Mon 28 Jan 2008
Untuk memeriahkan lagi Tip-Satu-Minit, saya ambil keputusan untuk melahirkan satu kategori baru di sini dipanggil… REALITY!
Apa bendanya REALITY! ni?
Basically REALITY! ala-ala reality TV show seperti The Osbornes, Hey Paula, Anna Nicole, cuma this time, lebih kepada blog lah… sehari hidup saya. Taklah dis-functional seperti contoh2 reality show di atas
Kenapa saya decide untuk buat kategori baru?
I would say, ianya sebahagian daripada “motivasi” juga oleh kerana hendak menunjukkan kepada anda, saya juga hidup a normal life- seperti anda. Mungkin ada yang kata, Irfan ni dah kaya banyak releks je kat rumah… kereta orang basuh, rumah orang gaji cucikan… takpayah risau benda2 kecil ni… kemana sahaja driver bawak.
Sebenarnya saya juga punyai hidup yang biasa- mungkin sama seperti ramai yang membaca. First thing, di rumah, mana ada saya relax, infact, saya takde orang gaji pun! Sama seperti anda juga malam-malam saya pun bawak sampah keluar rumah juga taruh dalam tong… (silap-silap, anda orang gaji yang buatkan!
) cuma bab mencuci kereta je malas, tak pernah cuci sendiri… so, hantar ke kedai cuci. Urusan rumah, sama-sama saya dan isteri lakukan sendiri tanpa pembantu rumah. Jaga anak-anak pun sendiri hantar ke sekolah sendiri…
Ok, catatan pertama di bawah REALITY saya nak kongsikan dengan anda sebenarnya sekarang saya dalam proses pindah rumah! Yup… anda yang pernah pindah rumah pasti tau betapa penatnya.
Kini saya tinggal di Seremban (mungkin ada yang tahu), rumah ni saya beli pada tahun 2004. Our dreamhouse! Bungalow 3 tingkat tanah dalam lingkungan 10,000 kaki persegi. Boleh tahan besar juga…
Sejak umur 23 tahun saya dan isteri dah bayangkan rumah ini dah (visualize). Alhamdulillah berkat doa & usaha, 2004, saya memilikinya- sebijik seperti yang dibayangkan…
Tapi, mengapa 2008 berpindah pula?
Tahun 2004, saya & isteri tersayang decide untuk tinggal di Seremban oleh kerana jauh sikit dari KL. Kami ni walaupun orang KL, tetapi, tak berapa minat dengan lifestyle KL yang agak sesak. Masa tu, saya belum menulis buku Rahsia Jutawan Jutawan Internet lagi.. Dalam kata lain, masa tu, takde siapa lah kenal “Irfan Khairi”. Semua buat tak tau je
Kami plan nak tinggal di Seremban oleh kerana kami sudah sedia financially free. Saya pun cadang nak jalankan Internet business sahaja sorang2… in other words, retire young!
Nak dibuatkan cerita, 2005, tergerak untuk saya keluarkan buku untuk mengajar orang ramai mengenai perniagaan Internet. Saya rasa, since saya dah make a lot of money melalui Internet, tak baik pula saya simpan rahsia. So, tu yang saya tulis buku tu dengan sokongan Azizi Ali, jurulatih jutawan.
2005, buku diterbitkan, terus meletup… bukan kedai buku yang meletup. Tetapi, jualan melampaui apa yang di sangka. Perlahan-lahan, ramai yang mula buka mata… meminta buat seminar… pihak media juga membuka mata. 2006, pihak media akhbar dan majalah banyak memberi sokongan kepada saya…
Masuk 2007 dan kini 2008, lifestyle saya berubah tidak seperti apa yang saya cadang ketika 2004.
Ingatkan nak duduk diam-diam di Seremban jalankan perniagaan Internet 100%, tetapi, atas permintaan yang tinggi dari orang ramai, institusi, pihak kerajaan, pihak bukan kerajaan, media dan semua pihak… maka, sering saya dipanggil ke KL untuk memberi motivasi, buat business talk, menjalankan pengambaran program TV dan macam macam lagi.
Sejak hujung 2007, hampir setiap hari ulang alik ke KL dari Seremban… sampai naik penat.
Yang penatnya bukannya apa, tetapi, drive ke KL 1 jam… balik ke seremban 1 jam lagi. Di situ dah rugi 2 jam dalam kereta. YES, saya tidak mempunyai driver! Saya bawak kereta sendiri bang… Banyak perkara boleh saya lakukan dalam masa 2 jam (perniagaan Internet & menulis buku). So, kira rugi lah.. kalau 20 hari, dah 40 jam masa terbuang dalam kereta. Macam-macam boleh disiapkan dalam masa 40jam yang rugi tu!
