Di sini ada satu konsep untuk anda fikirkan sepanjang hujung minggu ini…

Lagi ramai anda membantu orang untuk berjaya, lagi besar kejayaan yang anda akan terima.

Fikirkan, sekiranya anda seorang guru, lagi ramai pelajar yang berjaya- maka lebih terbuka pintu rezeki anda… mungkin boleh memulakan kelas tuisyen.

Sekiranya anda seorang boss syarikat anda, lagi ramai pekerja anda berjaya, ia bermakna, lagi besar pulangan syarikat anda…

Sekiranya anda bekerja makan gaji, dan anda membantu boss anda berjaya, maka, lebih besar peluang anda untuk naik pangkat dan berjaya…

Tidak kira anda bekerja sebagai apa atau dimana sahaja, bantu orang lain untuk berjaya… anda juga akan mendapat pulangannya!

Sekiranya anda membantu orang lain untuk berjaya, orang lain pun akan mudah membantu anda untuk berjaya :)  

Selamat bercuti!

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Kejayaan adalah seperti magnet
  • 85% kejayaan anda bergantung pada orang lain
  • Kisah orang-orang yang berjaya
  • Menjadi Mentor Jutawan