Mon 31 Mar 2008
SoHo atau Small office/Home office dikatakan tempat bekerja/menjalankan perniagaan dari rumah. Perniagaan Internet adalah satu contoh SoHo. MIBO juga adalah SoHo.
Saya telah menjalankan perniagaan dari rumah sejak tahun 1999 lagi dan yang paling menarik adalah, kos pengendalian yang amat-amat rendah dan pencapaian pelanggan yang amat tinggi. (*gambar sebelah bukan SoHo saya… SoHo saya lagi semak!
)
Dato Dr Azman Chin pernah beritahu saya tentang sebuah concept yang mengatakan tidak lama lagi (beberapa tahun lagi), hanya 2 jenis perniagaan sahaja yang akan berjaya:
Perniagaan SoHo: kerana kos overhead dan pengendalian yang amat rendah dan kebolehan mencapai pelanggan yang lebih besar dengan teknologi sedia ada seperti Internet & handphone.
atau…
Perniagaan besar-besaran: kerana boleh leverage pada jenama, kewangan dan tenaga pekerja yang ramai.
Perniagaan sederhana besar akan mengalami kesukaran oleh kerana perlu menanggung kos overhead yang tinggi dan sukar leverage pada jenama & kewangan.
So, a very-very hot tip: SoHo is the way to go!
ps: Sekiranya anda ingin memulakan SoHo perniagaan Internet, Workshop Jutawan Internet paling hampir akan diadakan pada 12hb April 2008 di JW Marriott. Tajuk: “Cara Memulakan Perniagaan Internet dari Rumah dalam masa 7 Hari!” Klik sini untuk keterangan lanjut.
pps: Minggu ini saya ingin mulakan minggu SoHo… so, tip2 minggu ini berkaitan dengan SoHo!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

March 31st, 2008 at 11:35 am
Tak kena lalu traffic jam tu yang best.
Aiming for that
March 31st, 2008 at 12:04 pm
yerp….memang benar apa yg diperkatakan itu.. SOHO adalah pilihan tepat bagi orang kebanyakan..saya sendiri pun dah mulai nampak kesan penerimaan konsep SOHO di kawasan sekeliling
very low cost
March 31st, 2008 at 12:09 pm
thanks for sure tempat IK lagi kemas dan besar.. pasal banyak projek2 terbarukan..
how ever thanks for good info and sharing.. hope i will be one of the person success in this arena..
(doa2kan ler yer..)
March 31st, 2008 at 2:27 pm
Ya, benar SOHO memerlukan runag kerja dengan disiplin. apa kata IK tunjukkan SOHO kendalian IK! Kelab SOHO dilancar dari sini, sesiapa yang ada foto gambar SOHO mereka dapatlah berkongsi di sini mungkin. Hahaha!
Bagi saya penyediaan ruang SOHO mesti serius agar orang biasa yang sudah terbiasa dengan budaya kerja pejabat dan kerja 9-5 sedikit hormat kepada cara kerja ini. Ia menjadi sesuatu yang ganjil, tetapi sedikit demi sedikit akan diterima.
www.motivasimindamu.blogspot.com
March 31st, 2008 at 2:43 pm
Soho ni sebenarnya ianya telah lama bermula di negara2 eropah dan negara luar. Selain itu juga konsep sebegini mereka gunakan untuk menjalankan perniagaan dan sesuatu urusan mereka dari rumah. Sesetengah pekerja mereka dibenarkan berurusan dari rumah dan kemudahan seperti komputer, faks, telefon, mesin pencetak yang sedia ada dirumah memudahkan mereka berkomunikasi dan menghantar kerja2 kepada syarikat dan majikan mereka. IK cakap gambar tersebut bukan soho IK, habis tu siapa punya ek? takkan gobala krishnan pulak kan?heheheh!
March 31st, 2008 at 5:19 pm
Salam IK, saya perasan bukan shj kempen SOHO utk berniaga bahkan ada juga rumah kediaman yg guna tagline SOHO juga. Maybe utk galakkan org berniaga dari rumah agaknya.tk.
March 31st, 2008 at 5:36 pm
kalau SOHO ni nak kena bayar cukai x? dan mintak lesen?
Radzi Tajuddin
http://www.myiphone.com.my
Beli iPhone secara online
March 31st, 2008 at 5:51 pm
post la gambar office IK.. nak jugak kami tgk SOHO yang membuatkan IK seorang jutawan..
*siapa nak tgk workspace IK..angkat tangan!*
March 31st, 2008 at 8:57 pm
tak perlu terkejar-kejar lagi..masa lebih banyak untuk diri sendiri.
March 31st, 2008 at 9:30 pm
yup, paper ada keluar ttg kajian 5 tahun akan dtg marketing guna internet dan sms akan meletup di Malaysia. So rebut peluang ni skrg
March 31st, 2008 at 10:27 pm
betul2….
March 31st, 2008 at 11:29 pm
SOHO ni kalau orang Kelantan cakap, SO’HO…hehehe
makna dia ‘TERKENAL’ kira dari perkataan tersohor…famous la tu.
Can you guys imagine, most of the Kelantanese word ada dalam Kamus Dewan Bahasa. Tapi bila Ore Kelate bercakap, satu Malaysia tak faham…
April 1st, 2008 at 12:22 am
saya pun dah ada SoHo sendiri, tapi tak la canggih macam dalam gambar tu
ada laptop dgn wireless broadband je..
my soHo and on the same time my bedroom, ok tak?
April 1st, 2008 at 1:36 am
ini yang saya amalkan selama ini
April 1st, 2008 at 8:04 am
Kebanyakkan perniagaan masa kini (termasuklah MLM) juga menjalankan perniagaan secara SOHO.. “very low cost”..
