Tue 18 Nov 2008
Apa bestnya being financially free?
Bagi saya bukan “material” things yang kita ada tetapi, bagi saya adalah “TIME” atau masa yang terluang
Dah lama saya tak update ruang Reality di blog ni, so posting saya kali ini dibawah tajuk Reality pula…

Cinta Strawberry 1 day old!
Atas permintaan ramai, ramai yang nak tengok gambar terbaru my baby girl, Cinta Strawberry… maklumlah, kat blog ni, Strawberry ada ramai auntie & uncle angkat cyber
So, bagi yang follow ruang ni, pasti ingat Cinta dilahirkan pada 8/8/08. Bagi yang nak refresh balik, boleh klik sini untuk posting/gambar pada hari kelahirannya.
Kini, Strawberry dah 3 bulan lebih, dan sejak seminggu dua lepas, dia dah pandai senyum-senyum & main-main. So, ini gambar dia tengah senyum khas untuk aunties & uncles cyber

Seperti saya sebutkan sebelum ni, the best thing about being financially free & kerja dari rumah adalah, kita ada banyak masa dengan keluarga, especially kids! Masa anak pertama dulu, saya masih kerja full time dengan syarikat… so, kerja pagi, balik lewat petang. Dan selalu miss time-time my first child growing dari baby…
Alhamdulillah, bila dah buat full time perniagaan Internet, dah tak miss lagi dah sebabkan financially free memberi “time”. Dan time is much-much better than material
![]()
Kelakar juga for the past few weeks ketika menjalankan Workshop Jutawan Internet, ramai dok mencari Cinta Strawberry- memang saya selalu bawak pun pergi workshop (time break), dan bila Cinta sampai, ramai kerumun tengok dia. Kalah papa dia… lagi glamour baby dari kita!
Workshop Perniagaan Internet akan datang:
* Kuala Lumpur pada hari Ahad 23hb November. Klik di sini
* Johor Bahru pada Sabtu 29hb November. Klik di sini
Atas permintaan yang tinggi, Workshop Mini “Terhangat di Pasaran” akan di adakan sekali lagi pada hari Sabtu 22hb November. Klik sini untuk maklumat workshop mini Terhangat di Pasaran untuk pelajari cara bagaimana mengubahkan informasi menjadi produk yang terhangat di pasaran!
Atau hubungi 016-6966644 / 014-6633311 untuk sebarang bantuan & pertanyaan.
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


November 19th, 2008 at 11:01 am
Bestnya kalau ramai yang dapat jadi mcm IK, ya la kesian jgk memikirkan anak-anak yang terpaksa ditinggalkan di nurseri/jiran sebab kita dok sibuk nak cari duit. Tambah pilu bila memikirkan ibu bapa kita yang mungkin sudah agak uzur, yang juga turut memerlukan perhatian kita, sama seperti yang mereka lakukan semasa kita masih kecil.
Penghujung bulan Oktober lepas saya ada email kat IK supaya dapat bagi tips berkenaan Bila Masa Terbaik Untuk Kita Berhenti Kerja Dan Tumpukan Sepenuh Perhatian Kepada Perniagaan Internet Sendiri.
Saya harap IK dapat bagi ulasan sebab saya masih tak confident nak berhenti walaupun income dari bisnes dah dua kali ganda dari gaji bulanan kerja full time.
Tq
November 19th, 2008 at 11:42 am
Hilang semua penat lelah bila lihat baby tersenyum….
Senang betul jadi baby,kan..happy je..Tak yah fikir2 ~ cemana nak cari duit, cemana nak makan hari ni…Semua rezeki Allah swt hantar terus pada dia.
Untung jadi baby Cinta.. papa&mama sentiasa ada di sisi
November 19th, 2008 at 12:02 pm
Salam,wah comel betul anak yer
best jadi IK ni kan,saya pun cita2 nak jadi cam abang,jadi jutawan internet sebelum umur 30 tahun(12tahun lagi)
Tapi IK,saya bukan uncle cyber tapi abang cyberlah
http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com/
November 19th, 2008 at 12:22 pm
“abang” cyber? Takde maknenya….
November 19th, 2008 at 12:40 pm
Salam;
Moga nanti-nanti kita semua pun akan jadi macam IK..InsyaAllah
November 19th, 2008 at 1:50 pm
Nama baby IK pun sedap betul..Teringat pulak kat Bunga Citra Lestari.. Dah dekat-dekat dengan Cinta Strawberry Abadi..
November 19th, 2008 at 2:29 pm
comelnya,cikucikuci….macam ayah dia masa kecik2 kot
November 19th, 2008 at 2:35 pm
Itulah impian saya untuk jadi financiall free.. InsyaAllah kalau ada rezeki saya dalam masa 5 bulan lagi saya dah boleh rehatlah..jadi work home parent,..sekarang memang saya sedang work hard n all out untuk bisnes baru saya ni,setakat nie, positif…Semoga ramai lagi parent yang pandai merebut peluang untuk jadi financiall free.. peluang banyak di depan mata, cuma kita sendiri dikaburi oleh kotak minda yang hanya mahu kita bekerja dibawah arahan orang sahaja..
aida6907.blogspot.com
November 19th, 2008 at 2:48 pm
wah tak sangka IK ada baby yang cute. nama dia betul ke cinta strawberry atau cuma panggilan je?
sorrylah tak folow masa baby IK lahir ari tu.
