ALIRAN Pendapatan Berganda (Bahagian 2)

 

[Bersambung dari “ALIRAN Pendapatan Berganda (Bahagian 1)”]

 

MELABUR PADA LEBIH SATU PELABURAN

pelaburan

Apabila melabur pula, bukan sahaja melabur pada satu akaun pelaburan, tetapi, melaburkan juga pada beberapa akaun pelaburan yang lain  untuk memastikan untung atau rugi disebarkan. Aliran pendapatan juga turut berganda dengan pelbagai akaun pelaburan yang dimulakan.

Ramai juga yang memiliki perniagaan, dan melaburkan keuntungan mereka dengan membeli hartanah kemudian menyewakan hartanah tersebut untuk memperolehi lebih keuntungan. Bukan lagi rahsia bahawa industri hartanah telah melahirkan paling ramai jutawan sejak dahulu kala lagi sehingga kini.

Sebagai tambahan, bidang hartanah juga, boleh menjadi punca pendapatan berganda apabila melabur kepada beberapa hartanah dan bukan hanya pada satu sahaja!

Pepatah Inggeris berbunyi “Don’t put all eggs in one basket” – Jangan letakkan kesemua telur dalam bakul yang sama. Ini kerana, sekiranya bakul yang dibawa terjatuh maka, kesemua telur akan pecah. Maksudnya, dengan membawa satu bakul sahaja ia umpama bergantung hanya kepada satu sumber pendapatan sahaja.

Dengan mempunyai punca pendapatan yang lain, kita akan dapat memperolehi aliran pendapatan yang berganda. Sekiranya si kaya mempunyai 5 punca pendapatan, di mana setiap daripadanya dapat memperolehi RM3,000 setiap bulan. Jumlah pendapatan kesemuanya akan menjadi RM15,000. Sekiranya mempunyai 10 punca pendapatan, maka, pendapatan bulanan si kaya menjadi RM30,000.

Fikirkan bagaimana anda boleh gandakan pendapatan anda ketika ini. Fikir bagaimana anda boleh membuka lebih banyak pili pendapatan untuk menghasilkan aliran pendapatan yang lebih deras seperti si kaya!

Salam Inspirasi Kejayaan dari saya,

Irfan Khairi.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

3 thoughts on “ALIRAN Pendapatan Berganda (Bahagian 2)

  1. Amat setuju pada konsep multiple source of income ini..Tidak boleh bergantung sangat pada satu punca income sahaja…

    Saya tertarik dengan pengurusan panggung wayang yang memanipulasikan konsep ini dalam perniagaan mereka. Semua kita tahu perniagaan mereka adalah menayangkan filem kepada orang ramai..Itulah perniagaan mereka.

    Tetapi mungkin ramai yang tidak perasan sumber pendapatan mereka bukan hanya pada jualan tiket sahaja tetapi dari pelbagai sumber seperti tiket, jualan minuman dan makanan ringan, iklan, menyewaan panggung pada producer filem, merchandise dan banyak lagi.

    Inilah yang dikatakan Multiple Source of income yang sebenar. Satu jenis perniagaan namum sumber pendapatan adalah pelbagai.

    Ramai yang berfikiran MSI ini bermakna perlu lakukan pelbagai jenis perniagaan berbeza dalam satu masa sehingga hilang fokus dan kepenatan.

    Saya percaya pada fokus pada satu-satu pernigaan yang diminati sehingga perniagaan tersebut boleh dijalankan sepenuhnya tanpa pengawasan kita barulah kita beralih pada bentuk perniagaan yang lain.

    🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.