Sekiranya anda tertanya-tanya, pada masa lapang, apa yang saya buat… jawapannya: Baca BUKU atau tengok DVD!

Saya ni dengan buku & DVD memang tidak dapat dipisahkan… buku, mungkin anda boleh agak, saya selalu baca buku. DVD? bocor rahsia… saya memang gila wayang! Dari kecik sampailah dah besar ni…

Mungkin ada yang terbaca sejarah saya, antara perkara yang memotivasikan saya ketika muda-muda dulu mencapai kejayaan adalah selebriti2 barat kerana mereka melakukan apa yang mereka minat (berlakon atau menyanyi) disamping menerima bayaran yang amat lumayan- rumah besar-besar mcm istana!

Kalau keluar, memang selalu saya akan beli buku & dvd.

rb2.jpgBuku, saya selalu beli buku-buku perniagaan, buku motivasi & buku biografi orang-orang yang berjaya. Pengakuan terbuka: Novel saya tak pernah baca… tak kira novel mat salleh atau novel melayu :) Kalau membaca memang gila, selalunya beratus ringgit habis pada buku setiap bulan. Buku terbaru adalah: Business the Richard Branson Way. Sebuah buku mengenai pengasas Virgin Group… “the rebel billionaire”! Belinya semalam, habis pun semalam… selalunya begitulah, kalau beli buku, hari tu juga habis baca… paling kuat 2-3 hari habis.

Saya recommend anda baca buku sekurang-kurangnya sejam sehari… kalau ikut cara ini, seminggu pasti habis satu buku!

voe.jpgKalau DVD pula, saya tengok semua jenis film! Tak kira, action ke, adventure ke, drama ke, comedy ke… semuanya tengok. Tak kira film glamour atau film tak glamour, saya tengok juga. Kadang-kadang, film yang tak glamour ni lagi best dari film-film glamour dan menang bayak film awards. DVD juga, sebulan beratus ringgit habis macam buku- jangan terkejut! Film terbaru saya tengok beberapa hari lepas “In the Valley of Elah”. Memang best!

Seminggu mesti saya tengok 2 DVD!

Bagi saya, tengok DVD adalah cara saya relaxkan otak saya dari memikir perniagaan… Golf? Tak pernah main! Apa lagi nak buat? ;)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Jutawan banyak membaca!
  • Baca… jangan tak baca
  • Anda baca lagi tak?
  • Satu idea sahaja