Tujuh jutawan bergabung kongsi pengalaman

*Keratan dari Utusan Malaysia*
SUBANG 19 Mei – Tujuh jutawan terkenal akan bergabung untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran masing-masing dalam membantu melahirkan lebih ramai lagi rakyat di negara ini yang bergelar jutawan.

ik_dm.jpg
Dato Azman, Datuk Maznah & IK di sidang media DKSJ

Mereka terdiri daripada Irfan Khairi (jutawan Internet), Dr. Azman Ching (mentor jutawan), Chef Li (jutawan senyap), Datuk Maznah Hamid (usahawan jutawan), Abang Abu (jutawan kewangan), Dr. Azizan Osman (jutawan minda) dan Billi Lim (jutawan berani gagal).

Ketua Pegawai Eksekutif Peoplepreneur Business School (PBS), Allen Lee berkata, kesemua mereka akan bertindak sebagai penceramah dalam Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan II di Hotel Grand Dorsett Subang di sini pada 26 dan 27 Jun.

”Konvensyen anjuran Peoplepreneur Business School (PBS) itu menjangka kira-kira 500 peserta akan hadir,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

”Bagi peserta yang serius untuk menceburi bidang perniagaan selepas konvensyen ini nanti dinasihatkan menyertai PBS supaya mempunyai peluang lebih besar untuk ditunjuk ajar oleh mentor jutawan,” katanya.

Sementara itu, Maznah berharap rakyat negara ini menggunakan peluang menyertai konvensyen seperti itu bagi menimba ilmu sebelum bergelar seorang jutawan.

”Sesiapa sahaja boleh menjadi jutawan asalkan mempunyai keazaman yang kuat serta mendapat bimbingan daripada mereka yang telah berjaya,” katanya.

Maznah juga berharap pihak berkenaan menaja ibu-ibu tunggal miskin supaya dapat memberi mereka peluang untuk menghadiri konvensyen seperti ini.

”Dari pengalaman saya sendiri, golongan ini jika dibantu bukan sahaja dapat mengubah nasib mereka menjadi bertambah baik malah juga cemerlang dalam perniagaan yang dijalankan,” katanya.

Kata Maznah, bukannya satu perkara mudah untuk membolehkan tujuh jutawan itu bergabung dalam konvensyen kerana bagi mereka, masa amat bernilai.

Bagaimanapun, katanya, masing-masing bersemangat untuk bertemu dengan peserta kerana mereka sebenarnya ingin melihat lebih ramai lagi rakyat di negara ini bergelar jutawan.

Jemputan untuk anda: Sertai bersama Dato Maznah Hamid “Iron Lady” dan saya, IK, di Woksyop Mini “Dari Kosong Sampai Jutawan” pada hari Ahad ini jam 2.00 petang di Royale Bintang Hotel, Kuala Lumpur. Untuk menyertai, yuran hanya RM50 sahaja… boleh walk-in tapi perlu datang awal untuk memastikan tempat. Datang beramai-ramai ok! Hubungi 03 32871829 sekiranya inginkan maklumat lanjut.

ps: Jumpa anda hari Ahad ini ok! Sambil bawa anak jalan2 kat KL cuti sekolah, boleh jumpa kami 😉

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

22 thoughts on “Tujuh jutawan bergabung kongsi pengalaman

  1. Salam,
    Selamat Hari Jumaat pada IK dan semua sahabat2.. Penghulu segala Hari..

    Tahniah pada Ik dan team jutawan yang orlain..

    sememangnya untuk berjaya kita memerlukan seorang mentor yang hebat seperti ini kerana kita akan menjadi hebat seperi mereka juga..

    jadi siapakah mentor kita ya..

  2. Inilah satu-satunya peluang yang ada untuk anda bertindak. Bukan senang nak dapat ilmu dari tujuh jutawan terhebat Malaysia. Tahniah Saudara IK.

  3. tak sabar menunggu hari yg dinantikan 26&27hb ni..dah lama register.. harap2 berbaloi la yer..

  4. Salam..

    Selamat Hari Isnin..

    Harap ada scope pengurusan/pengetahuan asas tentang kewangan.. dalam PPBS..

    Terima kasih..

  5. setiap kejayaan memerlukan keyakinan dan semangt yang ade dalam diri …
    itu lah tande nye orng yg berjaya.

  6. Bila 7 jutawan bergabung..motivasi kita bukan setakat untuk menjadi millionaire tapi billionaire..:)

  7. Susah betul nak jadi senang … Bila la agaknya nak mencapai level financial freedom macam 7 jutawan ni . Terima Kasih untuk tips produk terhangat . Baru terbuka mindaku yang sempit ini …. Thanks lot …

  8. Harap-harap ianya di teruskan pada masa depan,sebab masa ni saya tak sempat nak hadirkan diri.. mesti banyak ilmu akan dapat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.