Nak dijadikan cerita, saya dan isteri decide untuk pindah semula ke KL… dengan perniagaan di KL (ada 2 perniagaan kini selain Irfan Khairi Sdn Bhd), jadi, ia memudahkan urusan perniagaan sekiranya saya tinggal di KL. Juga, dengan permintaan media radio & TV, saya juga rasa baik kalau saya berada di KL 24jam…
Mainly disebabkan kerja saya mula beralih ke KL, saya pun pindah ke KL.
So itu lah dianya, sekarang ni berhempas pulas menyimpan barang dalam kotak. Baru semalam mintak kotak-kotak dari kedai runcit. Dapat juga lah dalam 10 kotak. Insyaallah minggu hadapan saya akan pindah ke KL pula. Ada sesiapa nak tolong angkat-angkatkan barang?
Pindah ke mana? SECRET! Takleh bagi tahu… sebab apa saya takleh bagi tahu? Sebab di Seremban ni pun, ada juga yang tahu mana saya tinggal, sehinggakan hilang privacy saya dan keluarga.
Ada yang datang beramai-ramai (orang tak kenal) depan rumah dan bergambar di hadapan rumah saya. Macam rumah Elvis pulak dijadikan rumah saya ni… siap ada sesi ambik gambar lagi. Kalau rumah Elvis ok juga sebab deorang charge pelawat untuk masuk and ambik gambar. Duit pun masyuk
Rumah saya takkan nak charge pula kalau orang nak ambik gambar. Tapi takpe, sekurang-kurangnya saya terasa macam Elvis!
![]()
By the way, ada sesiapa nak beli rumah saya di Seremban ni? serious buyers only sebab harga lebih kurang sejuta
nanti minggu depan saya letakkan gambar rumah for sale ni di episod akan datang “Reality”!
So, amacam? best tak REALITY? Perlu saya teruskan atau, tak mahu ambik tahu sehari hidup Irfan Khairi? Apa kata kita undi (maklumlah, reality show kan ada undi)
… saya cadang menulis REALITY! seminggu sekali sahaja… yang lain masih tips satu minit…
Tip Satu Minit yang berkaitan:

January 28th, 2008 at 10:34 am
Bagus juga, sekurang2nya ada benda baru dalam ruangan tips satu minit ni.
Boleh la kita lihat bagaimana Irfan balance life between work, play & family.
10 votes dari saya!
January 28th, 2008 at 10:41 am
Saya sokong REALITY!!! Memang best lah ruangan nie..
January 28th, 2008 at 10:52 am
Good Idea! At least semua org tahu life seorang jutawan macam mana. Semua org fikir life jutawan2 nie gempak2 belaka..buat apa pun boleh suruh pakai duit jer ..
sokong REALITY!
January 28th, 2008 at 10:56 am
idea bagus ni..!!! dapat gambaran jelas macamana jutawan bahagikan masa. Saya sokong REALITY 100%!!
January 28th, 2008 at 10:58 am
Sudah tentu saya sokong jika diteruskan! boleh jugak bandingkan diri sendiri dengan jutawan. Kalau agak-agak nak dekat sama, kira ada peluang nak jadi jutawan juga..
January 28th, 2008 at 11:49 am
bagus..bagus.. selain dapat mengutip ilmu melalui tips satu minit, dapat juga mengenali irfan khairi in person aper yang dia wat hari2…
satu ruang yang bagus, bagi saya ia patut diteruskan..
January 28th, 2008 at 11:59 am
saya pun SOKONG REALITY! Reality hidup seorang jutawan.
saya undi MASUK utk REALITY..
ops, camne nak sms??
January 28th, 2008 at 12:02 pm
Salam,
Realiti ya realiti, dapatkah anda menerima realiti kehidupan ini yang penuh dengan pelbagai cabaran dan 101 macam ranjau. Itulah realiti ?????
from me > http:// areeghost.blogspot.com
January 28th, 2008 at 12:03 pm
yup sokong 100%.. realiti hari ini terjumpa cara mudah buat website (lepas dengar ruangan info ict rmkl).. check it out..www.roxer.com
January 28th, 2008 at 12:08 pm
Askum..En.Irfan, go ahead we support 200%, ilham buat semua bakal usahawan n jutawan..You are my mentor,tq
January 28th, 2008 at 12:22 pm
wah bestnye abg irfan khairy…
saya pernah ikut ceramah motivasi abg osman affan…
die cakap abg irfan masuk bank pun siap ade bilik khas…
satu hari nanti saya pun nak macam tu…Amin
January 28th, 2008 at 12:37 pm
Salam…
elok la diteruskan… macam baca novel… Teruskan usaha anda. Hanya Allah saya dapat membalas segala ilmu yang saudara Irfan sudi ajar dan kongsi dengan rubuan rakyat malaysia..
