Sun 6 Jan 2008
Dalam perniagaan zaman sekarang ni, kemahiran berbahasa Inggeris memang penting. Dulu lain, sekarang lain. Dulu kita boleh get away kalau tak fasih English. Zaman sekarang tak boleh…
Khas untuk mereka yang kureng sikit dalam bahasa Inggeris, tak boleh guna lagi alasan…
Mendiang Lim Goh Tong tak pandai berbahasa Inggeris pun boleh berjaya dalam perniagaan sampai jadi billionaire!
Cuba perhatikan anak-anak Lim Goh Tong yang menerajui Genting kini… adakah mereka juga tidak pandai berbahasa Inggeris? Sudah tentunya tidak!
Zaman ini, zaman ICT, bagi mereka fasih berbahasa Inggeris, memang mempunyai banyak peluang perniagaan berbanding dengan mereka yang tidak fasih.
Sekiranya anda tak berapa pandai speaking, satu latihan yang anda boleh mula dari sekarang adalah, ambik buku yang menarik minat anda berbahasa Inggeris (tak kira, nak guna buku motivasi ke, buku perniagaan ke… komik pun boleh), bila membaca, baca kuat-kuat.
Bukan maksud saya baca kuat sampai jiran rumah sebelah boleh dengar. Baca “bersuara” lah katakan… perlahan pun tak mengapa asalkan suara keluar.
Cara ini adalah untuk menjadikan mulut & suara kita lebih fasih apabila bertutur dalam English. Kalau kita baca dalam hati sahaja, bibir & mulut kita tidak “exercise” sama. Tetapi, kalau baca bersuara, ia akan melatihkan mulut anda untuk lebih lancar berbahasa Inggeris… secara automatik grammar dan sebagaiya akan sebati dalam pertuturan anda.
Belum cuba belum tahu!
tak pandai skipping takpe… jangan tak pandai speaking pula… perlahan-lahan dalam berlatih, lepas ni boleh ganti Ryan Seacrest!
Tip Satu Minit yang berkaitan:

January 6th, 2008 at 12:07 pm
zaman sentiasa berubah..cara perniagaan pun turut sama berubah..dan strategy perniagaan juga ikut berubah
tetapi prinsip asal perniagaan tetap sama… saya beli rm1.00 & saya jual rm1.20
salam maal hijrah kepada semua
January 6th, 2008 at 12:10 pm
zaman sentiasa berubah..cara perniagaan pun turut sama berubah..dan strategy perniagaan juga ikut berubah
tetapi prinsip asal perniagaan tetap sama… saya beli rm1.00 & saya jual rm1.20
apa tunggu lagi… bahasa inggeriskan bahasa perniagaan juga…
salam maal hijrah kepada semua
January 6th, 2008 at 12:31 pm
Pada masa ini bahasa Inggeris memanglah sangat penting kerana kebanyakan sumber maklumat dan ilmu adalah berbahasa Inggeris. Namun begitu untuk berjaya dalam perniagaan Bahasa Inggeris bukanlah sesuatu yang mesti. Dengan Bahasa Melayu pun boleh berjaya juga dengan syarat tahu bagaimana “berniaga”. Ini kerana ilmu berniaga dan ilmu berbahasa dua bidang yang berbeza. Tahu bahasa tak semestinya tahu berniaga. Tahu berniaga tak semestinya tahu berbahasa. Tapi menjadi nilai tambah, jika seorang usahawan itu berusaha membaiki dirinya dari segi bahasa Inggeris.
*Setakat ini saya sendiri menjalankan perniagaan 98% guna bahasa Melayu.
January 6th, 2008 at 12:31 pm
bagus info hari ini.saya pun penah gak wat macam yang sarakan.memang berkesan la..
January 6th, 2008 at 1:26 pm
Saya setuju..fluent berbahasa Inggeris akan meletakkan bisnes kita di satu tahap yang berbeza atau pada level yang lebih tinggi.Jika kita telah berjaya dalam perniagaan dengan hanya berbahasa Melayu, itu satu kebangaan, tetapi pernahkah kita terfikir bagaimana kalau kita pandai berbahasa Inggeris juga?..International Market!
