Wed 4 Aug 2010
Ok, dah lebih kurang 4 tahun saya menulis blog ni, and about time nak mengucapkan ribuan terima kasih bagi pengunjung setia blog ini… pengomen setia… dan juga mereka yang hanya membaca dan tak beri komen langsung
Sejak 4 tahun lepas, kini ada 742 postings dan 22,958 komen. Kalau from comments, ramai juga pengunjung2 baru… dan masih ada juga pengunjung2 yang sejak 2006 mengikuti blog saya ni. Terima kasih, Thank You & Shukran!
Jadi, saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan SELAMAT DATANG kepada pembaca-pembaca baru. Dan happy reading kepada pembaca-pembaca setia. Walaupun sering kali saya tidak dapat membalas mesej-mesej di sini secara personal, tetapi saya tetap membaca kesemua tulisan anda. Insyaallah saya akan balas mana yang termampu…
Blog ini saya mulakan sejak tahun 2006 dengan matlamat memberi sedikit tip Motivasi, Perniagaan dan Kewangan. Tak banyak, sikit-sikit je oleh itu, saya namakan blog ni, “Tip 1 Minit”. Kebanyakan tip yang di sampaikan cuma ambil 1 minit je untuk baca. Tetapi ada kalanya terlajak juga 1 minit tu bila saya naik syok menulis
So, posting saya kali ini, hanya sekadar mengucapkan terima kasih yang tak terhingga atas sokongan anda di blog ini, di majlis2 ilmu yang saya kendalikan, di tv (dari Astro Awani, sehingga kini di TV1) dan juga radio (Radio24 & BFM) selama ini. Thank you, Thank you & Thank you atas sokongan anda pada saya sejak 2006 lagi…. saya doakan kejayaan anda, saya harap anda pun turut doakan kejayaan saya!
Wassalam!
-ik
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


August 4th, 2010 at 2:34 am
salam…
saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Irfan Khairi..
August 4th, 2010 at 8:38 am
saya juga berterima kasih kerana tuan sentiasa berkongsi tips dengan kami…..moga kita sama2 berjaya
August 4th, 2010 at 9:31 am
Salam…
Saya dah mengikuti blog ini sejak tahun 2006 lagi.. Banyak infomasi mengenai perniagaan yang saya dapat..
10q Dr. Irfan Khairi..
August 4th, 2010 at 12:27 pm
Terima Kasih diucapkan kepada IK kerana telah memberi banyak tip perniagaan dan motivasi yang berguna kepada saya.
August 4th, 2010 at 12:37 pm
Salam,
Saya juga ingin ambil peluang mengucapkan terima kasih kepada Irfan Khairi. Memang nama Irfan Khairi lah yang membuka mata saya terhadap perniagaan internet.
August 4th, 2010 at 1:04 pm
Saya amat tertarik dengan kehebatan Dr. irfan menjalankan perniagaan internet…so…boleh kongsi ilmu dengan saya kah….
Abdul Kata(tel:017-8142259)
August 4th, 2010 at 1:42 pm
I really admire Dr Irfan Khairi as my businessman icon. Thanks to you too. God Bless you. Amin.
August 4th, 2010 at 2:14 pm
Banyak perkara yang dapat dipelajari dari blog ni sejak 2006 lagi. Ada juga artikel yang diulang-ulang. Bagus juga…. Ianya seperti Robert Kiyosaki belajar 6 perkara yang diajar oleh bapakayanya. Pelajaran tersebutlah yang sering diulang-ulangnya.
Terima kasih IK.
August 4th, 2010 at 6:26 pm
Salam sejahtera IK.
Sama-sama. Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana perkongsian tips2 yang hebat. Semoga Tuan diberi kekuatan utk terus menulis.
Syukran Jazilaa.
August 4th, 2010 at 6:50 pm
saya pengunjung lama blog Dr IK..
tips sentiasa membina minda dan semangat..
tkasih krn sudi berkongsi tips..
August 4th, 2010 at 6:56 pm
Salam IK,
Harap dapat meneruskan perjuangan menyampaikan ilmu perniagaan internet kerana sumbangan anda amat bermakna oleh semua rakyat Malaysia.
Semoga anda terus berjaya hingga akhir hayat.
