Apa saya buat dengan my first RM1,000,000?

Ramai yang tanya saya, apa yang saya buat dengan my first million ketika umur 25 tahun (lama dah tu… hampir 8 tahun lepas)! So, sini saya nak kongsikan. Bukan untuk banggakan diri, tetapi ada tip kewangan amat penting untuk dikongsikan.

Sebenarnya, saya tidak belanjakan kepada perkara-perkara mewah tetapi:

  • Beli sebuah unit kondo secara cash. Kondo unit sederhana je… takdelah penthouse atau jenis mewah punya.
  • Beli kereta secara cash… kereta pun kereta nasional. Bukan kereta Merc atau BMW 😉

Kedua di atas, tak sampai separuh juta pun.

Satu tip kewangan yang amat penting adalah, untuk anda “protect” atau lindungi diri sendiri dan keluarga terlebih dahulu apabila mampu. Ini kerana, dalam perniagaan (atau pun bukan perniagaan), macam-macam boleh berlaku. Mungkin satu tahun untung mendadak… mungkin tahun kemudian, mengalami kerugian!

Syukur alhamdulillah, apabila rezeki saya capai first million pada umur 25 tahun, saya perlu lindungi diri sendiri dan keluarga terlebih dahulu. Dengan membeli kondo unit sederhana serta kereta secara cash, 2 perbelanjaan terbesar hidup seseorang telah dilangsaikan.

In other words, financially free- retire rich, retire young! Sekiranya apa-apa terjadi (harapnya tidak lah :)) rumah sudah dimiliki 100% dan kereta pun dah dimiliki 100%.

Apa yang kadang2 kita lihat adalah, apabila seseorang business man untung sejuta, terus beli kereta mewah (hutang), rumah mewah(hutang) segalanya mewah(hutang). Tidak sedar bahawa rezeki boleh ditarik balik bila-bila masa sahaja. Apabila terjadi, terpaksa bergadai semua harta dan hutang dikeliling pinggang. Doakan musibah ini tidak berlaku pada kita.

So, kunci kewangan #1, lindungi diri sendiri dan keluarga dahulu! Cover kereta & rumah yang asas dulu… tak perlu mewah.

Once yang asas dah cover, terpulang pada anda untuk bermewah-mewahan… saya pun, dah lepas ada rumah asas & kereta asas, baru lah beli rumah besar sikit (dream house) dan kereta import (untuk keselesaan keluarga).

In other words, dreamhouse & dreamcar adalah prioroti ke-2. Prioriti pertama adalah lindungi diri dan keluarga dahulu! Dengan cara ini, kita mendapat ketenangan dalam fikiran dan tak perlu terkejar-kejar lagi dalam hidup 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

37 thoughts on “Apa saya buat dengan my first RM1,000,000?

  1. Salam IK,
    Tahniah pada umur yang muda anda berjaya mendapat 1,000,000. 🙂 Bila la rezeki saya erk. Nasib baca blog saudara. Kalau dak,perabih semua 1 Juta dlm masa 12 jam ja. Semua nak di beli. Nice tips in morning 4 me.. Thanks bro IK..

    p/s:Bila la ada kesempatan utk berjumpa IK nie.. :p

  2. Tips yang menarik dari Dr saya bercadang nak tukar kereta yang dah abis bayar kepada kereta baru mungkin saya kena fikir balik tindakan saya nih

  3. itu jg harapan sy…
    beli keta beli rumah walau pun kecik
    dapat beli cash lg best mcm IK

    belum boleh penuhi impian sendiri
    kena penuhi impian ibubapa dulu sbb x tahu smpai bila hidup(semua org akn mati kan)

    insyaallah ada rezeki lebih sampai la turn sy pula….:-)

  4. tahniah, bro jutawan beriman, ketenangan fikiran dan ketenteraman jiwa itu lah yang paling utama, jgn lupa zakat setahun sekali dan hibah 2.5% dari setiap keuntungan pendapatan, supaya diberi keberkatan di dunia dan akhirat,amin.

  5. setuju sangat2 dengan IK..
    ramai orang lebih rela dilihat sebagai orang yang berduit, wp terpaksa berhutang.

    hmmm..lepas baca tips ni, agak-agak apa yang anda nak buat kalau anda ada 1 JUTA?