Komunikasi adalah salah satu kunci utama kejayaan sesuatu perniagaan.Kemahiran berbahas Inggeris bukanlah kemahiran yang tidak boleh dikuasai,seperti juga kemahiran berniaga.Semua kemahiran boleh dipelajari..as long u willing to learn!
January 6th, 2008 at 1:26 pm
Moral of the story.. change back medium of language from English to BM for Maths and Science..
January 6th, 2008 at 1:37 pm
kalau tak pandai bahasa inggeris, susah sikit nak pergi peringkat antarabangsa,maknanya kita belum bersedia lagi nak “go global”.
mungkin pasaran di malaysia 2% peratus daripada potensi perniagaan kita.(cool)
fikir sokmo!
January 6th, 2008 at 2:24 pm
slmt ptg ,
saya pun tak fasih dlm inggeris…
kadang2 ada juga terasa nak belajar inggeris…
mcm cara ni, pernah saya guna…
tapi yang masalahnya , kalau baca sorang2, salah baca pun tak tahu…hehe
han
January 6th, 2008 at 3:30 pm
nak global
MESTI tahu bahasa inggeris
TQ for the tips
January 6th, 2008 at 3:44 pm
Hamba Allah say:
January 6th, 2008 at 1:26 pm
Moral of the story.. change back medium of language from English to BM for Maths and Science..
saya setuju dengan abuya tu.
kalau di kelantan, bukan cikgu ajar dalam bahasa english atau bahasa melayu,tetapi dalam dialek tempatan,anak org luar yg baru berpindah ke kelantan terpinga-pinga tak paham apa yg diajarkan pada mulanya, selepas itu paham.
ps; baca sorang2 bukan saja salah tak tahu, tapi salah tak malu..he,he.
January 6th, 2008 at 4:31 pm
Apabila saya renungkan tulisan ini ada betulnya, kalau kita tidak pandai menguasai bahasa kedua ini kita tidak dapat pergi jauh dan tidak global malah kita mesti menjadi orang melayu yang glokal.Mampu merentasi sempadan dunia. Perniagaan internet memerlukan kita menguasai bahasa inggeris untuk pergi secara meluas ke arena antarabangsa. Walaupun bercakap inggeris tidak lah selancar mana namun saya tanam azam untuk sama-sama bergerak maju dalam perniagaan internet. Terima kasih kerana memberi ulasan dan ilmu yang berguna buat kami.
January 6th, 2008 at 5:52 pm
latihan baca dengan kuat ni adalah untuk perbetulkan grammar/tatabahasa… bukan untuk sebutan.
kalau salah dari segi sebutan tak mengapa… buat permulaan, biarlah grammar kita betul.
bila saya buat talk di university, kesian melihat pelajar yang bertanya dalam English, berterabur grammar
sebab itu, sekiranya berlatih membaca dengan kuat, grammar akan sebati dengan mulut dan pertuturan kita
January 6th, 2008 at 6:21 pm
mmg kita tidak boleh lancar..
biarkan diri kita membangun sedikit demi sedikit..
January 6th, 2008 at 6:39 pm
Bahasa ibunda , BM jangan sesekali kita tinggalkan. Untuk local market kita bolih gunakan perantaraan BM dalam perniagaan. Tapi adalah satu kelebihan jika kita menguasi BI kerana kita bolih meluaskan sayap perniagaan hingga ke pringkat antarabangsa. Tidak salah saya katakan , even di Malaysia pun ada kalangan ahli perniagaan yang lebih selesa menggunakan BI dalam menjalankan apa jua perniagaan.
Memang dengan BM kita mampu menjalankan perniagaan kalau kena dengan caranya, tapi untuk pergi lebih jauh, saya fikir cadangan tu haruslah difikir fikirkan secara serious.
January 6th, 2008 at 7:48 pm
Assalamualaikum Irfan…
Tq Irfan, tips hari ni sungguh berguna! Betul gak klu kita baca kuat2 ia akan membiasakan diri kita dgn grammar dia. Insyaallah sy akan praktikkan.