Cuma kalau IK cakap pasal financially free ngan ada masa utk famili memang itulah cita-cita saya pun. harap menjadi kenyataan empat tahun lagi.
November 19th, 2008 at 3:27 pm
Senyuman Cinta sama macam senyuman ayah dia la.
November 19th, 2008 at 3:39 pm
waahhhh..jelesnyer dgn strawberry..bestnyer dapat jadi anak Irfan Khairi.nanti nak wat duit dari internet tak payah pegi bengkel dah..suruh daddy aje yg ajar..“Daddy yang ni nak buat mcm mane?Daddy betul tak Strawberry buat mcm ni?“..
apa pun tahniah Abang Irfan!you are my Idol!
November 19th, 2008 at 4:12 pm
Anak saya pun sudah berusia 4 bulan. Tetapi belum achive mcm bro IK.
Apa pun otw menuju ke arah kebebasan kehidupan pekerjaan. ( rat race )
November 19th, 2008 at 5:01 pm
ya Allah! cutenyer…
November 19th, 2008 at 5:39 pm
Lepas workshop pertama Terhangat di Pasaran, dapat dukung Strawberry. Hari tu pun dia dah gelak dah. Tu yang sampai lupa nak tangkap gambar dia.
November 19th, 2008 at 5:40 pm
Tengok, saya kalau dah tengok baby asyik lupa nak tanya pulak. Boleh download gambar ni?
November 19th, 2008 at 6:22 pm
I have a dream…. nak jadi financial free mcm IK, insyaAllah. Boleh luang masa dengan anak2..hantar ..jemput anak2 balik sekolah..sekarang tgh kerja boleh di katakan kuat jugak..tapi kerja 9-5 ni kena beri tumpuan jugak..penattt..:-(
November 19th, 2008 at 6:58 pm
Cutey! cutey! Cutey!!…bestnyer ada baby girl.
Issshhhh, frust tul la Sifu, Anor dah tak nak baby…I kempunan baby girl ni, thats why menjauhkan diri je kalau nampak Cinta…sebak, sedih…
November 19th, 2008 at 7:37 pm
impian nak jadi mcm IK, tapi belum jumpe lagi cara terbaik…kadang2 give up gak buat satu2 keje tu…adoiyai…nak2 kalu buat ade masalah…agak2 IK dah brape kali Jatuh sebelum bergelar jutawan?
http://mdrama4u.blogspot.com
November 19th, 2008 at 8:14 pm
IK,
Baby girl kita hampir sebaya…wajah comelnya pun hampir sama…
Salam kekayaan,
THINKERICH
November 19th, 2008 at 9:18 pm
Bestkan.. sambil kerja.. sambil tengok tengok anak..
hehehhehhe
INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR
November 19th, 2008 at 9:44 pm
mmg bertuah Cinta dpt papa yg home based bisnes. baru2 ni kisah menyedihkan kt putrajaya baby tercekik susu, kesian. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan mengampuni ibu bapanya.
so marilah kita ikuti jejek IK
November 19th, 2008 at 10:21 pm
Assalamualaikum!
Merenung wajah Baby Cinta yang mulus tu saya ikut seronok. Cuba membaca apa perasaan dia. Sepastinya baby sekecil itu tiada apa selain diselaputi bahagia. Seronok sungguh jadi baby. Memang senyum Baby Cinta sebijik ayah dia. Semestinya ada sulaman senyum si ibu.
Teringat pada anak saudara yang baru lahir pada 22hb yang lepas. Lebih kurang tiga minggu usia. Saya teruja kerana dia baby boy. He is a strong boy. Suka tidur meniarap dan selalu angkat leher, like a turtle. Allah saja tahu macam mana saya mengidamkan baby boy.
Untuk saya, saya letak ‘kuota’ 4 anak. 3 dah girl. Yang kecil dah nak darjah 1 next yr. Yang sulung just lepas UPSR dan Alhamdulillah she scored 5A. UPSRA 7A, 2B. La ni busy pulak saya mengisi borang. Kawan semua suruh try for the last kuota. Saya pulak fobia. Selain rasa dah berumur. Kahwin pun dah 13 tahun. IK ada tips nak dapat baby boy?
Lastly untuk saya kini, sememang anak menjadi fokus utama. Mereka sebenarnya penggerak kita. Mereka amanah dari Allah. Kasih sayang kita yang tulus lagi ikhlas pada mereka menjadi benih-benih untuk rezeki. Mereka pengikat dan pengukuh kasih dalam rumahtangga.
