Mon 19 Jun 2006
Beberapa hari lepas saya ada menyebut tentang perasaan malu dalam memulakan perniagaan.
Antara faktor utama seseorang itu tidak memulakan perniagaan adalah: Takut kepada rejection!
Kita takut bahawa orang yang kita cuba menjual produk atau perkhidmatan kita, menolak produk atau perkhidmatan kita. Dalam hal ini, terdapat 2 pesanan:
1: Sekiranya anda takut rejection, maka, bidang perniagaan bukanlah untuk anda. Ini adalah kerana, secara purata, daripada 10 pelanggan yang anda cuba menjual, 8 akan reject product atau perkhdmatan anda! Fahami bahawa dalam menjual sesuatu, semestinya terdapat lebih ramai orang yang akan menolak produk dan perkhidmatan anda daripada menerimanya.
2: Sekiranya anda takut rejection, fahami bahawa penolakan produk dan perkhidmatan anda bukanlah sebab personal (bukan sebab prospect tersebut tidak suka anda!). Cuma, mereka menolak produk dan perkhidmatan anda kerana, mereka tidak memerlukannya, mereka tidak mahu, mereka tidak boleh gunakannya, mereka tidak mampu atau apa sahaja sebab.
Jadi, jangan takut rejection. Dalam perniagaan, rejection adalah kebiasaan.
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

June 19th, 2006 at 8:19 am
Siapa yang tak takut kena reject sebab kadang2 selera customer ni berbeza2… banyak complaint dan sebagainya… contoh; proton savvy, semasa dikeluarkan ramai yg mengutuk… body mcm cacinglah… tin milolah… dsb.. tapi cuba kita tgk brp byk savvy atas jalan… kita anggaplah org yg bawa savvy tulah customer kita yg boleh terima produk yg kita jual…
June 19th, 2006 at 11:06 am
Asalammualaikum wbt,
Memang betul lah tu kata Takut tak de orang nak beli, takut kena kutuk, takut orang komen lepas beli, takut dicemuh kawan-kawan dan sedara sendiri, malah ahli keluarga terdekat, takut jatuh darjat kalau tak berjaya dan banyak lagi takutnya.
Tapi, lagi takutnya kita masa nak mula kan sesuatu kerja atau bisnes, bila dah berjaya nanti, orang yang paling takut tuulah yang merasa dunia ni dia yang punya.
Maksud saya ” just do it”. Kejayaan usaha kita sendiri walau sikit pun akan memadamkan semua ketakutan kita sebelum tu.
Apa lagi ……Jom kesana!…..cari kejayaan lah apa lagi….Cuba dulu, baru tau.
June 19th, 2006 at 2:36 pm
Nampak percentage utk org rejet adalah tinggi dari yang menerima. Tapi saya pasti sebelum kita memulakan perniagaan kita telah kenalpasti kekuatan produk tersebut. Kita telah buat kajian kekuatan produk dan permintaan. Tapi masih kita mengalami rejection tersebut. Tapi saya dapati permintaan produk yang bermusim seperti kereta Myvi ( mungkin contoh yang tak begitu baik ) atau jersi bola piala dunia , permintaannya amat menggalakkan. Tapi ia berbentuk sementara. Siapa dulu dia boleh kuasai pasaran tersebut. Di sini terdapat unsur jangan tunggu lama-lama nanti dikebas org. Sweet Charity…
June 19th, 2006 at 5:27 pm
Selalunya yg takut rejection ni orang yg nak meluahkan cinta kali pertama. Kalau kena reject mahu frust menonggeng dibuatnya…
Tapi dalam e-biz, jangan takutkan rejection. Petuanya, tarik bakal pelanggan seramai mungkin ke website anda. Kalau 8 dari 10 yg melawat akan reject produk/khidmat anda, bermakna anggaran 20% adalah pelanggan anda. Jika 100 orang melawat web anda dlm 1 hari, bererti anggaran 20 orang akan jadi pelanggan anda. Jika produk anda bernilai RM20, bererti jualan anda akan mencapai RM400 sehari. Bererti jumlah jualan bulanan anda adalah RM12,000. Jika anda teruskan jualan begitu selama 7 tahun, anda pasti akan jadi JUTAWAN. Jadi sebetulnya anda tiada alasan untuk kecewa disebabkan rejection. Meneruskan formula Irfan, promosi.. promosi dan promosi! Selamat berjaya!