1 perkara yg jelas kat sini, bila sebut saja belajar bahasa inggeris kpd org melayu, kebanyakan mereka akan mberi bermacam2 alasan. Tgk saja cth2 pendpt di blog ni. Kenapa blh jd mcm ni? Sedih pun ada…
Tq.
January 6th, 2008 at 8:51 pm
ooowhh..kena bace kuat2 ke untuk latihan…bace dlm ati x berape berkesan lah nampaknye..
January 6th, 2008 at 9:48 pm
Ana sarankan salah satu kaedah meningkatkan penguasaan bahasa inggeris yg berkesan adalah dengan menonton program national geographic/discovery..but make sure ianya disertai dengan “sari kata”.. anda semua boleh lihat, dengar, dan faham kesemuanya.. grafik/gambar + words + explaination from narrators.. ianya banyak membantu saya sebagai “penterjemah” sambilan dalam “melangsaikan” tugasan yg diberi.. insyallah, sila cuba..
January 6th, 2008 at 10:18 pm
agaknya, kalau menonton TV bersama sarikata atau tanpa sarikata lebih baik untuk belajar English?
ada juga mereka yang mengamalkan “menutup” sari kata untuk memberi anak-anak belajar English tanpa membaca bahasa Malaysia- ini memaksa anak mereka memahami English dan tidak bergantung kepada BM yang tertulis.
Antara kita ada juga yang telah menjadikan membaca sarikata sebagai tabiat… sehingga tidak dapat follow bahasa Inggeris di TV.
Apa pendapat anda?
January 6th, 2008 at 11:30 pm
pada pendapat saya. kalau menonton rancangan berbahasa inggeris dengan melihat sarikata, seperti kita menonoton rancangan hindustan melihat sari kata. setakat ini saya tak pernas jumpa orang yang minat hindustan fasih berbabasa hindustan(hindi)di sebabkan oleh menonton filem hindustan. itu cuma perbandingan daripada saya untuk mempelajari bahasa inggeris melalui tv, tapi kalau untuk memahami cerita,lebih baik tengok sari kata.
January 7th, 2008 at 12:58 am
maaf, lari dari topik sikit. saya berminat nak tau detail berkenaan MIBO, saya dah try call shah banyak kali utk buat appointment, tapi takde jawapan. boleh bantu?
January 7th, 2008 at 1:27 am
Hamidi > call during weekdays. weekend cuti
January 7th, 2008 at 1:29 am
Untuk mahir alam penguaaan bahasa..perkara paling penting ialah LATIHAN BERKOMUNIKASI. Dalam kata lain..berlatih bertutur dalam bahasa inggeris…
January 7th, 2008 at 9:17 am
comman man, tengok cerita orang putih dan tengok cerita hindustan guna sarikata tak sama lar… sama juga tengok cerita cina guna sari kata. haiya.
sebab tak boleh samakan kita faham bahasa orang putih, bila tengok, kita dah faham apa yang dikata. kalau tengok cerita hindustan dan cerita cina, memang asalnya kita tak faham langsung apa yang dikata.
bagi saya bahasa orang putih penting bukan untuk perniagaan sahaja malah untuk cari kerja interview makan gaji kat syarikat-syarikat besar pun, selalu yang interview akan temuramah bahasa orang putih. betul tak?
January 7th, 2008 at 9:45 am
Assalamualaikum
Saya setuju dengan pendapat Hari ini bahasa Inggeris digunakan hampir seluruh dunia(global). Dengan bersusah payah dan berusaha untuk menguasai bahasa Inggeris, hasilnya kita mampu berinteraksi dengan seluruh dunia. Interaksi itu boleh kita gunakan untuk pelbagai tujuan termasuklah perniagaan. Jika kita tidak mahu bersusah payah untuk menguasai bahasa Inggeris, kita seumpama katak di bawah tempurung.
January 7th, 2008 at 10:53 am
Bro dulu-dulu, tak pandai bahasa inggeris juga…but guess what, Bro belajar bahasa inggeris hanya dengan menonton movie dari video tape yg di sewa…asal tak ada sarikata memang movie itulah yg wa ambik!