Masih terasa, sayu waktu temankan anak ambil result. Tambah sayu bila dia lafazkan.’Mak terimakasih, mak banyak tolong along….’ Untuk saya hanya ada Alhamdulillah, Syukur….
Salam dari,
Adilla.
November 19th, 2008 at 10:31 pm
Comeynya baby….
Ni yang teringin nak kawin ni..
November 20th, 2008 at 12:16 am
Nama anak irfan Cinta Strawberry, mengapa dan kenapa nama seperti ini digunakan dan diberikan kepada anak tersebut? Ramai diantara kawan2 sy tertanya mengapa dan nama sebigini perlu diberikan? Adakah menggunakan teknik UPS?
Mengapa tidak diberikan nama2 yang lain? Apa maksud cinta strawberry yang sebenarnya? Bukan kah nama itu akan membawa sebarang nama dan juga doa.
Saya dapat mengagak sendiri kerana nama ini akan digunakan kelak untuk mewarisi bisnes internet yang dr.irfan jalankan dan nama ini akan di ingati kerana unik drpda yang lain dan akan mewarisi perniagaan ayahnya, bukan begitu irfan? Cinta strawberry, putera ilham abadi dan puteri qaseh kamilia. Ni pun kalau saya tak silap lah. Maaf jika spelling tak betul.
November 20th, 2008 at 12:38 am
Tahniah utk IK..
Comel sgt baby beliau & first time saya dgr nama yang begitu unik.. Mcmana boleh terfikir bg nama tu yer? Agaknya sempena apa ya ?
November 20th, 2008 at 7:46 am
wah cantik nama tu, cinta strawbery, terbuka minda dengan nama ni
November 20th, 2008 at 8:17 am
comel anak bro irfan
November 20th, 2008 at 11:52 am
comel…
Nampak dah makin cerdik! Bila la auntie Mazny pulak nk jumpa Strawberry? Hmmm…
Kerja dr rumah mmg best! Mcm saya sekarang la… tgh surf internet sambil menyusukan baby Marwan (9 months old)! Tp being financially free tu blm lagi… masih berusaha ke arah itu. Alhamdulillah my 1st internet bizz i.e MotivasiHaji.com masih bertahan after 2 years beroperasi, dan sambutan makin menggalakkan dr pembeli seluruh m’sia… Thanks to buku RJJIT yg mencetuskan segala2nya… thanks sifu! :}
November 20th, 2008 at 12:26 pm
waah seronoknya dah ada anak…dan yang paling seronok dapat meluangkan lebih masa dengan anak bila ye saya nak capai tahap mcm ni..huhu
November 20th, 2008 at 4:30 pm
Antara ramai2 anak IK mungkin yang sorang ni je lekat dalam kepala saya ni Cinta Strawberry istimewa sekali namanya. Mungkin lepas ni IK bloeh buat blog khas untuk Cinta Strawberry.
November 20th, 2008 at 10:40 pm
emm nama yang unik tu memang patut diabadikan dalam sebuah blog khas
November 21st, 2008 at 3:55 pm
Wah dah makin comel, my baby pun dah masuk 9 bulan dah boleh berdiri(mengeper-kata org pahang)pegang-pegang meja.
November 21st, 2008 at 4:27 pm
wah, comelnya anak irfan..sbijik cam irfan..harap2 dpt mewarisi empayar irfan satu ari nnt
November 21st, 2008 at 6:07 pm
Alahai comelnya… teringin nak jadi Abang Cyber kepada Cinta Straberry untuk selamanya… Chewah….
November 21st, 2008 at 6:11 pm
alah comelnye…..kuchi -kuchi…
November 21st, 2008 at 6:56 pm
auntie & uncle? tak nak…
sy nk jd bro kpd dia.
Cinta Strawberry…
apa salahnya? Inyallah anak tu suka dan bersyukur IK bagi nama tu.
November 21st, 2008 at 9:23 pm
Hebat lah korang semua.. macam macam ada kat sini.. hheh hehe
INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR
November 24th, 2008 at 2:45 am
Wah..dah 3 bulan dah yerkk..pejam celik, pejam celik dah besar..
November 28th, 2008 at 10:32 pm
comel sungguh cinta
November 29th, 2008 at 6:03 pm
aw..COMELnye Cinta
August 11th, 2009 at 8:56 am
Salam IK..saya nie teringin sgt nak jd mcm IK..bleh IK terangkan x 1 per 1 step dr mule nak jd jutawan cyber nie..~tQ..
August 27th, 2009 at 5:38 pm
Comel sungguh baby tu..,
Tapi betul ke nama Cinta Strawberry Abadi?
Rasa macam pelik je.
January 20th, 2011 at 12:58 am
huhu.. mengalami masalah yg sama. keje berulang kl-sbn, dah 4 thn umur anak, masih lg kurang masa dgn dia.. mcm mn nak capai keadaan IK ni..??ni pun x berani nak commit lg sorang.. huhu.
skrg start nak meniaga tasbih. buat sendiri..my 1st move now begin..
kena beli buku IK ni.. nak attend seminar, x mampu..