  6. kalau saya ada 1 juta…

    saya akan simpan semuanya dalam Tabung Haji..& buat duit lagi sampai jadi 2 juta.

    Bila ada 2 juta, passive income saya masa tu ada dalam lebih kurang RM 8K sebulan.

    Masa tu, baru la saya dan husband boleh retired dan barulah boleh fikir nak beli aset2 yg lain.

    IK, ada komen? tolong beri tunjuk ajar. Terima Kasih.

    -MI-

  7. Cita-cita saya bila duit mencukupi:-

    1)beli kereta 2nd je
    2)rumah mesti ada laman w.pun kecil
    3)nak gi haji dgn org tua
    4)pas dr gi haji baru kahwin.. 😉

  8. IK: Just a question. how did the media knows you get RM1M in 3 years? Who knows any of us here also suddenly become a new millionaire, and we would also like to be listed in Forbes. hehe…

  9. Tip yang sangat berguna. Saya memang mengimpikan kehidupan tanpa hutang. IK telah menunjukkan kepada saya cara asas untuk hidup tanpa hutang.

    Thanks IK! 🙂

  10. Saya memang bercadang ndak memulakan perniagaan melalui internet tetapi saya takut berhadapan dengan risiko serta tidak tahu bagaimana cara untuk memulakan perniagaan tersebut memandangkan saya tidak mahir untuk menggunakan komputer

  11. Salam!

    Tip IK mengingatkan saya kisah Nabi Yusof (the most gorgeous tu). Kisah penafsiran mimpi Raja oleh Nabi Yusof tentang 7 tahun kesuburuan dan keberuntungan dan 7 tahun kemarau dan kesempitan untuk negerinya.

    Mesejnya jelas. Beringat dan hargai sesuatu sementara ada (tak terhad pada harta benda dan material – bahkan nyawa pun). Bila sesuatu tu diambil semula, tidaklah kita begitu terdesak atau terkilan. Milik kita hanya on paper. Milik mutlak – hanya Dia.

    Berpada-pada dgn segala rezeki kurniaanNya. Banyak atau sedikit (ikut kemampuan), menabung itu mustahak. Jgn dikenang-kenang apa yang ditabung tu. Ini kerana hidup ni syaratnya memang berpasangan. Ada Adam ada Hawa, ada gembira ada sedih ada senang ada susah…..Apa yang tidak diketahui adalah bila, siapa, dimana, bagaimana, kenapa.. (Macam one of the syllabus BM -UPSR je).

    Saranan agama untuk kejar dunia umpama kita akan hidup selama-lamanya dan kejar akhirat umpama esok adalah ajal kita, tepat sekali. Meremang jugak rasanya.

    Wassalam.

  12. Saya setuju dengan pendapat saudara Ik. Jika ditakdirkan saya mendapat 1 juta pertama, perkara yang saya akan lakukan adalah sama seperti saudara IK. Kalau boleh saudara IK dapat terangkan, bagaimana IK menguruskan wang baki i juta yang telah di belanjakan untuk rumah dan kereta. Samada di laburkan dalam saham tertentu, perniagaan atau membeli aset-asaet lain. Terima Kasih.. ARB Dagang

  13. Salam Dr Irfan,

    Good tips! Thanx sebab sudi berkongsi pengalaman dan idea buat semua. Saya setuju dengan pendapat ini, nice to share 🙂

  14. salam,

    bila kita terima duit hasil kerja keras dan penat lelah, kita akan gunakan wang tersebut wisely, esp those yg dah berkeluarga akan lebih berhati-hati.

  15. now.. saya dah ada kereta 2 buah pada usia yang tak capai 30 tahun lagi.. 😀

    ini semua atas semangat nak berjaya sejak mengikuti langkah dan tips IK sejak tahun 2005 lagi..

    Now saya dah nampak hasilnya di internet

    thanks

  16. Hai,

    dari apa yg saya baca from all sorts of motivational books and wonderfully rich people e.g. Oprah, Anthony Robbins and of course, agama kita sendiri pun mengatakan, lebih banyak kita berzakat, lebih murah rezeki kita.

    Saya dulu berat kalau nak keluarkan duit, tapi lepas saya experiment berzakat, tak banyak pun, cuma 2.5% dari gaji setiap bulan, alhamdullillah, ada banyak perubahan…ada aje rezeki..suami dapat bonus extra, rebate from car insurance no-claim discount, free shopping vouchers etc.