January 28th, 2008 at 12:37 pm
Seronok dengar REALITY jutawan ’sorang’ ni, lain yg lain…Sokong REALITY!, boleh diteruskan.
macam mana la agaknyer rumah jutawan ni (~1juta)..huhu
January 28th, 2008 at 1:05 pm
slmt pg irfan…
saya vote je apa yang irfan buat…hehe
memang bagus juga duk kat KL tu…
dekat sikit…jimat banyak masa…
han
January 28th, 2008 at 1:24 pm
bagus segmen ni…
camner nak mengundi tu?
:P
January 28th, 2008 at 1:34 pm
yahoo…saya sokong lebih daripada 100%. votelah ramai2. Kalau ramai dah vote pasti irfan tak hampakan kita untuk berkongsi cerita realitynya setiap minggu..
votelah.. REALITY IK TIP 1 MINIT Camna ok tak?
January 28th, 2008 at 1:38 pm
Elok juga tu , new idea sempena tahun baru 2008. Kira sokonglah. Seminggu sekali ye, check it out - the lifestyle of Irfan Khairi. Semestinya hari hari dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang bermanafaat.
January 28th, 2008 at 2:25 pm
cayalah Irfan Khairi..
Segmen ni memang sangat bangun..
sangat memotivasikan
January 28th, 2008 at 2:28 pm
Sokong kategori reality ini. Tak sangkat pulak irfan takde orang gaji. ingatkan semua jutawan ada orang gaji, ada pemandu dan lain2 lagi. Kalau pengawal keselamatan ni tentu ada kot.
January 28th, 2008 at 3:08 pm
Saya sokong 100 peratus untuk Irfan Khairi dan vote for him..
January 28th, 2008 at 3:59 pm
salam irfan khairi…
first mmg best lah segmen reality ni… go ahead pls teruskan…..
klu sesapa berminat nak join bisnes baru saya ada peluang mana tau kot2 berminat
klik kat sini…
January 28th, 2008 at 4:32 pm
Assalamualaikum irfan and kwn2 tip 1 minit,
Saya sokong 300% segmen baru ni, ianya seolah-olah membuatkan saya boleh ‘menikmati’ dunia seharian Irfan.
Go REALITY Go!
-Azmin-
January 28th, 2008 at 5:04 pm
ramai yang setuju… nampaknya perlu teruskan juga lah REALITY!
memang saya tidak ada orang gaji atau iver- tetapi itu atas pilihan sendiri. Tak perlu orang gaji oleh kerana isteri memang bantu business dari rumah dan suka mengurus rumah & anak2 sendiri. iver pun tak perlu sebab saya lagi selesa bawak kereta sendiri.
oh ya, tapi anda takleh la ibaratkan hidup saya ni seperti kebanyakan jutawan yang lain. hidup saya simple sahaja
pakaian pun simple… semuanya simple.
tapi menurut buku Millionaire’s Next Door tulisan Thomas Stanley, memang kebanyakan jutawan hidup simple. Hanya sedikit sahaja hidup dalam keadaan extraordinary!
REALITY: welcome to my simple life!
-ik
January 28th, 2008 at 6:53 pm
teet! saya setuju.dapat skit inspirasi dari pengalaman hidup irfan
January 28th, 2008 at 8:34 pm
saya tak tau nak komen apa tapi saya 200% x 5 sokong REALITY!.
Mungkin kisah hidup Abg Irfan sedikit sebanyak dapat menjadi perangsang kepada saya untuk berjaya macam Abg kelak…Insyallah
January 28th, 2008 at 11:22 pm
Sokong 110% supaya irfan teruskan segmen REALITY ni…cayalah
January 29th, 2008 at 9:47 am
Kisah usahawan internet life story akan dikongsi.. boleh dijadikan sebagai pendorong dan motivasi..
Lepas ni mungkin ada yang mencatatkan perjalan kisah Irfan.. boleh jadi sejarah ni..
January 29th, 2008 at 12:24 pm
Setuju! Setuju! Setuju!
January 29th, 2008 at 4:55 pm
sokonggggggggggg!
January 29th, 2008 at 9:22 pm
Saya sokong program baru ni… Perkara baik patut diteruskan supaya ramai boleh mendapat manafaatnya.Tambah pahala Irfan…..
