Takut pesaing dalam perniagaan!

Ada yang takut memulakan perniagaan kerana takut persaingan. Takut competitors la cakap orang putih… tidak kira perniagaan internet ataupun bukan internet.

Anda perlu tahu bahawa, dalam apa jua perniagaan yang anda ingin ceburi, sekiranya tiada pesaing… tidak lama kemudian, akan pasti ada pesaing juga. Sekiranya perniagaan anda maju, maka, sudah pasti ada yang akan memasuki pasaran anda. Sekiranya tiada pesaing, perniagaan anda juga tidak akan maju!

Apa yang anda perlu lakukan sekiranya takut pesaing? Jangan risau kerana….

#1: Pasaran untuk apa jua perniagaan adalah besar sekiranya anda betul-betul meneliti pasaran anda. There’s plenty for everybody! Bukan bermaksud bila ada pesaing, perniagaan anda akan menurun. Ia mungkin bermaksud, bila ada pesaing, industri anda akan menjadi semakin maju dan competetive. Ini akan membesarkan lagi pasaran untuk semua peniaga.

#2: Fikir realistik. Tidak kira apa pun anda lakukan, anda tidak akan dapat 100% dari semua pasaran menjadi pelanggan anda. Sudah pasti ada yang tidak akan membeli dari anda dan inginkan alternatif lain.  Coca-Cola walaupun gergasi air berkabonat, tetapi mereka hanya berjaya mencapai 48% pasarannya. 52% pengguna memilih jenama-jenama air berkabonat yang lain (Pepsi, 7-up, F&N, Root Beer dll.)

Sedangkan jenama utama di dunia hanya berjaya mencapai 48% pasaran mereka, apatah lagi perniagaan-perniagaan kecil?

ps: di workshop, saya akan menunjukkan cara bagaimana sesuatu perniagaan (internet dan juga bukan internet) itu dapat menyaingi semua pesaing dengan hebat! Tak cukup satu minit untuk tulis di sini 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

22 thoughts on “Takut pesaing dalam perniagaan!

  1. salam semua…
    sebenarnya kalo kita tgk la, bukan dlm bisnes je ada persaingan ni, dlm apa jua aspek kehidupan pun ttp ada persaingan, cuma beza nya adalah yg jelas dan tak jelas je… jadi, tak perlu gentar la kalo kita perlu hadapi persaingan dlm dunia bisnes kan? ermmm… ckp senang la, tp nak hadapi tu yg bepeluh, tp takpe, sokmo2 tgk tip Ifran, tiap ari ada motivasi, jiwa pun bisa kental dong! 🙂 tq ..

  2. ehehe.. first time jadi org pertama komen kat sini ari nie. 😀
    mmg betul ler..ambo pun berperasaan camnie..sebab rasa cam kerdil jer nak wat biz internet nie..
    ermm….nie memang kena pergi jugak workshop nie..

  3. Owh…… Memang pesain memberi impak yang besar kepada perniagaan kita tidak kira dari segi positive atau negative.

  4. Sungguh selesa dan terasa hebat membaca tips dari Irfan!

    Persaingan membuatkan ramai yang ingin mencuba jadi takut-takut.
    Bila fikirkan sesuatu utk dijual secara online, tiba-tiba terdengar atau terjumpa pula webpage yang telah menjual benda yang sama..alahai, terus 50% semangat yang sebelumnya berkobar-kobar merudum~~

  5. Persaingan sihat membuatkan minda kita semakin kreatif dalam memenuhi kehendak pasaran.

  6. Memang pesainglah akan menyedarkan kita untuk buat yang lebih baik. Tidak cepat puashati, sentiasa berusaha membaiki & ahirnya fikiran lebih terbuka untuk mencari ilmu yang baru, malah ahirnya akan menjadikan kita lebih kreatif.
    Syabas semuga Allah memberkati segala niat baik kamu untuk membentuk masyarakat berjiwa baru dan berwawasan insyaallah.

  7. Assalamualaikum wbt,
    Sebenarnya rezeki kita dan setiap makhluk di alam ini memang telah ditentukan Allah sejak dari azali lagi. Apa yang perlu kita buat ialah berusaha untuk mendapatkan rezeki tersebut. Contohnya kalau makanan dah di depan mata, kalau tangan tak ambil dan mulut tak nganga, manakan ia akan menjadi rezeki kita.

    Namun disebabkan oleh kejahilan maka timbullah perasaan tamak, hasad, dengki dan sebagainya. Sesetengahnya menggunakan pelbagai cara untuk memusnahkan pesaingnya dengan harapan bila pesaing tersebut ditimpa nasib malang maka rezeki tersebut akan beralih kepadanya pula.
    Belum tentu sebenarnya. Tetapi yang pasti ialah perbuatan tersebut adalah satu dosa yang besar yang menyebabkan si pelakunya bakal menerima azab Allah kemudian hari. Ianya juga akan menjatuhkan martabatnya sendiri di mata masyarakat. Yalah, naik dengan cara yang tidak betul, tidak ‘gentleman’ atau lebih tepatnya naik tanpa usaha yang penuh keberkatan dan diredhai Allah… pencipta kita!