August 4th, 2010 at 11:51 pm
saya juga ucapkan terima kasih kepada irfan khairi kerana semenjak saya membeli vcd langkah 123 membina perniagaan internet pada tahun 2006, alhamdulillah, saya alami sendiri bagaimana memperolehi pendapatan daripada internet.
Teruskan usaha anda dan selamat maju jaya.
August 5th, 2010 at 12:55 am
Salam, salam…
Fuhhh!! Lega…
Tengok pd tajuk posting tu, boleh tahan gak dia punya suspen.
Yalah, ingatkan IK dah nak tutup blog ni ke, dah nak pencen ke, apa ke…
Pepehal pun, terima kasih, xie xie, nan-dre, merci dll utk IK gak (perghhh…rasa cam kamus lak
)
August 5th, 2010 at 2:03 am
Salam…
Saya rasakan amat bertuah dengan adanya blog seorang Jutawan yang sanggup berkongsi segala ilmu dan kepakaran dalam bidang perniagaan internet dan paling penting ianya memberikan semangat dan motivasi kepada saya untuk meneruskan dunia perniagaan internet yang begitu luas dan mencabar ini. Terima kasih tak terhingga kepada IK dan diharap sentiasa memberikan info terkini berkaitan dunia perniagaan internet selagi terdaya.
August 5th, 2010 at 8:39 am
bukan sesuatu yang senang mahu berjaya..ada baiknya kita memperlengkapkan dgn ilmu pengetahuan..ia dapat dicari dengan sokongan dan ilmu dari semua..terima kasih..
August 5th, 2010 at 9:04 am
Saya ini boleh dicategorikan sebagai pelawat sahaja membaca sahaja. Saya masih bertahan dalam industri saya disebabkan tulisan motivasi Dr. yang sangat membantu membina jatidiri saya. Saya sokong usaha Dr. terima kasih banyak-banyak.
August 5th, 2010 at 9:49 am
wah… saya yang ucapkan terima kasih, anda ucapkan balik pada saya
amat2 menghargainya… insyaallah, selagi termampu, saya akan terus menulis di blog dan memberi tip kejayaan tak kira di mana, melalui blog, facebook, buku, tv atau radio!
-ik
August 5th, 2010 at 4:18 pm
Hi IK,
Sy juga berdoa kpd anda supaya berjaya pada masa akan dtg.. Insyallah..
Tq
August 5th, 2010 at 6:45 pm
Terima kasih juga dari kami di Chocolate Words. IK dah banyak membantu & memberi inspirasi dalam menjalankan perniagaan secara online. Hanya satu, untuk mencari redha Allah swt. Terima kasih sekali lagi.
August 6th, 2010 at 12:52 am
Iyer.. sama-sama kasih IK..
Kasih IK diterima.. hehehehe..
AlhamdulilLah..
p/s: Semoga kita sama-sama berjaya dunia akhirat, Ameen..
August 6th, 2010 at 6:23 am
terimakasih kembali
August 6th, 2010 at 10:01 am
semoga sedara sentiasa dirahmati Allah di atas perkongsian yang diberikan kepada kami…
Terima Kasih banyak2…
August 6th, 2010 at 10:22 pm
hi, semoga segala ilmu yg IK curahkan selama ini diberkati oleh-Nya
August 7th, 2010 at 12:53 pm
Thanks a lot Dr. Anta telah banyak berjaa dalam menyumbangkan ilmu serta Idea untuk memajukan Bangsa Kita…
Syabas!!!!
August 7th, 2010 at 1:25 pm
saya dah membaca blog ni dari tahun 2006 lagi. Walaupun sekarang dah semakin jarang memberi komen, saya tetap buka blog berkali-kali dalam sehari.
A personal inspiratoin, it is.
August 11th, 2010 at 3:05 pm
Blog IK memang my favourite. I like.
Antara yang i suka - cara penyampaian,
idea, ilmu & artikel yang tak terlalu
panjang.
August 29th, 2010 at 8:16 pm
Bagi saya blog IK banyak memberikan info2 berguna kepada pembaca blog. Tak rugi membaca tips-tips yang diberikan. Saya juga ada membeli beberapa buah ebook irfan, ternyata ianya tidak mengecewakan. Terima kasih Irfan..