Wed 12 Jul 2006
Soalan yang saya sering terima daripada mereka yang baru memulakan perniagaan adalah:
Di manakah tempat atau cara terbaik untuk mempromosikan perniagan?
Jawapan yang saya berikan sering menghampakan yang bertanya.
Sebenarnya, tiada satu tempat pun yang terbaik untuk mempromosi semua jenis perniagaan. Ia bergantung kepada produk anda, harga, pelanggan anda dan juga wang yang anda sanggup laburkan dalam promosi.
Sebagai contoh, medium promosi menjual suplemen kesihatan adalah berbeza dengan medium promosi menjual buku.
Tanya diri anda sendiri- apakah cara paling efektif untuk anda mempromosikan produk anda untuk mencapai pelanggan yang mempunyai kebolehan kewangan membeli dari anda?
Langkah kedua adalah- cuba pelbagai media untuk memastikan jawapan anda. Terus cuba dan cuba setiap medium promosi dan rekodkan jualan anda sehingga anda jumpa medium promosi yang memberi pulangan terbaik untuk anda. Sekiranya anda tidak cuba, anda tidak tahu!
Tip Satu Minit yang berkaitan:

July 12th, 2006 at 12:03 am
Ya. Inilah yang sering bermain difikiran saya. Ilmu sudah ada cuma bagaimana promosi yang terbaik. Seperti pernah katakan bukan mudah untuk berjaya.
July 12th, 2006 at 12:12 am
“Sekiranya kita tidak mencuba,tidak
pernah hendak mencuba,kita tidak akan
tahu!”……………….
July 12th, 2006 at 12:56 am
Ada pelbagai cara. Antaranya secara manual. Buatkan kad nama atau flyers yang terdapat maklumat tentang website dan maklumat produk dan perkhidmatan anda. Tidak tahu tempat untuk mencetak kad nama atau flyers? layari website www.onetouchcreative.com (harap Irfan benarkan!
July 12th, 2006 at 2:27 am
Kebanyakan orang bermula dengan cara yang salah. Biasanya mereka menentukan produk dahulu. Tetapi sepatutnya pada langkah pertama mereka mesti menentukan target pasaran dulu. Bila dah tahu market dan pasaran, barulah kita tahu dan jelas di mana tempat yang sepatutnya kita pasarkan.
July 12th, 2006 at 5:53 am
Kira harus banyak mencuba.
July 12th, 2006 at 11:04 am
Saya terbabit dalam perkhidmatan fotografi. Pengiklanan di akhbar nampaknya kurang berkesan. Di majalah berkaitan perkahwinan, agak memuaskan. Namun kosnya agak tinggi. Yang berkos lebih rendah ialah melalui laman web di internet, hasilnya pun lebih memberangsangkan. Tapi yang tanpa kos langsung dan paling berkesan, ialah from the words of mouth. Tapi bak kata Irfan, lain perniagaan lainlah cara promosinya…
July 12th, 2006 at 11:17 am
Kebanyakan peniaga lebih suka memilih medium promosi yang paling murah tanpa memikirkan kesannya sama ada berjaya seterusnya memberi pulangan yang berganda atau sebaliknya.Sebagai contoh kebanyakan dari mereka lebih suka membuat flyers,pamplate dan brochure dari mempromosi di media seperti surat khabar,tv dan sebagainya.memang kos membuat flayers murah kalau nak dibandingkan dengan promosi di media tetapi kesannya adalah tidak seberapa,pelangan sekarang hanya bersikap acuh tak acuh sahaja dengan flayers,pamplate dan brochure yang diterima.Lebih malang lagi bahan tersebut dibuang kedalam tong sampah.Matlamat utama untuk promosi sudah gagal di situ.Berbanding dengan pengunaan media, skop dan sasaran pelangan adalah besar,jadi pulangannya adalah besar juga.Jadi terpulanglah pada peniaga itu sendiri kesanggupannya melabur pada promosi.lebih besar pelaburannya lebih berganda keuntungan yang di raih.
p/s: Memang saya tak pernah jumpa flayers,pamplate atau brochure daripada Irfan khairi,nampaknya Irfan dari awal-awal lagi tidak mengunakan pendekatan promosi yang sebegini.betul tak?
