Wed 6 Dec 2006
Mungkin anda pernah melihat teknik ini di pawagam seperti…
- “From the creator of X-men” atau…
- “From the director of Crouching Tiger, Hidden Dragon”
Mungkin juga anda pernah lihat di buku…
- “From the best-selling author of Da Vinci Code”
- “From the mega-best-selling author of Chicken Soup For The Soul”
Teknik ini dipanggil teknik “Halo”. Di mana ia menggunakan nama kejayaan sebelum ini untuk memberi kredibiliti kepada produk atau perkhidmatan baru.
Sekiranya anda berjaya mencipta sesuatu yang hebat dan mendapat sambutan, gunakan teknik “Halo” untuk menaikkan jualan produk atau perkhidmatan akan datang.
Contoh…
“Strategy X… daripada penulis buku terlaris Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar!”
Tetapi, untuk memastikan teknik halo ini memberi efek maksimum, pastikan ia digunakan pada kejayaan yang hebat. Sekiranya digunakan pada sesuatu yang tak hebat, maka, efeknya tidak akan menjadi. Tambahan, mungkin jualan pula akan kurang!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

December 7th, 2006 at 10:45 am
Teknik ini sesuai untuk orang yang telah berjaya untuk mengulangi kejayaan dengan lebih hebat….kalau tak berjaya lagi tuu langkah pertama kena lah mengusahakan satu yang hebat dan seterusnya praktik kan halo untuk produk seterusnya.
December 7th, 2006 at 12:29 pm
Selamat pagi…bagus teknik ni..i sedang memikirkan apa yg nak dijadikan teknik ‘ HALO ‘..moga2 i dapat produk/services utk dijadikan teknik halo nanti…kalau kita combine teknik halo orang lain yg dah berjaya dan terbukti dgn perniagaan kita boleh jugak kan ?Zamri Shah Alam
December 7th, 2006 at 4:48 pm
Kita guna teknik Halo orang lain yang sudah berjaya, adakah dibenarkan kerana ini ‘Harta Intelek’ mereka. Dari segi undang-undang adakah salah.
December 7th, 2006 at 5:30 pm
apa maksud guna teknik halo orang lain? bunyi je dah macam tak dibenrkan…
December 7th, 2006 at 11:13 pm
memang betul..kalau teknik ini kite dapat aplikasikan dalam bisnes kite…
insyallah…keuntungan makin berlipat ganda….
betul kate ..bunyi je dah nampak pelik kan..kalau kite gunekan teknik halo orang lain…
December 7th, 2006 at 11:24 pm
Hmmm… camne tu? Gunakan teknik halo atas kejayaan orang lain? Cuba bunyinya camni: “Sebuah buku terkini di pasaran… seakan-akan buku Rahsia Jutawan2 Internet Terbongkar”???
Nak gunakan kejayaan Irfan untuk promote dan bagi impak kepada buku kita pulak? Kan janggal tuh… Nanti org kata, “apa je yg ada dlm buku camni? Tah2 isinya pun saduran dan plagiarisma jee…”
December 9th, 2006 at 6:45 am
good idea
December 12th, 2006 at 10:43 am
Teknik yang cukup hebat…walaupun saya agak lewat memberi komen..disebabkan agak bz…teknik ini untuk menggandakan kejayaan….thanks