    Kira for a start, boleh tahan jugak lah kan.

    Moga kita semua dikurniakan Allah jadi Jutawan Pemberi…

    Mona
    http://www.wealthinspiredbooks.com/
    …inspiring wealth into your life

  17. Wah hebat saudara Noorizam Azran ni, masih muda dan dah ada 2 kereta! harap-harap cash la, macam IK…kalau hutang, tak financial free lagi tu! Pakai satu aje la kut dulu.

    Cam saya ni la, kereta pun hutang lagi, rumah pun sama…InsyaAllah, dengan bimbingan Sifu IK, saya akan berusaha lebih lagi ke arah BEBAS HUTANG!

  18. Saya setuju dengan opinion IK tentang ini. Dalam buku Robert T Kiyosaki, Rich Dad Poor Dad ada menyatakan bahawa beliau membeli apa yg diingininya dengan lebihan wang yg diperolehi dalam kolum aset. Dalam erti kata lain beliau tidak membeli liabiliti yg disangkanya aset. Kebanyakkan orang kita apabila berniaga, membelanjakan wang hasil perniagaan mereka dengan membeli liabiliti yg disangka aset seperti contoh membeli kereta secara hutang, membeli rumah, perabot mewah dan lain2 secara hutang dan apabila perniagaan mereka terjejas teruk, liabiliti inilah yg memerangkapkan mereka dengan hutang keliling pinggang.

    Biarlah apabila kita mula berniaga, usahlah malu untuk memakai kereta kancil dan rumah teres satu tingkat dan ignorelah pandangan serong orang lain ttg perniagaan anda kerana org yg berjaya ialah org yg selalu mendorong org lain yg baru nk bermula agar turut berjaya sama. That Why We Want You To Be Rich (Petikan dari buku Why We Want You To Be Rich nukilan Robert Kiyosaki dan Donald Trump). 🙂

  19. 2 aset yang saya beli tu dah lama dah… tapi masih simpan sehingga kini. aset2 lain kemudian-kemudian baru saya beli 🙂 tak perlulah kongsi kat sini.

    tapi, most of savings saya, saya invest balik 🙂

    -ik

  20. Salam!

    Iktibar terbesar yang semakin saya dalami melalui tip IK ni ialah jauhi berhutang. Islam juga menganjurkan begitu bukan? Zaman Nabi dan sahabat dulu, biar tak ada dari berhutang. Hidup secara zuhud. Tapi kita maklum zaman sekarang berbeza. Pakai pakaian lusuh, siapa nak pandang. Baju – biar tak berapa mahal, tapi bertukar-tukar. Benda-benda yang asalnya kehendak banyaknya jadi keperluan.

    Kalau terpaksa berhutang pun biar tahu tahap kemampuan membayar. Ukur baju di badan sendiri. Baju tak menggelebeh, sendat atau senteng sana sini, dan kita pun nampak kemas. Itu jugalah dalam menguruskan harta benda.

    Macam mana pun ‘we need money to make more money’. Itu hakikat. However, saya tabik hormat pada IK yang ternyata waspada dalam menguruskan aset. IK memang layak jadi idola pada mereka yang suka sederhana. Semoga IK kekal begitu.

    Wassalam.

  21. Jika sekiranya kita membeli rumah secara hutang, dan membeli MRTA, dan ditakdirkan sesuatu berlaku pada diri kita ,sebenarnya kita juga masih berupaya untuk memiliki rumah tersebut kerana telah dilindungi oleh insuran…

    PemikirKaya

  22. Alhamdulillah, attended seminar jutawan internet 21 June kat JW Marriot dengan suami. Dan sebelum ni pun saya tak ‘perasan’ kewujudan irfankhairi.com walaupun tahu all the great stories about him. Tip satu minit ni pun, kawan baru (thru the seminar ) yang informed. Thanks.

