Mon 2 Jan 2012
Selamat tahun baru 2012. Tahun baru azam baru. masuk tahun ni dah genap enam tahun saya menulis blog ini. Berterima kasih kepada anda yang sentiasa menyokong saya selama ini dan tak putus-putus melayari blog ini dan juga facebook saya.
Tahun 2012 ini bermacam-macam lagi aktiviti saya akan jalan kan dan insyaallah lebih hebat lagi dari tahun lepas.
Bak kata, jadikan tahun ini lebih baik dari tahun lepas.
Sering kali kita ingin kan kejayaan tetapi ianya tak bermakna sekiranya Kita enggan berusaha. Kita enggan meletakkan matlamat. dan kita enggan keluar dari keadaan zon selesa kita.
Setiap tahun saya akan membuat azam baru dan matlamat tahunan baru, sesuatu yang lebih hebat dari azam dan matlamat tahun lepas.
Bila adanya matlamat, di situ lah kita akan lebih berusaha untuk memperbaiki diri Kita sendiri.
Sejak tahun 2006 saya menulis blog ini dan menjalankan pelbagai seminar dan workshop perniagaan Internet.
Tahun 2012 kini dilihat modul perniagaan Internet saya di terima oleh universiti antarabangsa, Asia eUniversity melalui program diploma eksekutif pemasaran Internet dan media sosial.
Matlamat saya tahun ini adalah untuk membawa diploma eksekutif ini untuk ke tahap Asia melalui asia eUniversity!
Sekiranya anda ingin menyambung belajar sambil bekerja atau menjalankan perniagaan, saya amat mengalu-alukan anda untuk mengetahui lebih lanjut program eksekutif diploma ini melalui laman web rasmi http://www.aeu.com.my
atau anda juga boleh buat temu janji di pejabat saya di mutiara damansara dengan menghubungi talian 03 77292277
Langkah seterusnya, apakah pula matlamat anda?
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


January 4th, 2012 at 9:51 am
Selamat tahun baru 2012 untuk Tuan IK serta tahniah kerana berjaya mendapat kepercayaan untuk menerajui program tersebut.
Selamat maju jaya & moga terus berjaya untuk tuan dan IKSB.
January 26th, 2012 at 3:23 pm
Assalamualaikum,
Adakah pendaftaran masih dibuka?
Saya berminat untuk menyertainya.
January 31st, 2012 at 8:37 pm
salah satu impian saya utk tahun 2012 adalah ingin berjumpa Irfan Khairi dan teros mendapat energy positive dari IK!