    Sepatutnya bila kita ada pesaing, ianya akan menimbulkan satu situasi yang ‘semakin sihat’. Kita akan lebih berusaha untuk mengekalkan pelanggan sediada dan mencari jalan bagi mendapatkan pelanggan yang baru. Kenali kelemahan pesaing kita, cuba satu strategi yang baru yang boleh memikat pelanggan, insyaAllah kalau betul niat dan caranya, rezeki kita pasti akan bertambah tetapi dengan satu syarat… kekalkan dan sentiasa menambahbaikkan mutu kerja kita dari masa ke semasa, tanpa kompromi!

  8. Saya tertarik dengan “persaingan membuatkan kita maju”- bersainglah secara sihat.

  9. banyak rancangan perniagaan gagal dilaksanakn kerana takutkan persaingan. tapi, jika dah ada perancagnan yang baik, confident, tekad, semanagat, tawakal, tunggu apa lagi, “JUST DO IT! la”

  10. Apabila kita nak memulakan perniagaan tapi asyik fikirkan pasal persaingan yang datang, sampai bilapun kita takkan maju. Persaingan adalan satu amalan yang sihat.Kita akan berusaha lebih. Ingat rezeki ada dimana-mana

  11. Usah takut pesaingan yang penting tingkatkan kualiti dan berikan yang terbaik.Pelangan sekarang memang bijak.Mereka tahu yang mana terbaik buat mereka.

  12. terima kasih atas response yang diberikan. tu la, masyarakat malaysia ramai yang takut2 persaingan. harapnya lepas ini, jangan takut. persaingan adalah lumrah perniagaan- tak boleh run (lari).

    cuma, kadang2 ada pula pesaing yang guna taktik kotor menjatuhkan kita.

    apa yang anda perlu buat?(anda pula beri tip satu minit untuk soalan ini- saya akan baca!) 🙂

  13. kalau takut bersaing tak perlu niaga duduk umah lg baik. dunia ini lumrah nya pasti ada persaingan bukan saje bisnes tp kehidupan seharian. anggaplah pesaing itu dari perspektif positif, bila ada pesaing baru ada perubahan utk kebaikan umat dan dunia.
    kita mesti buat SWOT analisis atau KLAP…Kaji KEKUATAN, LEMAH, ANCAMAN & PELUANG sama ada diri kita atau pesaing…baru kita boleh maju kehadapan..tp jgn lupa berdoa dan memohon restu dan petunjuk dari Allah…insyaAllah banyak mana pesaing pun dgn izin Allah semuanya BERES.

  14. Saya pernah berada dalam situasi di mana terdapat 5 laman web yang menawarkan produk yang sama. Produk itu merupakan produk yang saya tertarik nak beli. Harganya di antara RM10 hingga RM70. Akhirnya saya beli yang paling mahal. Sebabnya, pimilik produk itu tampil dengan kelainan pada produknya, iaitu menyelesaikan hampir semua masalah saya. Sedangkan yang lain hanya dapat menyelesaikan sebahagian kecil dari masalah saya. Rugi kalau saya beli, walaupun murah.

    Pengajaran: ‘Perang harga’- murah belum tentu orang akan beli kalau produk itu bukan penyelesaian kepada masalah pembeli itu.

    Jadi, kalau kita kenal pasaran (kenal masalah orang) dan sediakan penyelesaian, persaingan akan menjadi perkara kecil. Tetapi untuk meminimakan lagi masalah persaingan, kenalah ada ‘added value’ pada produk kita. Kalau ‘added value’ itu hasil ciptaan kita sendiri dan bukannya senang diperolehi dari tempat lain, maka produk kita menjadi unik dan kuranglah masalah persaingan.

  15. Saya baru di sini. Di office saya bersaing dengan rakan lain yang berniaga susu kolostrum yang tengah meletup sekarang ni. Tiba-tiba dalam paper kata someone flat. Pesaing saya memfitnah produk yang saya jual mengatakan ” entah-entah ini produk yang saya jual”.

    Nampak sangat dirty trick. Tapi saya sabar saja sebab kalau saya jadi macam dia jugak, saya pun dah dapat pakej yang dia ada iaitu dengki, takut bersaing dan penyakit orang melayu yang biasa.

    Bayangkan sampai rakan cina di ofis saya menggeleng kepala dengar apa yang dia cakap.Pada saya yang itu tuhan saja yang balas sebab lagi banyak dia kondem lagi kreatif kepala saya

  16. Kalau takut ombak jangan berumah ditepi pantai..so kalau takut persaingan, jangan involve in business!

    Itu paradigma lama yang perlu diubah klu nak maju.di mana ada persaingan, di situlah ada jalan untuk mencipta pembaharuan or inovation.selagi berada dilandasan yang betul terus mencuba pelbagai kaedah untuk memajukan perniagaan yang diceburi.

  17. tak perlu takut,cuma kita perlu menambah baik produk kita,macam org jepun,diorg dulu cuma mengkaji kereta,sekarang mereka salah sebuah negara industri yang maju….key word! kajian itu penting…

  18. apa yg perlu kita lakukan adalah terus berusaha dah kena kreatif… pesaing akan wujud.. kreatif berseorangan pun susah.. kena ada kawan utk membantu.. kita kena teruskan usaha yg bagus.. meh kita lakukan..
    aku masih belum pandai lagi bisnes online nih.. tapi hari2 online.. jom kongsi

  19. betul tu..org bijak selalunya kreatif.Macam apek kat kampung saya.Buah peria jual buat berus basuh pinggan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.