  23. Thanks IK, ada yang setuju ada juga yg tidak. Saya membelanjakan 1st million saya kepada re-investment. Business yang dulu paid-up capital 100k dah boleh upgrade to 200k contohnya. Dan revenue pun double-up every year and at this point of time…yes right, rumah dah ada sendiri tanpa hutang. Tapi…i spent for an imported car. Tapi setelah saya dah ada 3 kereta yang habis hutang sekiranya my Bimmer kena tarik (in case kalau gawat nanti, then I have to surrender the car). Tapi downpaymentnya tinggi sehingga jika saya nak letgo kereta tu selepas 6 bulan pakai pun sekurang2nya kita tak berhutang dgn finance. Believe me…in my nature of business, kereta tu tripple-up confident and double-up the fortune.

    U know what IK? In the beginning I tak percaya pun u ni jutawan. Tapi bila I baca blog u from day to day, I nampak your attitude mmg attitude jutawan (jutawan can judge this). I have idea book always in my pocket and manymore tips u shared with the readers. FYI, I’m 29 this year and working for triple-up the million i achieved at 27th. Heard about the rumors yg org pertikaikan you canang title jutawan tu tanpa jadi jutawan. Tapi looking thru your blog…after sometime I can say, we have something in common especially…the way we think.

    I read Late Lim Goh Tong’s story, Eric Chia, Lim Kok Wing, Syed Mokhtar and many more tycoons…they think just like u.

    All the best IK. Dah lama baca blog u, harini baru nak comment. Lepas ni kita boleh meet-up pulak for some potential business.

    Cheers!

    Regards,
    SAIFUL NANG

  24. tahnks for dropping by saiful nang 🙂 actually i got “my people” to talk to “your people” 🙂 nak jemput u to my “Jutawan” radio show a couple of months back. But i guess u where busy or out station masa tu. takde rezeki, maybe next time!

    and u r right… this is exactly why i want all the jutawans to share. my line and your line totally different. I make my million 100% online. ada beemer or merc, takde effect on my profitability.

    but your’s, kena jumpa orang. beemer & merc will really help!

    but for the knowledge of others, 2 benda yang i sebutkan tu adalah the first things yang i beli… sekarang ada lebih la & mewah sikit. takkan sampai sekarang i guna kan yang i sebutkan tu je 😉

  25. Whatttt??? U called me ke sblm ni? Alamakkk…ruginya tak dapat. 2 months back I was in away for the whole month to Bali & Paris for business. I dengar your Bicara Jutawan at Radio 24 selalu. Nak pengsan jugak knowing that I used to be in the list hehehe. Just takde rezeki. InsyaAllah we’ll do it later nanti. Now u have my email, kalau kat luar negeri pun email mmg check everyday.

    FYI, my business is traditional…but my marketing is online. I started my business with RM90 capitals 4 years ago after twice “almost bankrupt” experiences. And Online was the cheapest and fastest way for me to widen up my influence in modern style of wedding photography. Btw…I read Blue Ocean Strategy tu.

    Sorry to mess-up your comment section. Nanti kita email2an lah.

    Regards
    SAIFUL NANG

  26. alamak, dah tulis tengok grammar tunggang terbalik. At least kalau i boleh edit i akan edit “…I was away for the whole…”. Yg tu gross sgt hehehe.

  27. minor grammar je 🙂

    takde rezeki for season 1. maybe bila season 2 start nanti boleh give u a call. i’m sure ramai will be inspired by your story!

  28. kalu saya, saya nak ambil 10% untuk berbelanja apa yang patut. Lama dah x berbelanja besar ni. Nak tolak troli yang penuh dangan barang apa yang kita terlintas nak ambil.

    Yang baki 90% lagi saya akan masukkan dalam pelaburan2 yang beresiko sederhana. biar wang yang bekerja untuk saya.. hehe.. boleh x camtu??

  29. Bagi saya kalau benar saya ada RM1 juta saya akan beli banyak buku ilmu yang akan gandakan RM1 juta kepada RM10 juta atau lebih lagi

  30. Tahniah Saudara Irfan khairi ..saya amat bersetuju dengan cara saudara membelanjakan wang itu. Moga ianya menjadi panduan kepada kami yang bakal mengikut jejak langkah saudara.

  31. Saya pernah baca kisah jutawan IKEA, dia pakai kereta lama, tinggal di rumah lama dan jalankan cara hidup sederhana macam biasa.

    so secara asasnya perlu ada dulu, income tiap bulan mesti asyik masuk dulu

Leave a Reply

Your email address will not be published.