Soalan penting yang anda boleh tanya kepada pelanggan anda adalah:

“Mengapa anda membeli dari saya dan bukan pesaing saya?”

Tanya soalan ini kepada pelanggan-pelanggan anda dan anda akan mendapat jawapan yang dapat mengubah perniagaan anda!

Jawapan yang diberi oleh pelanggan anda adalah “alat” yang anda akan gunakan untuk mendapatkan bakal pelanggan yang akan datang.

Sebagai contoh, sekiranya kebanyakan pelanggan anda memberitahu anda bahawa mereka membeli dari anda kerana “kepantasan anda menyiapkan kerja mereka”, maka, dalam mendapatkan pelanggan yang akan datang, ketengahkan kekuatan anda ini iaitu “kepantasan menyiapkan kerja”

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Kenapa anda tidak beli dari saya?
  • Ada orang nak beli ke?
  • Pelanggan perniagaan anda mengenali 250 orang lagi!
  • Bersama Irfan Khairi @ WW Astro Awani