July 12th, 2006 at 12:04 pm
>Belum cuba,belum tau…
>Promosi mestilah kena pada tempatnya.
>Kalau nak promote kain,takkanlah nak promote kpd org lelaki kan?kurang berkesan sebab tak ramai lelaki yang berminat nak beli mende2macam nie.
>In my opinion,Promosi,harga dan produk haruslah bergerak seiring.Kalau salah satu daripadanya tertinggal,perniagaan kurang berkesan.
July 12th, 2006 at 2:05 pm
Perasan tak, bila sebut celcom je semua org tahu. nape? jawabnya, kat mana2 je ada logo celcom…kat jejantas, badan bas, tv, majalah, akhbar, kedai,dalam kad,baju T, studium..dalam masjid pun ada
So, idea yg saya fikir ialah… promosi je sebanyak mungkin, semampu mungkin, semaksima mungkin..bila2 masa dan di mana saja. jgn timbang byk2 sgt.
alasannya..
- bila dah orang selalu tengok dan dengar, dia tk rasa ganjil dan ragu2. cth: ubat gigi, kita panggil guna jenama apa? tahukan? dan tergamak guna juga walaupun tak de cop halal pun (tk termasuk saya)
- belum tentu sesuatu produk itu layak dipromosi utk sesetngh pihak je. cth promosi kain..promosi je kat sapa pun, kat lelaki ke, pompuan ke…manalah tahu dia nak beli kat mak dia ke. (minta maaf: seorng promoter pernah suruh saya beli pakaian dalam wanita walaupun saya lelaki yg masih bujang)
, alasannya boleh beri kat makwe. nasib baik saya lum ada makwe…
- lagi banyak bubu, banyaklah keberangkalian hasil tangkapan.byk kaedah promosi, byklah peluang.
saya pernah promosikan suatu produk,guna cara: edaran kertas, iklan akhbar, mulut, demo,sms…hasilnya..paling byk dpt feedback iklan dan sedikit2 dari lain2..so, kumpul2..banyaklah yang dpt dijual.
-tp problemnya ialah modal masa, tenaga dan RM..macamana pun ada byk cara utk atasi semua tu.
July 12th, 2006 at 2:16 pm
Helo semua..Tempat terbaik mempromosi perniagaan sebenarnya bergantung kepada produk/servis yang hendak dipasarkan. Kekuatan sesuatu produk/servis menentukan ke manakah arah tuju program pengiklanan kita. kalau produk dah power promosi tak lah rumit sangat. Tapi kalau masih lagi baru hehehehe promosi kena la power. Apapun banyak benda kena d ambil kira. Thank U.
July 12th, 2006 at 2:24 pm
ya, soalan itu selalu bermain di fikiran saya. Setiap perniagaan berlainan caranya so kita kena terus mencuba baru kita tahu hasilnya.
July 12th, 2006 at 2:53 pm
Orang yang berjaya mencuba banyak kali sehingga mereka berjaya. Percubaan pertama tidak semestinya berjaya. Kaji semula apa kelemahan kita dan cuba baiki..secara konsisten..Thanks
July 12th, 2006 at 3:03 pm
Sebenarnya, tiada satu tempat pun yang terbaik untuk mempromosi semua jenis perniagaan. Ia bergantung kepada produk anda, harga, pelanggan anda dan juga wang yang anda sanggup laburkan dalam promosi.
Memang benar sekali, tiada tempat yang terbaik untuk mempromosi semua jenis perniagaan,
Anda jual gula, takkan anda hendak promosi di kedai jual tiup basikal.
Oleh itu, ianya perlu memainkan peranan. Jangan mencemarkan promosi anda dengan membuatnya ditempat yang salah.
Patuhi peraturan dan biarlah mempromosi secara berhemah, kalau membuat pamplet, jangan la ditampal sesuka hati, di tembok, di tiang pondok menunggu bas, di pondok telefon. Walaupun anda berasakan ianya mudah kerana pada anda ianya mampu menarik minat orang mengetahui produk dan perkhidmatan anda, sebenarnya anda adalah salah.
