Hari ni, reality, kita santai-santai saja lah ya…

Entah kenapa, antara soalan yang saya selalu terima (yang bukan Perniagaan, Motivasi atau Internet related) adalah…

“Irfan bawak kereta apa?”

Saya pun tak tau kenapa soalan camtu di tanya? Jawapan saya selalunya adalah…

“Saya bawa kereta kecik je…”

Maybe yang bertanya expect saya bawak Merc ke, Beemer ke, Ferrari ke… ish. Tak lah…
So, untuk menjawab soalan ni, once and for all… IK bawa kereta…

newbeetle.jpg

New Beetle! Atau orang panggil The Bug. Atau orang kita panggil kereta kura-kura (macam mana la dari insect boleh jadi kura2 ? ) And yes, beetle saya warna merah! Warna kegemaran saya ;)
Mengapa saya tak bawa kereta mewah seperti kebanyakan orang berada?

  1. Saya tak berapa minat kereta mewah. Nothing wrong with with the cars atau pemiliknya. Bagi saya kereta mewah memang power! Cuma, pilihan saya sendiri yang tak minat kereta mewah :)
  2. Bagi yang kenali saya, dan tahu personaliti saya (ramai peserta Workshop pasti tau), pasti nampak bahawa saya ni bukan jenis yang suka mewah dan saya jenis “down to earth” and “fun”. Sebab tu nama Ir”fun”. So, New Beetle menarik minat saya sebab it’s a FUN car. Macam kereta mainan je… :)
  3. Mungkin sifat diri saya sendiri yang suka lain daripada yang lain (USP). Dari zaman dulu sampai zaman sekarang, kereta Beetle adalah antara kereta yang kelihatan pelik di jalan raya kerana bentuk dia berlainan dengan kereta-kereta lain. So, saya bawa kereta yang ada USP ;)

Accessory dalam kereta saya:

  • GPS system “Germin”. Sebab saya selalu buat talk di tempat-tempat berlainan, bila ada GPS system, senang saya cari tempat- tak lah sesat!
  • Ipod connection cable. Yang ni accessory tambahan saya tambahkan sebab dalam kereta mestilah dengar lagu rock :) Takde ipod touch saya, tak sah!
  • Buku-buku. Sebab bila perlu tunggu dalam kereta, saya mesti baca buku- so, tak membuang masa.

So itulah dianya kereta IK… kalau nampak saya kat jalan raya, boleh bunyikan horn ;)  

ps: Ni saya nak tanya anda ni… full tank kereta saya RM130 boleh sampai 350km-400km (kegunaan biasa dalam KL). Kereta anda berapa? (saja survey ke-economy-an kereta ni).

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Beli kereta guna duit orang…
  • Konsep Rich Dad Poor Dad di Internet
  • Kunci Kekayaan - Keinginan
  • Kategori baru: REALITY! hidup Irfan Khairi