Jadi, kerana begitu ingin faham ceritanya, lama-lama bro sudah boleh faham dan kemudian pandai bertutur dalam BI.
TAPI, bila tengok cerita philipine ‘Pengako Sayo’ yg ada sarikata…Bro pun faham jugak akhirnya bahasa phili…how?? Ianya Kerana determination ingin tahu, ingin faham…
So, if you have those…you’ll make it in whatever things you do!!
January 7th, 2008 at 12:13 pm
re: seng; bahasa inggeris ke,cina ke,arab ke. semuanya bermula dengan tak tahu langsung, dan selepas itu dia melalui fasa-fasa perubahan,dan menjadi cekap. apabila bahasa cina,arab,hindustan dah sampai fasa boleh memahami apa yang dikata,sama jugak. penyanyi waheeda dapat menguasai bahasa arab,latin dan bahasa lain lagi walaupun tak pernah tinggal kat amerika latin, mungkin dengan dengan masuk kursus dan tengok tv kot.
January 7th, 2008 at 12:53 pm
Sangat setuju dengan pandangan yang di beri tu, saya pun improve sikit speaking saya ni selepas tukar kerja dan sekarang ni ramai bukan melayu sebagai office mate , jadi kena speaking laa , biar pun bertarabur mulanya tapi sekarang ni dah boleh buat produk demo dalam BI walau pun tersasul jugak … tapi dah ada confident laa..
January 7th, 2008 at 12:54 pm
Terpanggil pulak nak tinggal comment ttg entry Irfan hari ni.
Cara yang diajarkan memang berkesan dan mudah. Selalu orang cakap kena belajar Bahasa Inggeris, tapi tidak diperincikan macam mana cara yang berkesan. Ini memang cara yang berkesan kerana pd kecil saya selalu buat begini!
Bahasa secara pokoknya - memang penting. Tak kiralah BM ke BI ke BA (Bahasa Arab) ke, BP (Bahasa Perancis) dll. Kebolehan menguasai pelbagai bahasa adalah satu kelebihan yang sangat tinggi. Dengan penguasaan bahasa yang lebih, kita akan dapat lebih memahami ‘market’ yang pelbagai. Sebagaimana sekarang ramai orang mempelajari Bahasa Mandarin dan Urdu untuk lebih memahami 2 ‘giant’ yang semakin membangun kuasa ekonominya - Cina dan India.
Biarlah kita lebih positif, bukan prejudis dalam memikirkan hal seperti penguasaan bahasa ini.
January 7th, 2008 at 1:13 pm
Produk yang baik dalam bahasa apa pun insya Allah orang beli
Sebagai contoh ada seorang penulis yang saya kenali, buku-buku cerita kanak-kanaknya dilesenkan oleh penerbit di Amerika untuk pasaran Vietnam.
Ha, itu sudah jadi tiga bahasa jadinya
WWW.ZAMRIMOHAMAD.COM
January 7th, 2008 at 2:24 pm
Seperkara lagi, cubala budayakan berkomunikasi english dengan rakan2..
ini pun boleh membantu..
:)
kena buangkan perasaan malu 2…
January 7th, 2008 at 4:23 pm
English!!!
Kita amat memerlukan bahasa Inggeris melainkan kita negara yang sudah ada ‘innerwold’ tersendiri seperti negara Jepun (website pun dlm bahasa jepun)
Dengan bahasa penguasaan bahasa Inggeris, kita boleh belajar teknologi(terutamanya hal2 online) yang kian meningkat dengan kelajuan pecutan Nissan Skyline GTR.
Kalaulah saya tak menguasai bahasa inggeris, pasti takkan terhasil blog saya ni, walaupun hanya blogger.
Slamat Belajar Bahasa Inggeris
January 7th, 2008 at 4:59 pm
Terima kasih atas tips yang diberikan..
Dah tau nak baca buku apa..
January 7th, 2008 at 6:36 pm
Sy rasa jika nak belajar bhsa Inggeris ketika menonton tv, lebih baik yg xde sarikata kerana itu akan memaksa kita faham apa yg dituturkan.