July 12th, 2006 at 3:51 pm
irfan, cuba kita tengok mereka yang berjaya, mari kita tiru macam mana mereka market barangan mereka, hehe
July 12th, 2006 at 4:44 pm
apakah tujuan promosi?yg utama ia adalah alat digunakan utk memberi tahu info yg anda ada produk/servis utk dijual.Caranya bermacam2…yg mana satu nak guna tertakluk kpd byk faktor:
-produk/servis yg ditawarkan
-maklumat yg nk dipamirkan..produk & juga info tentang sykt anda.
-bajet yg ada pd anda
-sasaran pasaran sebenar? siapa bakal pengguna anda?
-strategi yg paling berkesan nk digunakan…maksudnya dpt menyampaikan kpd lebih ramai pelanggan/prospeks dgn bajet yg minimum
-jangkaan prospek yg akan respon pd promosi anda
July 12th, 2006 at 7:39 pm
betul tu…xde tempt @ cara yg terbaik utk mempromosikan bisnes kite..kite kena cube jaye la..kalau kite nampak medium yg kite gune itu berkesan..kite fokuskan lebih padanye…
kalau nk promosikan website..cara dengan menampal sticker name wesite kite dkt kereta ke dkt mane2…ok gak..cam ckp dalam tips yg lepas..letak kat mane2 kite punye name brand…dekat baju,dekat mug,dekat bus ke n dekat mane2 la..yg dirasekan sesuai…medium yg murah sy rase…org nampak..mesti org nk tahu..mesti diorang bertanye..kalau dah ty..kite cerite la…itu pendapat dari sy la..:)
July 12th, 2006 at 8:08 pm
Hi, semue.. saya ingin berkongsi kisah benar mgk tidak bgt relevan dgn topik ini..
Ceritanya, abg ipar saya mula berjinak2 menjadi ejen unit amanah sbg ‘part time’ untuk dptkan ’side income’..
So, org pertama yg dia jumpa untuk ‘promosi’ unit amanah ialah ‘boss’nya yg ‘millionaire’..
Tujuannya utk ‘1st time test public speaking/marketing skill’.. mana tau tengok2 sekali ‘boss’nya invest terus RM2j.. Komisyennya pula >2.85% iaitu +-RM50k plus..
P.s. Sebenarnya ejen lain dah pernah ayat boss dia sebelum nie tapi boss dia tak layan..
**Agak2ny..apa pengajaran dari cerita nie yea..
July 13th, 2006 at 1:12 pm
Kita perlu mencuba dimana2 sahaja untuk mempromosi produk2 kita, tetapi yang paling penting ialah membina kredibiliti yang kukuh. Itulah teknik promosi yang amat berkesan spt Irfan
July 13th, 2006 at 5:45 pm
saya setuju bila orang kata kita kena cari market dulu untuk menjual sesuatu produk.. kalau dah tau market barula kita tau cara nak promosi… cara promosi yang penting orang faham dan mahu produk kita…
March 7th, 2007 at 10:41 am
slotmachine [url=http://slotmachineaybgc.blogspot.com]slotmachine[/url] http://slotmachineaybgc.blogspot.com http://kostenlosesspielcervoy.blogspot.com [url=http://kostenlosesspielcervoy.blogspot.com]kostenloses spiel[/url] kostenloses spiel kostenloses freispiel [url=http://kostenlosesfreispielemwuy.blogspot.com]kostenloses freispiel[/url] http://kostenlosesfreispielemwuy.blogspot.com [url=http://geldeinsatzmmhhhs.blogspot.com]geld einsatz[/url] geld einsatz http://geldeinsatzmmhhhs.blogspot.com http://onlinekasinospielomkvo.blogspot.com [url=http://onlinekasinospielomkvo.blogspot.com]online kasino spiel[/url] online kasino spiel [url=http://fairesspieldfgppc.blogspot.com]faires spiel[/url] http://fairesspieldfgppc.blogspot.com faires spiel [url=http://slotmachinespielenttrkw.blogspot.com]slotmachine spielen[/url] http://slotmachinespielenttrkw.blogspot.com slotmachine spielen http://blackjackonlinevcbv.blogspot.com [url=http://blackjackonlinevcbv.blogspot.com]blackjack on line[/url] blackjack on line http://slotmaschinehyudby.blogspot.com [url=http://slotmaschinehyudby.blogspot.com]slot maschine[/url] slot maschine gewinner [url=http://gewinnercwwsky.blogspot.com]gewinner[/url] http://gewinnercwwsky.blogspot.com
July 20th, 2008 at 9:08 pm
Satu tempat terbaik dan percuma untuk promosi produk ialah di dalam blog irfan khairi. Tapi gunalah cara yang tak langsung.
