Seperti yang saya post kan di sini, tempat untuk sidang media pengumuman saya sebagai duta _____ sudah penuh. Masih terlalu banyak email yang kami terima oleh kerana ramai yang ingin menghadiri juga. Namun, tak dapat kami penuhi permintaan yang ingin hadir…

Beberapa pesanan:

  1. Sekiranya anda tidak menerima confirmation jemputan dari kami, maka, tempat anda memang tiada. :( harap maaf!
  2. Sebenarnya, sekiranya tiada rezeki anda menghadiri sidang media ini, jangan sedih sangat… oleh kerana, ini adalah “sidang media”. Masa saya hari Selasa nanti kebanyakan untuk pihak media. Sebab itu juga tempat untuk tetamu dihadkan kepada 20 sahaja.
  3. Ini bukan gathering… jadi, mungkin juga tidak berkesempatan untuk saya beramah mesra dengan tetamu lain. Tambahan, sejurus selepas majlis sidang tersebut, saya perlu menghadiri majlis di tempat lain pula- jadi, jangan kecil hati pula kalau saya tak sempat beramah mesra! :)
  4. Saya juga turut menjemput beberapa Internet Marketer (IM) Malaysia, yang dah top, dan juga yang menaik top :) Ini kerana sebagai tanda terima kasih saya kepada semua atas sokongan kepada saya sejak 2 tahun lepas. Di samping itu, sedikit sebanyak dengan jemputan ini dapat memberi idea untuk ke bidang media juga! Banyak boleh di pelajari di sidang media! Secara tidak langsung, sidang media saya ini adalah gathering IM Malaysia… tapi, tolak saya lah ;)
  5. Bagi yang menerima jemputan & confirmation dari kami, walaupun saya mungkin tidak sempat beramah mesra dengan anda, tetapi, ada satu KEJUTAN SURPRISE untuk anda yang memberi sokongan dan turut hadir, walaupun untuk sidang media. Memang HEBAT kejutan ini… :)
  6. Bagi anda yang tidak dapat hadir pula, jangan risau. Saya akan tulis di sini mengenai kejutan tersebut… so, anda juga tidak terlepas! Cuma yang hadir dapat tahu beberapa jam lebih awal- dan secara langsung!

Insyaallah kalau ada rezeki, boleh satu hari nanti buat gathering dan bertukar-tukar fikiran dengan lebih sempurna :)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • IK sebagai duta Impian, U-Mobile
  • Pengumuman Irfan Khairi sebagai duta…
  • Aktiviti IKSB bulan ini: Sidang Media Impian, Terhangat & Workshop
  • Business business pun, tetap ROCK!