Sebelum May 6, 1954, tiada pelari dapat berlari sejauh 1 batu dalam masa kurang dari 4 minit. Berlari 1 batu dalam masa kurang 4 minit difikirkan mustahil!

Sehingga Roger Bannister mencabar dan memecahkan fikiran mustahil tersebut dengan berlari sejauh 1 batu dalam masa 3 minit 59 saat!

Apa yang terjadi selepas itu, pada tahun yang sama, beberapa pelari lain berjaya melepasi benteng 1 batu dalam masa kurang dari 4 minit.

Tahun-tahun yang seterusnya juga menyaksikan lebih ramai pelari berjaya memecahkan benteng 4 minit tersebut!

Apa yang telah terjadi?

Kisah Roger Bannister ini sering diceritakan dalam buku-buku motivasi barat. Ia menunjukkan bahawa benteng pertama yang perlu dilalui adalah benteng di minda. Apabila ia kelihatan mustahil, maka, ia sememangnya mustahil.

Tetapi, sekiranya ia terbukti boleh dilakukan, maka, benteng di minda sudah tiada lagi dan lebih ramai atlit dapat melakukan larian tersebut.

Buka mata anda kepada kisah-kisah disekeliling kita yang umpama “The 4-minute Mile”. Ia merupakan satu titik sebuah anjakan paradigma (Paradigme shift) yang boleh mengubahkan haluan hidup kita.

ps: Pada Sabtu 9hb Oktober, 8 malam, akan diadakan satu sesi Bicara Santai Percuma bersama saya dan pakar motivator kewangan Abang Abu, di Cititel, Midvalley KL. Yang bestnya, sesi “Bicara Santai: Buat Duit Simpan Duit” ni adalah PERCUMA. Tetapi, terhad kepada 100 peserta sahaja. Sekiranya anda berminat dan serius tentang kewangan anda, apa kata anda turut sertai kami… first come first serve basis ya. Klik di sini untuk daftar secara percuma.

pps: Juga akan di buka booth produk dan seminar RahsiaInternet.com pada harga diskaun untuk cover kos hotel. Bagi yang tidak dapat hadir, boleh dapatkan produk dan seminar RahsiaInternet.com di sini.

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Perancangan 2006/07 Irfan Khairi
  • Minda separuh sedar (Subconcious Mind)
  • Perniagaan yang memeningkan
  • Perniagaan produk informasi & motivasi diri