Sun 17 Feb 2008
Satu konsep yang baik yang dipelajari dari buku Rich Dad Poor Dad adalah menggunakan wang orang lain (Other People’s Money).
Konsepnya begini…
Sekiranya anda ingin membeli kereta, anda tidak beli kereta menggunakan duit sendiri. Tetapi, anda beli katakan 2 buah unit kondo menggunakan duit bank (sudah tentu ada sedikit downpayment, ubah suaian kondo, basic furnitures etc…)
2 unit kondo tersebut sewakan dengan keuntungan RM500 satu. In total, dapatlah RM1,000 daripada duit sewa…
Dari wang tersebut, baru anda beli kereta pada harga RM100,000… dan bayaran bulanan duit kereta itu adalah daripada pendapatan 2 unit kondo RM1,000 setiap bulan.
Cara ini amat menarik oleh kerana, orang lain yang membayar kereta baru anda- other people’s money! Anda bukan sahaja dapat kereta baru free (orang bayar), malah, anda dapat 2 unit kondo lagi tu…
Saya juga menggunakan cara ini
Pengumuman: Taklimat PERCUMA MIBO (Malaysian Independent Business Ownership) akan diadakan pada hari Selasa ini bersamaan 19hb Februari di Klang. Bagi yang ingin mengetahui bagaimana MIBO dapat membantu anda memulakan perniagaan ICT, join kami.
Insyaallah saya akan turut ada di sana sebagai duta MIBO, dan juga tetamu istemewa, ikon jutawan Dato Dr Azman Ching juga akan memberi sokongan! 8.30pm di Kelab Eksekutif Klang (Klang Executive Club- bersebelahan Jusco Bukit Raja). Jumpa di sana!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

February 17th, 2008 at 4:45 pm
Kalau ada rumah sendiri tetapi disewakan kepada orang lain, ini juga salah satu strategi yang baik? konsep pun lebih kurang sama kan?
February 17th, 2008 at 4:50 pm
Cara yang di lakukan oleh Robert T. Kiyosaki ni memang menarik. Senang je beli kereta idamannya dengan menggunakan duit orang lain.
February 17th, 2008 at 6:06 pm
kalau ade untung boleh lah beli kereta…kalau penyewa rumah buat hal tak bayar sewa, itu yang tak best tu..
February 17th, 2008 at 9:22 pm
Assalamualaikum Irfan!
Dah beberapa kali sy dgr Irfan ckp ttg Rich dad poor dad, baru lah kali ni sy faham. Tq Irfan..,
Good Luck on Seminar Mibo kat Klang pd selasa ni. Sori sy xdpt pg coz of the short notice, xsempat minta ubah schedule kat tpt keje…
February 17th, 2008 at 9:36 pm
saya sokong 100 %
February 17th, 2008 at 9:40 pm
menyewa rumah bukan kerja senang juga (takde apa yang senang kalau nak buat good money). ada lah juga prinsip2nya… dari awal- perlu pilih tempat yang mempunyai permintaan tinggi tetapi supply kurang. kemudian, perlu juga cari penyewa rumah… kalau kat barat, pemilik rumah amalkan konsep temuduga bakal penyewa untuk pastikan mereka boleh bayar
kat sini takde…
insyaallah, kalau ada rezeki, nanti saya tulis buku hartanah pula… sementara tu, kalau nak belajar menyewa rumah, saya syorkan buku Azizi Ali mengenai menjadi landlord/tuan rumah.
ada juga prinsip2 yang perlu diikuti untuk jadi tuan rumah yang berjaya. cuma, tip kali ini adalah untuk memahami konsep OPM sahaja.
February 17th, 2008 at 9:59 pm
ayah saya suke buku Azizi Ali…
memang menarik konsepnya…
betul tu bro….
kalu xde temuduga,mana nak dapat penyewa yang berkualiti..
saya amalkan konsep ini bagi bayar web saya…
gunakan wang hasil bisnes untuk bayar webhosting ngan domain setahun terus..hehe
www.rindok.com
February 17th, 2008 at 10:21 pm
slmt mlm irfan…
kereta memang boleh free dgn menggunakan duit org…
tapi rumah tu kena bayar duit sendiri…hehe
kan lebih bagus kalau beli rumah tu pun guna duit org…haha
han
February 17th, 2008 at 11:58 pm
saya setuju dengan cara ni, pasal penyewa bermasalah tu perkara kecil, yang paling besar adalah rumah yang 2 buah tu…kalau kita asyik fokus pada masalah nanti akan menyebabkan impian kita menjadi kecil dan masalah pulak yang jadi besar…kan susah tu.. Irfan, takde plan ke nak invite semua jutawan kat malaysia ni untuk buat majlis makan malam sambil berkongsi kisah kejayaan mereka…saya nak join ni..
