Cara-cara menjimat duit

ikonair.gifSemalam saya mengendalikan program radio mingguan saya di Radio24 “Irfan on Air” dan berkongsi dengan pendengar dan pemanggil cara-cara menjimat duit. Berikut adalah senarai daripada apa yang di kongsikan…

  • Kurangkan makan luar dengan keluarga, makan di rumah!
  • Bawa bekal dari rumah ke pejabat
  • Baca akhbar melalui Internet dan tidak lagi membeli
  • Daripada keluar menonton wayang, tonton di rumah melalui dvd
  • Bayar bil secara online- tidak perlu keluar rumah
  • Car pool- bergilir-gilir kereta dengan rakan pejabat dan jimatkan petrol
  • Tidak perlu membeli majalah, dapatkan maklumat online
  • Kurangkan ke complex membeli belah, tetapi beriadah bersama keluarga di taman
  • Beli kereta terpakai yang masih baik
  • Ubah lampu di rumah anda menggunakan lampu kos kuasa rendah (energy saving)

Anda perlu membina senarai bagaimana ANDA boleh menjimatkan wang setiap hari. Penjimatan RM5 sini, RM10 sana lama kelamaan akan menjimatkan anda beribu RM juga seriap tahun!

Apa kata anda kongsikan juga beberapa cara yang boleh anda fikirkan atau yang anda amalkan untuk manfaat bersama! Tinggalkan tips2 anda pula di sini…

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) 😉

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

20 thoughts on “Cara-cara menjimat duit

  1. fuh! nak lawan nafsu bukannya senang…hihi..
    ermmm..kadang2 kita tidak perlu menjadi terlalu kedekut..elok sahaja berbenlanja jika di rasakan perlu..

    cara berjimat paling bagus adalah berjimat membelanjakan wang untuk keperluan sahaja..

  2. berjimat dalam kewangan bukan makna kita kedekut.. ia bermakna kita bijak menguruskan kewangan kita.. dahulukan perkara penting, kemudian kurang penting.. selagi ada pilihan n pilihan megurangkan kos pembelanjaan kita… maka gunakan lah pilihan tu dgn sebaiknya..

    teamhyprobulksms.com

  3. Part beli kereta terpakai tu, saya setuju sangat..

    Ramai kawan2 yang baru setahun dua kerja dah beli vios, civic, paling cikai pun persona..

    Sudahnya, kahwin pun kena buat loan pulak! Bila nak saving..?

  4. Bagi saya, kami suami isteri bekerja & anak msh kecik. Ada kat rumah waktu mlm je. Kami tak perlu subscribe Astro dan jimat at least RM70. Channel TV tak berbayar pun dah byk sediakan program2 yang OK. RM70 x 12 bulan = RM840 jimat setahun.

  5. Bagi yang masih bujang atau belum berkahwin kurangkan lah berdating atau makan kat luar atau shopping..

    Bagi yang dah berumahtangga pastikan anda plan belanjawan anda setiap bulan.

    Kepada yang ada internet kat rumah tu manfaatkan lah sepenuhnya dengan menambah kewangan anda.

    Peace -AK-

  6. Saya lebih suka amalkan makan dulu sebelum ke shopping complex, kalo tidak bila masuk bhgn makanan mcm2 brg makanan nak dibeli..last2 sampai rumah tak termakan pun..kat sini jer byk yg boleh kita jimatkan..

  7. beli apa yg perlu bkn apa yg mahu…
    catit setiap hari dlm dairi =sumber,belanja &simpan,,akhir bulan audit sendiri…
    jgn beli rokok..dan merokok…

  8. Dapat duit gaji terus simpan 10 ke 30 peratus dlm ASB (melalui potongan gaji) so kita tak nmpk duit tue, 10 percent masuk tabung kecemasan,byr bil then br belanja..Mula 2 mmg susah tp lama2 okaylar.Klu shoping brg dapur guna kupon promotion dan beli large portion (cth beli 1 percuma 1).Klu nak membeli ikut list and tanya diri ‘Do i really need this?”

  9. If u hold on tight to your money.. its hard for you to make more money..

    And even if u have more money, u will just be a cheapskate with more money..

    U cant bring yr money to the grave.. Enjoy it here on earth..
    Tak yah la live a frugal life macam tu..

  10. Plan bulk purchase. e.g sebulan sekali utk brg kering. Seminggu sekali untuk barang basah. Kalau ada offer brg runcit borong untuk 2-3 month. Barang mesti naik dan takkan turun, so bila murah beli jek lebih sikit.

  11. POWERLAH…YANG LEBIH PENTING ADALAH KENA BERSEDERHANA …JANGAN DUK NAK JADI MACAM DUIT RM50…LEBIH BAIK IKUT MACAM DUIT RM1…DUIT RM50 NI BIASALAH KAKAU LEPAK MESTI MAMAK,KONSEERT SNOKER DAN MCM2 LAGI…KALAU SERINGGIT GERENTILAH SURAU ATAU MASJID…RENUNG2KAN LAH

  12. marilah sama2 kita bersedekah.sedekah dapat melipatkali gandakan rezeki kita!!!!!!!dan juga dapat menyembuhkan penyakit kita…..

  13. Hati2 memilih kawan dan ukurlah baju dibadan sendiri. Jgn terlalu terrrrikut2 apa trend terkini masyarakat. Kelak kita sendiri Akan merana kerana berbelanja lebih dari kemampuan.

  14. Lepas gaji potong siap2 perbelanjaan bulanan, asingkan ikut kategori (cth dlm sampul).. Duit bil letrik satu sampul, duit minyak kereta, duit dapur, perubatan dan lain2. Sediakan sekali sampul utk duit simpanan wajib.. Lebihan gaji, itulah yg akan dibuat bekal sekiranya ada perbelanjaan yg di luar jangka. Klu masih berlebih jg, duit tu akan masuk dlm tabung simpanan.. Biasanya duit yg diasingkan ikut kategori itu pun ada jg yg xhabis pakai sehingga gaji berikutnya, jadi bolehlah dimasukkan dlm tabung simpanan jg..

    Sya dah cuba, disiplin kena kuat dan mesti buat.. Mula2 mmg susah gila. Bila lihat hasilnya, Alhamdulillah motivasi makin tinggi..

Leave a Reply

Your email address will not be published.