bersifat general
“We are #1 in customer service”
“Your one stop computer shop”
“Quality is our #1 priorty”
“Your IT solutions”

Slogan yang terbaik adalah yang unik, spesifik, dan memberi impak supaya orang ramai ingin menggunakan produk dan perkhidmatan anda:

“When it absolutely, definitely need to be there” – Fedex
“The Original Jeans” – Levi’s
“Pizza in 30 minutes or FREE” – Dominos Pizza
“There’s Hertz, and not exactly” - Hertz
“MH for Malaysia Hospitality” - Malaysian Airlines

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • 3 asas membina jenama perniagaan
  • 3 strategi perniagaan Steve Jobs
  • Apa itu perlesenan (licensing)?
  • Air Asia vs Firefly