June 19th, 2006 at 7:42 pm
Takut.. salah satu penyakit selain penyakit 2M (Malas & Malu) yang menghalang seseorang itu berjaya.Sekiranya takut produk kita di reject bermakna kita awal-awal lagi sudah kalah atau gagal.berdasarkan percentage yang diberi oleh Irfan yang reject lebih tinggi dari yang menerima,cuba bayangkanlah kalau kita hanya mendapat seorang pelangan/prospek sahaja sehari bagaimana? bermakna kita kena giatkan usaha dalam mencari pelangan/prospek baru.Kalau pelangan/prospek kita tu menolak anggap saja ada banyak orang lagi hendakkan produk atau perkhidmatan kita.
June 19th, 2006 at 11:41 pm
assalamualaikum wbt…
hari ini adalah hari paling best…
sebab terlalu ramai me’reject’ saya…
almaklumlah… malam nih 1st day in pasar malam…
sebelum ini cuma tolong kawan2 di sana..
tapi pada malam nih..saya bersama patner 2org je menjalankan perniagaan..
satu permulaan yang baik.. sebab saya dapat 6 orang je pelanggan.. hehe…
esok try lain… just do it
June 20th, 2006 at 2:01 am
Mana tip hari selasa?
Dah pukul 1.50am? Kesian letih kut.
Jumpa siang nanti, semuga semua sahabat dapat lalui mimpi indah dan bertambah lah idea siang nanti.
Bye!
June 20th, 2006 at 9:11 am
Kalau buat bisnes internet, kita tak perlu takut rejection sebab rejectionnya kita tak nampak. Kita fokus pada pelanggan saja (yang membeli). Kita tak tahupun kalau seseorang prospek itu telah mereject produk kita atau diri kita. Jadi kita tak rasa apa-apa pun.
Kalau ada pun yang menulis untuk komen atau kutuk, biarkan saja. Tak perlu rasa apa-apa. Kita tak kenal pun siapa mereka. Sebaliknya ambillah komen dan kutukan dan apa saja rejection itu untuk tujuan analisa ke atas produk atau diri kita.
Tips untuk elakkan rejection ialah elakkan pertembungan, jangan buat direct sale seumpamanya.
Kalau tiada seorangpun dari 100 orang prospek yang membeli produk anda, yang ke 101 pasti beli. Ini dinyatakan dalam hukum alam - hukum keseimbangan. Dan jika yang ke 101 sampai ke 201 masih tiada yang membeli, buatlah pembaharuan atau berubahan. Ini satu proses pembelajaran.
June 20th, 2006 at 9:12 am
Lebih banyak yang menolak dari pada yang hendak.
June 20th, 2006 at 12:44 pm
Irfan,
Dah puas saya cari tapi masih tidak menjumpai list webhosting yang sesuai dan sebagainya yg diceritakan ada di rahsiainternet.com melalui buku Kalau tidak keberatan, boleh tak tolong ceritakan web hosting sedia ada yg sesuai.
terima kasih
June 20th, 2006 at 2:48 pm
Saya berminat untuk cuba membina laman web tapi tak tau cara bagaimana nak buat domain name & web hosting disamping bagaimana nak buat bayaran. Saya tiada kredit kad.
Harap dapat membantu.
MIMI
June 22nd, 2006 at 4:11 pm
rejection memang perkara biasa…rejection menjadikan kita lebih bersemangat dan berusaha untuk terus belajar……..
June 25th, 2006 at 10:49 pm
setiap “rejection” kita ambil pengajaran..
percayalah…semakin kuat usaha kita..semakin cerah peluang untuk kita berjaya..
setuju ngan post irfan..
December 22nd, 2006 at 9:09 pm
ala jangan dirisaukan sangat pasal benda ni.orang nak kata apa pun kita terima jer.
June 20th, 2008 at 12:28 am
kena reject perkara biasa dlm kehidupan.kita sendiri pernah juga mereject sesuatu/org ke.so,tak ada apanye kalau kena reject,tak menjejaskan pun,kalau ada cuma untuk waktu kena reject tu jer.lepas tu dah hilang rasa malu,malah rasa semangat nak buat yg lebih baik lagi.just doit…