January 30th, 2008 at 6:25 am
Buat aje. Takde masalah rasanya..:D
January 30th, 2008 at 11:14 am
hem…
setiap org pun sama kan…
cuma usaha n cara kita manage sesuatu benda yang membuatkan kita berbeza dari org lain…
saya mmg tertarik dengan citer org yang berjaya macam irfan…apa pun tahniah
January 31st, 2008 at 11:23 pm
Saya memang suka jutawan simple macam Teringin juga nak tengok macam mana rumah jutawan internet ni… apapun, tahniah sebab dah pindah ke KL. Saya pun pelik jugak dengan seminar yang banyak kat KL macam mana ulang-alik ke KL setiap hari…
camtu la hidup..kadang-kadang tidak seperti yang kita rancangkan.Apapun semoga berjaya hidup di KL..semoga boleh sesuaikan dengan cepat… alah rasanya tak susah pun sebab dah selalu ulang-alik ke KL Seremban..
February 5th, 2008 at 11:41 pm
AslkumWBT,
In my opinion, 95% i agree, because u are honest (this ‘HONESTY’ is 1st class positive behaviour in TOP 10 WORLD MILLIONAIRE - discovered by professional analyst)and….let the Malaysians change their perceptions about the meaning of HOW and WHAT IF of BEING A MILLIONAIRE(like Mr.Donald Trump). The other 5%is sometimes u should, sometimes u should not have to….(hope u understand this!) Anyway,ENJOY THIS NEWS!
February 7th, 2008 at 12:21 am
dah lama tak jenguk sini. Banyak gak ilmu baru dikutip.
Dan paling best, dah ada kategori REALITY!. Memang best dan saya sokong 100% ia diteruskan.
Boleh jugak dijadikan panduan dan motivasi untuk terus berjaya.
Semoga terus sukses dan bahagia!
February 9th, 2008 at 4:20 pm
Hye Mr irfan.reality?Bunyi macam best.Anyway good luck to you. Moga ramai lagi anak-anak melayu jadi jutawan lepas ni.
February 15th, 2008 at 2:40 pm
teruskan je..
March 23rd, 2008 at 12:00 am
irfan khairi huh! nama ko pon dah lain yang laen..
okla aku arap aku bejaya cam ko jgk..xpon lebeh ko k..
cayalah!!
May 2nd, 2008 at 4:29 pm
salam,sy sokong 100%
Lagi byk Irfan tulis lagi bagus.
sy mestilah nk tahu cara hidup seharian idola sy.;)
May 21st, 2008 at 10:11 pm
“masa tu takde siapalah kenal IRFAN KHAIRI, semua buat tak tau je”
joke of the day!
so, rumah mana lagi best?
July 2nd, 2008 at 2:39 pm
Ok Gak. Sekurang-kurangnya dapat gak kiter tau pasal Irfan hehe
July 6th, 2008 at 12:56 pm
Saye setuju this new stuff.Pnulisan Irfan bnyk mempengaruhi hidup seseorang.Kira mcm bonus bagi kita sebab Irfan tak kenakan charge untuk dia tulis kehidupan dia kat kita.huhu.
Thanks Irfan or pimpin my life!!:)
July 31st, 2008 at 8:52 am
Ha! Klu nak lebih privacy, apa kata dok tinggal tempat macam Sierramas. Skg ni banyak tempat camni. Anak nak bermain kat halaman rumah, no problem.Ok gak tu.
July 31st, 2008 at 9:01 am
Pasai sakit belakang tu, rasanya lebih baik hadkan waktu kerja luar rumah, mungkin 1 @ 2 kali seminggu. MASA lebih tu untuk keluarga. Alangkah bahagia si isteri & anak. Sakit belakang ni akan sentiasa berulang. Kalau asyik telan ubat je, ada kesan jangka panjangnye. So, duit banyak pun tak guna klu selalu sakit. Setuju ?
August 22nd, 2008 at 12:23 pm
that’s true irfan…,x semestinya bila kita dah jadi kaya kena ada kereta mewah dan semua benda yg lain mewah dan menunjuk2 dengan kekayaan yang kita ada tu, yang pentingnya kena ada sikap sederhana coz allah pun memang x suka dengan umatnya yg menunjuk2..tp off course kalau dr segi rumah tu kita nak yg selesa sikit kan …tp bukan mewah cume nak yng selesa…yg penting niat kita.Si i really suka denga ruangan REALITY ni,so keep it up!
FAIROZ
August 26th, 2008 at 11:14 am
Saya pun mengidamkan kehidupan spt IK secara realitinya… so doakan saya…
September 11th, 2008 at 12:39 am
Susah untuk Senang, Senang untuk Susah!!
IK mmg terbaik…hidop santai dan relax..100% a normal millionaire!!