Blog ni, tip satu minit kini sudah berumur 3 tahun… sering kali saya sendiri baca kembali tip-tip lama sejak 2006 untuk mencari idea-idea baru untuk perniagaan- kiranya untuk refresh kan memory. Sedang membaca posting lama-lama tadi… terdapat satu idea pula untuk memuatkan ruang “tip arkib” di sini… iaitu, tip-tip yang saya pilih sendiri (hand picked) yang saya rasa amat berharga untuk diulang siar… so, dari masa ke semasa, saya akan upkan posting lama yang saya namakan “tip arkib”. Enjoy!

tiparkib.gif(June 2006) Demam Superman Returns pun bermula! Dan sebenarnya, ada satu tip perniagaan boleh kita ambil dari Superman (banyak tip perniagaan dari Superman sebenarnya!)

Apabila filem Superman Returns mula digembar-gemburkan dan disiarkan di panggung wayang, anda perasan tak di kedai VCD seperti Speedy mengeluarkan balik stok-stok lama VCD Superman I, II dan II dan meletakkannya di rak-rak hadapan kedai tersebut?

Tipnya adalah, produk baru akan menaikkan semula jualan produk-produk lama anda. Sekiranya anda mempunyai stok lama sesuatu produk yang kini susah untuk dijual, perkenalkan produk baru dan promosi sekali produk yang lama.

Dengan mengeluarkan produk baru, bukan sahaja jualan produk tersebut akan naik, tetapi, produk-produk lama juga akan turut naik. Dengan mengimplementasikan tip ini, anda dapat meraih keuntungan yang lebih dari stok-stok lama (yang kini mungkin tiada siapa yang membeli).

Ramai peniaga membuat kesilapan apabila mengeluar produk baru, mereka bagaikan menyorok produk-produk lama!

Siapa boleh berikan contoh senario ini dalam perniagaan sekeliling kita selain Superman? (termasuk Batman, Spiderman, X-Men dan adik beradiknya…) :)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Bagaimana hendak menjadi popular?
  • Jangan takut dengan WANG!
  • Nama Perniagaan Anda
  • Berapa peratus untuk promosi perniagaan?