Sekiranya anda mempunyai idea untuk melancarkan perniagaan atau produk baru yang hebat, tanya pada diri anda terlebih dahulu…

Adakah masa/waktu untuk melancarkan produk tersebut adalah tepat?

Sering terjadi apabila seseorang usahawan mempunyai idea yang amat baik untuk memulakan perniagaan, tetapi, waktu melancarkan perniagaan tersebut adalah salah- timing tidak betul- mungkin terlalu cepat untuk mendapat perhatian pasaran, ataupun terlewat sehingga persaingan yang bertambah.

Pada tahun lepas, saya melancarkan buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar yang mendapat sambutan hebat sehingga menjadi buku terlaris di MPH sehingga kini (terima kasih kepada anda!). Waktu mengeluarkan buku tersebut adalah tepat pada masanya ketika tiada buku seperti itu terjual di pasaran disamping permintaan maklumat perniagaan Internet bertambah.

Untuk memastikan kejayaan perniagaan anda, anda perlu mengambil berat juga perihal waktu perniagaan/produk anda dilancarkan. Caranya adalah dengan melakukan penyelidikan di pasaran dan meneliti permintaan pasaran.

Usahawan yang berjaya adalah mereka yang bijak melancarkan perniagaan mereka tepat pada masanya. Timing adalah antara faktor yang akan menentukan kejayaan perniagaan anda.

Teringat pula bagaimana Astro & RTM menggunakan faktor timing untuk menarik penonton daripada TV3 “Wedding of the year” beberapa hari lalu! Itu adalah strategi timing dalam perniagaan (broadcasting).

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Penundaan Strategy X
  • Bertanya tidak kira pada siapa
  • Tidak semua menjadi
  • Antara strategi & teknik Part 2