February 18th, 2008 at 2:48 am
memang menarik.. sy memang berminat berkenaan hartanah… dan sy sekarang pun sdg study pasal hartanah ni.. sy harap dapat menulis lbh byk artikel berkenaan hartanah nanti..
February 18th, 2008 at 8:59 am
Tips yg menarik. Walaupun guna ‘other people’s money’, kita kena pastikan ‘the money chain’ (cashflow) tak putus. Kalau tak, sangkut beb!!!
February 18th, 2008 at 9:50 am
salam..
wah…berkembang lagi sayap irfan kepada hartanah ye..
tahniah..
laju betul momentum perniagaan irfan khairi ni..
February 18th, 2008 at 10:49 am
Good idea.Boleh dipraktikkan.
Terima kasih.
February 18th, 2008 at 11:32 am
seperti yang irfan ckp..mmg takder yang sennag, kalo tak dah lama jadi Jutawan betul?!! Kita semua pun dah sama mcm beliau.. Senang semuanya..
Apa pun,pada saya, pembelajaran dan pengalaman adalah cikgu yang paling bagus..
my one cents opinion..
February 18th, 2008 at 1:10 pm
Nampak mudah.. tapi sebenarnya perlu ada sedikit pengetahuan mengenai sewaan ni.. silap haribulan, penyewa keluar diam2 tak bayar sewa rumah.. parah nak bayar keta tu..
February 18th, 2008 at 10:01 pm
Beli kereta guna duit orang… jgn curi kereta orang… selamat mengundi, masa untuk perubahan.. insyallah..
February 18th, 2008 at 11:28 pm
Seperti kata En Dlie, penyewa lari diam2…
Camner nak elakkan perkara ni berlaku?
Masa interview bakal penyewa rumah, apa yg perlu diambil kira ttg bakal penyewa?
February 19th, 2008 at 7:54 am
menarik..ini disebabkan harga rumah semakin naik..dan harga kereta akan susut..
February 19th, 2008 at 9:54 am
salam, ni pertama kali saya masuk website ni. tolong beri tunjur ajar.
February 19th, 2008 at 10:52 pm
salam semua. sebuah topik yg agak menarik. Nampak senang kan? kalau kena dgn cara mmg berbaloi nmn apa-apahalpun kena berhati2 dlm mengatur setiap strategi. Tak kena cara rumah tergadai, kereta tak mampu bayar. hehehe, apa2hal pun, tq utk informasi berilmu ini.
February 19th, 2008 at 11:09 pm
wah tajuk yang berformat bagi saya!!! ada cara yang tersendiri dan menguntungkan!!! cara ini adalah cara yang bagus untuk dipraktikan .. teruskan usaha mengarang buku yang ilmiah . . .
February 20th, 2008 at 7:25 am
Seperti kata Tok Guru Nik Aziz
bila melancarkan al-Rahn dulu
“Tok sey mah dok saja”
maksudnya - Tak mahu emas disimpan tanpa sebarang hasil.
Lebih baik hasilkan sumber pendapatan
9/10 daripada rezeki itu dari perniagaan
February 20th, 2008 at 3:24 pm
memang buku robert banyak mengajar saya bagaimana untuk membuat hasil lumayan melalui hartanah.
muda2 nih dah dapat pegang hartanah memang seronok.
February 20th, 2008 at 9:52 pm
wah,menarik idea yg irfan bagi..amat berguna untuk org muda macam saya..
March 2nd, 2008 at 2:11 pm
wah beli kete guna duit org lain..
tapi org lain tu guna duit saper pulak yer?..
March 29th, 2008 at 2:21 pm
idea memang menarik tapi perlukan ilmu kewangan yang tinggi.pertama. buat satu ujikaji dgn
beli rumah dahulu.kedua, balaja caranya,ragam orang dan bertanyakan pada kawan yang ada rumah sewakan orang.ini kita dapat blaja.klau nak ikutkan si robert pdrd nie dia beri 10% aje ilmu.90 % dari usaha kita.
kalu beli kereta 2 fikir fikirlah dulu.aset keta nie turun aje tapi aset rumah naik aje.
October 20th, 2008 at 4:38 pm
aku x paham ar…
klu duit sewa bayar kat kete baru…
abis loan beli umah tu xpayah ke bayar bulan2…