Teaser adalah satu teknik promosi. Tahukah anda apakah itu teaser? Lihat di atas ini…

“Strategy X akan menemui anda dalam masa XX hari XX jam XX minit XX saat lagi!”

Industri perfileman sering menggunakan strategi ini dengan memberi teaser berbentuk klip dari sebuah filem, dan pada akhirnya menulis “Coming soon…” seperti teaser Spider-Man 3 di sini…

Tujuan teaser adalah ingin mewujudkan perasaan “ingin tahu”. Psikologi manusia mengatakan bahawa manusia seringkali ingin mengetahui sesuatu yang disorokkan. Teaser memainkan peranan dalam menyentuh bahagian psikologi manusia ini.

Agak-agaknya, apa perasan anda sejak kebelakangan ini apabila saya menggunakan teaser mengenai Strategy X? Adakah ianya berkesan? :)

Gunakan teaser sebagai salah satu teknik promosi anda untuk mewujudkan perasaan ingin tahu dan bakal-bakal pelanggan yang menunggu untuk mendapatkan produk anda.

ps: Sini satu lagi teaser untuk anda. Dalam masa beberapa hari sahaja lagi, saya akan dedahkan “secret weapon” saya bagaimana saya yang pada asalnya pendiam dan pemalu, kini berdiri di mana saya berada.

Ada seseorang yang membantu saya, dan anda berpeluang untuk mendapat bantuan beliau juga untuk berjaya dalam semua aspek perniagaan (dan juga kerjaya)… beliau juga telah membantu ramai personaliti terkenal Malaysia. Selama ini saya keep this a secret!

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Kebarangkalian berjaya dalam promosi…
  • Antara strategi & teknik
  • Berapa peratus untuk promosi perniagaan?
  • Hari #5: Meletakkan harga ebook Cara Promosi