Ini akan membantu kita belajar bahasa tu.
Jika ada sarikata sudah tentu kita xakan pedulikan apa yg sedang dibualkan & akan terus membaca sarikata tanpa cuba memahami apa yg dituturkan.
Tq…
January 7th, 2008 at 8:08 pm
di samping cuba menguasai bahasa inggeris,kalau mampu cubalah untuk menguasai bahasa selain itu…pasti kita akan memperolehi banyak keistimewaan..
January 8th, 2008 at 12:03 am
Memang tersangat bagus tips dari Irfan kali ini. Memang betul dengan membaca dgn kuat(bukan dalam hati) boleh melatih lidah kita bertutur. Saya kadang2 tu sambil dalam kereta dengar radio, saya akan cuba ikut apa yang DJ radio tuturkan…dan biasanya kena cuba banyak kali baru boleh samakan sebutan macam dalam radio…thanks utk tips kali ni…
Saya dah lebih setahun tak menjenguk dunia perniagaan internet…skarang baru nk start balik…hari ni bersempena tahun 2008 saya dah berazam untuk cuba jayakan misi internet saya…InsyaAllah…
January 8th, 2008 at 8:35 am
Masa kecik dulu terlalu minat bolasepak Inggeris. Kirim kat sedara yang tinggal di Penang buku bola “SHOOT” terpakai(satu 40sen). Mula-mula merangkak, lepas tu OK. Ia banyak membantu dalam pelajaran dan komunikasi.
Sekarang selalu menonton John Dykes and the gang kat ESPN. Tatabahasa dan pronounciation mereka banyak membantu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris.
January 8th, 2008 at 11:24 am
Betul kata shasha-tmn cahaya,ampang. bayangkanlah dah berpuluh tahun tengok movie inggeris di tv tetapi masih tak boleh berbahasa inggeris!
Lebih baik kalau beli dvd kita setkan bahasa inggeris sebagai sarikata. boleh hayati cerita yang kita suka sambil dengar dan baca sarikata bahasa inggeris. ni yang saya amalkan masa belajar dulu.
lagi satu, saya kurang setuju dgn penggunaan bahasa yang bercampur2, memalukan. kalau guna bahasa malaysia guna 100% dan begitu juga sebaliknya. penggunaan bahasa yang bercampur akan membuat kita lebih keliru.
January 8th, 2008 at 12:47 pm
Saya beruntung sebab masa kecil membesar kat london,jadi ayat pertama saya bercakap pun dalam bahasa english.
tapi kalau nak belajar english dari tv,kena tgk cerita yg betul juga.maksud saya setengah2 cerita dorang pakai accent/loghat.Lagi2 orang UK.kena ambil tahu juga tu kwn2.tapi bagi saya kalau nak belajar english,dgr radio siaran english.pasal dorang communicate dgn pendengar!
January 16th, 2008 at 7:46 pm
setuju, baca kuat2 latih telinga serasi dengan irama b. ingg: dlm kata lain, grammar akan di’tangkap’. Realitinya, dah kat uni pun masih tak betul ‘was, do, does, etc’. Bukan tak diajar, tapi tak bisa nak menangkap. Kurang baca, kurang pendedahan, kurang biasa, kurang selesa, kurang yakin.
so, lebih baca, lebih pendedahan, lebih biasa, lebih selesa, yakin dan SELAMBA!
January 24th, 2008 at 3:28 pm
Saya ni memang tak tau cakap BI rasanya kemampuan cuma 20 peratus saja. Malu bertutur takut salah jadi penghalang saya nak lancarkan penguasaan BI.
Apapun saya pula tak malu cakap dengan orang putih kerana mereka tak pula tersengih jika saya cakap tongang terbalik.
Apa yang penting saya memang boleh faham BI 70 peratus.
February 12th, 2008 at 12:40 pm
terima kasih ..idea memang membantu saya.. boleh bantu saya untuk memaham lebih cepat makna2 setiap perkataan…insan yang sentiasa belajar…