Selamat mencuba
Hairul
http://www.warisanebook.com
July 20th, 2008 at 9:17 pm
Satu tempat yang membawa ramai pelawat kepada website anda ialah mengiklankan di media cetak online seperti Metro Online.
Walaubagaimanapun ia tidak menjanjikan jualan yang tinggi bagi produk anda. Jualan lebih bergantung kepada produk anda dan cara website anda memikat dan menyakinkan mrreka
July 28th, 2008 at 12:57 pm
Jika kita bijak mempromosi dengan pelbagai cara dan medium, maka kebarangkalian untuk pelanggan mengenali produk anda akan meningkat. Secara tidak langsung kebarangkalian pelawat menjadi pelanggan akan turut bertambah jika kita berjaya meyakinkan mereka melalui promosi kita.
July 29th, 2008 at 4:39 pm
Pemasaran sebenarnya tidak susah. Hanya lihat pada kesesuaian produk dan kos yang perlu ditanggung. Semakin besar pulangan kita dapatm semakin besar promosi yang dapt kita buat.
azman Ab rahman
www.mybulksms.biz
September 20th, 2008 at 1:33 pm
yup pemasaran x susah..perlu ikut peradaran zaman.. bak kata pepatah
“zaman sudah berubah”
March 28th, 2009 at 1:38 pm
Salam Irfan…
Umur Daus 15 Tahun…
Patut Panggil apa ekk?
Abg je la…
Abg, Daus nak tanya…
Cara berkesan meningkatkan trafik blog, cmne ekk?
July 9th, 2009 at 5:57 pm
sebenarnya cara untuk meningkatkan hasil jualan sesuatu produk adalah promosi yang berterusan tak kira dimana anda mempromosi..
jika anda berputus asa untuk iklankan perniagaan anda maka kuranglah hasilnya..
rgds,
rasyrah
August 26th, 2009 at 9:31 pm
salam.. mcam2 cara bole promosi iklan.. kalau nk belajar bole jugak saya ajarkan..
November 14th, 2009 at 2:52 pm
banyak cara nak promosi ..
traffic exchange…
safelist..
viral marketing
solo ads
google adword
hub page
wordpress
blogging
free classified
forum
youtube
SEO
article (spinning)
Pilih jer mana kehendak hati….
ada orang berkata
HARDWORKING = 96 %
Knowledge = 98 %
jadi apa yang 100 % ??
ATTITUDE = 100 %
owh, tapi taw x ada yang capai 101% ?
LOVEOFGOD =101 %
———–fixed————
December 21st, 2009 at 2:07 pm
Iqbal shares a lot also..thanks..
December 21st, 2009 at 2:10 pm
awalsam.ws tak boleh kongsi kat sini terus ka..apa2 usaha tetap tuhan akan bagi ganjaran..cuma mesti ada kesabaran..
January 21st, 2010 at 4:52 pm
Sebenarnya, di sini pun boleh promosi. Kita kena rajin letakkan link kita di nama kita tu. Barangkali, perniagaan yang saya jalankan ialah fotografi perkahwinan dan mungkin di sini mungkin bukanlah tempat yang sesuai, tetapi kalau orang yang membaca klik nama kita (yang ada URL website kita) mungkin orang akan mengetahui mengenai bisness kita..Cuba klik nama saya tu keluar apa..
January 30th, 2010 at 11:20 am
macam mana nak promosi website dengan berkesan ye?
ada tak sapa2 tahu tempat promosi yang mempunyai traffik yang tinggi?