Selain mudah untuk dikendalikan, tiada masalah dari segi modal dan ia boleh di setup beberapa kali walaupun gagal berkali-kali..
April 1st, 2008 at 9:17 am
igt kan soho irfan tadi…
kemas je kawasan meja dia tu…
kawasan meja saya bersempah…hehe
penuh dgn kertar kerja je…
han
April 1st, 2008 at 10:52 am
Ini juga yang saya sentiasa amalkan..
April 1st, 2008 at 12:11 pm
SOHO memang satu konsep yg menarik. saya percaya ia nya menjadi impian setiap orang. Mana tak nya sambil2 tu boleh tengok anak2, tak yah terkejar2 ke office…memang selesa. Cuma perlu ada satu ruang khas dan disiplin. Maklumlah kalau kat rumah tu mungkin anak2 menangis ataupun maknya pulak yang menangis.
Anak saya selalu komplen…ayah asyik depan komputer je…
April 1st, 2008 at 12:14 pm
Bila Irfan nk tunjuk SOHO Irfan, mesti ramai nak tengok SOHO seorang Jutawan.
April 1st, 2008 at 12:52 pm
GO! SOHO
April 1st, 2008 at 2:52 pm
tahniah, hidup SOHO…!!!
April 1st, 2008 at 3:59 pm
Sebelum ini saya selalu cakap dengan rakan kongsi saya tentang perkara ini, iaitu masa depan akan dikuasai oleh dua bentuk perniagaan tersebut. Tapi sebenarnya saya tak tahu pun pendapat ini betul dan telah diiktiraf. Kira ok jugalah jangkaan saya.
Satu lagi jangkaan saya ialah, suatu hari nanti orang terpaksa memohon untuk menyertai MLM seperti memohon kerja pada hari ini kerana pada masa hadapan pengambilan pengedar MLM tidak dilakukan sebarangan untuk mengelakkan masalah. Pada masa yang sama orang telah betul-betul nampak MLM sebagai satu peluang untuk mendapatkan kekayaan! (Jangkaan sahaja
)
April 1st, 2008 at 4:45 pm
nak lihat SOHO saya? boleh… tapi, nanti la, beberapa hari lagi saya akan keluar di akhbar KOSMO bersama Soho saya
tunggu…
*cuma, saya sendiri tak pasti hari apa…
April 1st, 2008 at 5:18 pm
Yea !!
boleh tengok Soho Irfan. Boleh saya jadikan contoh nanti .
Saya akan dapatkan Kosmo.
April 1st, 2008 at 6:41 pm
Memang betul la tu….. Tak lama lagi SOHO akan jadi tersohor.
April 1st, 2008 at 7:14 pm
Saya pun SOHO jugak!
April 1st, 2008 at 11:01 pm
p/s : Abg RAzzi … SOHO sokmo !!
April 2nd, 2008 at 11:02 am
Riezal : SOHO sokmo hehe…tengah nak buak koho-koho soho lagi la nih, baru laku lebih nego!
April 3rd, 2008 at 12:21 am
when is the next time ke s’pura utk workshop? any date yet??
April 3rd, 2008 at 12:47 am
SOHO saya pun semak jugak…
Yang penting duit masyuk…:D
April 3rd, 2008 at 4:46 pm
nak tanya kat IK la. kalau buat business di internet ni nak kena daftar syarikat ke, amik ape2 lesesn ke tak?
April 7th, 2008 at 4:07 pm
Salam sumer, baru nak tgk2 blog ni.byk info menarik, tq to IK with all the tips. Saya ni pon baru je lagi. Dulu2 zaman belajo suka bisnes. la ni dah full time, of course le wat kecik2 dulu, yg penting efisien n income masyuk.hehe
April 10th, 2008 at 3:03 pm
I’ve been doing SoHo for almost four years now. It’s not easy as the concept is still new in Malaysia. Some of my customers pull themselves once they know I’m working from home. Funny isn’t it? Anyway, I still think this is the best way to do a business, and I’m still going ahead with it no matter what the perception of other people. Things definitely will be better in the next 5 to 10 years, insyaAllah!
April 10th, 2008 at 4:58 pm
Sebenarnya saya pun dah mulakan SOHO ni belum pun sampai setahun buat masa ini tengah mempromosi web saya. Saya tertarik tentang info mengenai Amozon.com yang mengambil masa yang agak lama untuk membuat keuntungan. Jadi ini telah memberi saya semangat untuk meneruskan perniagaan ini dan cuba untuk terus bertahan kerana saya masih lagi bekerja makan gaji cukup bulan habis, harap-harap apa yang saya ushakan akan menampakkan hasil sedikit masa lagi .
www.mizemall.com
April 13th, 2008 at 9:16 am
Soho..wak dah lamer juge cuba-cuba bidang ni..namun kerna apa ya..sampei sekarang kok ngak jugak mau berjaya..lo..mau nya saudara Irfan bole ajarin lebih2 lagi pada kami org tua di kampung2 camne mau berjaya macam saudara..punya jutaaan uwang kok..bole saja mau pergi mana2..
Oh ya..wak kerjanya seharian jual SOTO di kampung pekan sari mingguan..bukan sama ke SOHO dan SOTO?
April 24th, 2008 at 1:35 pm
Saya pun dalam perjalanan untuk mengendalikan bisnes berkonsepkan SOHO ini.harap2 impian saya tercapai.
amiiinn
October 21st, 2008 at 6:22 pm
salam IK, saya telah berniaga dari rumah dengan menyediakan ruang untuk berniaga(sambung rumah dijadikan kedai)masalahnya ada orang kata rumah tak boleh dijadikan premis perniagaan.Apa yang perlu saya buat mengatasi masalah ini