Minggu lepas Peoplepreneur Community telah mengendalikan seminar percuma bersama Mentor Jutawan, Dato Dr Azman Ching di Cititel Hotel, Midvalley. Saya juga turut hadir sebagai speaker jemputan. Memang FULLHOUSE! Bagi yang hadir, pastinya terhibur disamping mendapat permata-permata hebat dari mentor jutawan Dato Dr Azman Ching!

Bagi yang tak dapat hadir, berikut adalah antara gambar-gambar yang sempat diambil…

az-q.jpg
Pendaftaran percuma… ramai yang hadiri!

az-azman.jpg
Dr Azman Ching yang penuh dengan semangat
menyampaikan sesi motivasi perniagaan

az-ik.jpg
Saya menyampaikan tip & strategi perniagaan
(15 minit je… speaker jemputan :) )

az-prev.jpg
Jefri dengan preview Peoplepreneur Biz School

Sekiranya anda hadir, pastinya berbagai-bagai motivasi dan tips anda terima daripada Dr Azman Ching. Saya sendiri teruja setiap kali mendengar ceramah beliau. bagi yang tidak dapat hadir, next time kalau ada peluang sebegini dengan Dr Azman Ching, jangan lepaskan!

Satu nasihat penting dari Dr Azman Ching pada malam itu adalah…

Di zaman ini, ekonomi adlaah seperti harimau yang mengejar kita. Sekiranya kita terlambat, pastinya kita di makan oleh harimau tersebut. Untuk mencapai kejayaan, kita perlu pantas dalam apa sahaja!

Sekiranya anda terlepas peluang ini… ada satu lagi seminar percuma Mentor Jutawan yang akan diadakan pada hari esok. Kali ini, bukan bersama Dr Azman Ching, tetapi sesi talk bersama saya pula. Tajuknya: Strategi Bisnes IK2 yang akan mendedahkan…

  • Strategi dari ZERO menjadi JUTAWAN
  • Perkara penting sebelum memulakan apa sahaja perniagaan untuk menjaminkan KEJAYAAN
  • Strategi MEMBINA JENAMA perniagaan anda supaya anda dapat “MEMUSNAHKAN” PESAING!
  • Bagaimana menggunakan Internet untuk MENGGANDA 2x keuntungan apa jua jenis perniagaan!
ik2-blog2.jpg
Jangan jeles! Gambar saya macam watak dalam cerita Heroes! :) (Thanks to RazziRahman.com for the graphic above).

.
Sekiranya anda ingin menyertai sesi percuma Strategi Bisnes IK2 esok, di Cititel Hotel Midvalley, lawati http://www.irfankhairi.com/mentor/ik/ untuk keterangan lanjut & tempahan tempat.

“Strategi Bisnes IK2
Kelolaan Peoplepreneur Community
Speaker: Irfan Khairi
Tarikh: Selasa, 23hb Jun 2009
Waktu: 8.00mlm - 10.30mlm
Tempat: Cititel Hotel, Midvalley
Masuk: PERCUMA
Daftar di http://www.irfankhairi.com/mentor/ik/

.
Jumpa anda di sana! Pastinya anda akan mendapat beberapa strategi perniagaan baru yang anda boleh terus mengaplikasikannya dan kuasa dua kan keuntungan perniagaan anda :)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Hi, my name is Sam, this is my card!
  • IK @ Nescafe Kickstart Season 4 - final
  • Dalam perniagaan, beri sesuatu yang tidak disangka
  • Tip Satu Minit