Salam,

Sedikit pengumuman daripada saya. Suka saya umumkan kewujudan perniagaan MLM bernama StormReaders (Bukan Storm Riders!) yang merupakan sebuah program MLM yang 100% syariah compliant dan menerima sokongan/endorse daripada saya.

storm.gif

Apa yang dijual di bawah StormReaders? Itu yang menariknya… jawapannya- buku-buku di bawah Telaga Biru Sdn Bhd, dimana kebanyakannya buku-buku motivasi, keagaamaan, koleksi hadis & doa, dan perniagaan dan banyak lagi termasuklah buku-buku saya ;)

Bagi saya, perniagaan MLM StormReaders adalah sesuatu yang unik kerana jarang kita mendengar perniagaan MLM dilakukan untuk bahan-bahan ilmiah. Bukan sahaja menjana pendapatan melalui perniagaan, tetapi juga dapat menyebarkan ilmu yang baik.

Buku-buku Telaga Biru Sdn Bhd termasuk buku2 saya, Dato Fadzilah Kamsah, Ustazah Norbahyah, Prof Izzi, Ustaz Zahzan, Ustaz Zaharuddin dan ramai lagi. So, boleh dikatakan, bahan-bahan ilmiah yang dihasilkan adalah berkualiti.

stormreaders.jpg

Berita baiknya yang saya ingin war-warkan kepada anda adalah,  Sabtu ini, bersamaan  9hb Januari, akan diadakan majlis pelancaran StormReaders!

Dan sepertimana, kita semua tahu, dalam konsep MLM, mereka yang sertai pada awal rangkaian mendapat pelbagai advantage. So, bagi anda yang berminat untuk mengetahui lanjut, jom sertai. Insyaallah saya juga akan turut berada di sana untuk memberi sokongan pada penerbit, mentor & rakan-rakan Telaga Biru Sdn Bhd. Beberapa ikon-ikon motivator lain juga akan turut hadir. Pesanan daripada StormReaders…

Assalamualaikum wbt,

Anda dijemput hadir ke majlis pelancaran MLM 100% syariah:

STORMREADERS NETWORK (anak syarikat Telaga Biru Sdn Bhd)

yang akan diadakan di

Dewan Komuniti Bandar Manjalara, Kepong, KL

pada Sabtu ini 9 Januari 2010 jam 2.00 petang.

Ustaz Zahazan (Penasihat Syariah Stormreaders Network Sdn Bhd) akan turut memberi ceramah bertajuk “Budaya Ilmu dan Keberkatan Rezeki.” Masuk adalah PERCUMA!

Best Regards

Faruq Zahran
PR Exect of Telaga Biru Sdn Bhd

Saya mengikuti perkembangan StormReaders sejak idea ini diilhamkan pada 2008 lagi, dan sejak itu, bermacam-macam proses yang dilalui untuk memastikan sistem MLM yang dijalankan adalah 100% syariah compliant. Mana taknya, dengan ikon seperti Ustaz Zahzan & Ustaz Zahariddin sebagai penasihat, pastinya segalanya dipantau dengan penuh teliti.

Sekiranya anda berminat menjalankan perniagaan berbentuk MLM, saya amat cadangkan program MLM StormReaders oleh kerana produk ilmiah sebagai produk jualannya. Sambil menjana pendapatan 9/10 dalam perniagaan, sambil-sambil berdakwah ilmu-ilmu yang baik. Nothing better!

ps: StormReaders juga boleh dijalankan 100% secara online oleh kerana peserta akan diberi e-store untuk menjual buku/mendapatkan downline melalui Internet. Sertai sesi diatas untuk keterangan lanjut ;)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Simpan Challenge di MHI, TV3
  • Kedai online @ e-shop StormReaders
  • Baca… jangan tak baca
  • StormReaders Network - pendaftaran bermula