Di mana tahap kewangan anda

Baru-baru ini slot Radio saya telah bertukar dari rancangan “Yo!” kepada “Irfan on Air”. Irfan on Air berkonsep seperti blog anda baca ini, menyampaikan tip perniagaan, kewangan dan juga motivasi cara santai dan insyaallah happening! Saya juga membuka talian telefon untuk pendengar radio24 berkongsikan pengalaman, tip atau pun soalan bersama saya 🙂
Semalam di Radio24, program “Irfan on Air” (Setiap hari Khamis 2.15pm) saya kongsikan mengenai 4 tahap kewangan seseorang itu.

Berikut adalah 4 tahap tersebut…

#1: Kewangan tidak selamat (Finacially not secure)

Keadaan ini adalah apabila jika anda tidak mempunyai simpanan pun. Dalam erti kata lain, sekiranya ada pun simpanan anda hanya mampu menyara hidup anda dan keluarga selama sebulan sahaja. Sekiranya anda hilang kerja esok, sebulan sahaja anda dapat hidup dengan wang simpanan yang ada.

Tahap ini amat tidak selamat bagi sesiapapun. Boleh diumpamakan sebagai kais pagi-makan pagi… kais petang makan petang. Zaman modern ini, seumpama kais bulan ni, makan bulan ni… kais bulan depan, makan bulan depan 😉

Masalahnya, ramai antara kita berada dalam keadaan yang tidak selamat ini…

#2: Kewangan Selamat (Financially secure)

Ini adalah pilihan yang lebih baik. Ertinya, umpamanya sekiranya anda berhenti kerja (atau dinberhentikan :)) anda mempunyai simpanan untuk menyara hidup anda dan keluarga anda selama 6 bulan. Sekiranya anda berada dalam tahap ini, tahniah! keran tidak ramai yang berada di sini.

6 bulan adalah jangka waktu yang logik untuk seseorang itu mendapatkan kerja lain atau memulakan perniagaan untuk menyambung pendapatan sara hidup. matlamat utama anda sekiranya anda berada di tahap #1 adalah untuk mencapai tahap ini… cukupkan simpanan anda untuk menyara 6 bulan hidup anda dan keluarga- tanpa perlu kerja!

#3: Bebas kewangan / Mandiri kewangan (Financially Free)

Ini adalah matlamat bagi ramai antara kita. Tetapi, yang mencapainya adalah amat sedikit. Ertinya sekiranya anda berada di tahap ini adalah- anda bebas untuk membuat pilihan untuk bekerja ataupun tidak! Anda mempunyai simpanan atau pun aliran pendapatan secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda sekeluarga sampai bila-bila!

Tahap ini, anda tidak perlu kerja lagi (atau menjalankan perniagaan). namun begitu, ramai yang berada di tahap ini, masih lagi meneruskan karier atau perniagaan kerana berasa seronok melakukannya. Bukan kerana terpaksa, tetapi dengan sukarela…

Tips untuk mencapai keadaan ini adalah fikirkan aliran pendapatan berganda secara automatik, contoh seperti menyewa rumah, membina perniagaan yang dikendalikan secara automatik (perniagaan Internet) atau membina perniagaan yang dikendalikan oleh orang lain (mungkin pengurus).

#4: Tahap Kaya Giler (… ya.. memang saya sebut kaya Giler di radio!) atau Ultra Rich

Tahap ini lagi la sedikit yang capai… teramat sedikit. Mereka ini jenis yang mempunyai wang yang banyak sehingga tak terpakai wang yang dimiliki. Boleh derma beratus ribu ringgit atau berjuta… (kita nak dapat beratus ribu pun payah ;)) nama nama seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari, Tan Sri Daim Zainuddin, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan Tan Sri Ananda Krishnan.

Itulah 4 tahap kekayaan yang saya kongsikan di “Irfan on Air”. Sekiranya anda ikuti semalam, saya juga kongsikan teknik dan strategi bagaimana hendak meningkatkan tahap anda dari 1-2-3-dan-4. Insyaallah saya akan konsikan pada hari lain. Buat masa ini, kita faham dulu kedudukan kewangan kita…

Soalan cepu gangsa untuk hari Jumaat ini…

Anda berada dalam kedudukan yang mana? 😉

*Tak perlu jawap di sini pun takpe. Just jawap dalam hati… yang penting kita sedar kedudukan kewangan kita dan berusaha untuk tingkatkan ke tahap yang seterusnya 🙂

Selamat bercuti!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

31 thoughts on “Di mana tahap kewangan anda

  1. Info yang amat bagus. Dalam menyimpan wang, apa yang paling penting adalah disiplin.

    Orang yang berjaya mendisiplinkan diri dalam menyimpan wang adalah lebih mudah untuk ke tahap 2. Bukan mudah untuk mendisiplinkan diri dalam menyimpan jika tidak dilatih dari awal.

    Untuk melepasi tahap satu, perlulah rajin bekerja dan bijak mencerminkan kemampuan kewangan diri sendiri…”ukur baju badan sendiri”…
    gunakan wang ikut keperluan ‘sahaja’.

    Tapi realitinya ramai yang tidak sanggup hidup dengan hanya memenuhi keperluan. Kadang-kala kehendak dipenuhi sampai berlebihan…itu yang jadi susah untuk sampai ke tahap kewangan no.2 tu…

  2. Alhamdullillah,

    Berkat disiplin diri yg ditanam ibu bapa sejak kecil, saya dlm kategori #2.
    Walau demikian, saya tak merancang menyentuh simpanan yg ada kerana ia akan dibiar berkembang buat masa hadapan anak-anak.

    Saya sentiasa membayangkan dan berusaha ke tahap #3 dan seterusnya #4 lah of course. Modal saya adalah 1. Usaha 2. Strategy 3. Yakin akan bantuan dr Allah.

  3. Salam ceria sihat kaya bahagia,

    Suka utk kongsikan idea ni, “binalah sumber wang” sementara kita boleh ‘mencari wang’ dan kita akan terus menerima hasilnya hingga menjadi harta jariah”
    Contohnya, bila kita sudah ada RM 100,000 dlm ASB, kita boleh dpt RM 8,000 sthn(anggaran dividen 8%), bermakna ada lbh RM 600 sebulan berterusan(jgn makan pokok dah le).
    Satu cara utk mengumpul wang dgn cepat ialah menggunakan â€kuasa ganda”.

    Ada dua cara gandaan yg biasa:-
    1 – gandaan dividen X masa. Contohnya RM300 sebulan x 10% setahun x 40 tahun = RM1juta+++
    2 – gandaan dengan menggandakan ’sumber wang’ contohnya perniagaan NETWORK MARKETING spt IM dan MLM (pastikan IM atau MLM tulen bukan skim cepat kaya)
    Sebagai contoh;
    Perniagaan MLM berkongsi keuntungan contohnya, untung RM1.00 bahagi kepada 10 level, setiap level menerima RM0.10 sahaja. Sekiranya setiap orang membimbing 5 ‘pelanggan tetap’ setiap bulan, BERBELANJA menggunakan sistem MLM, lihatlah hasilnya:-

    RM0.10 X 5 X 5 X 5 X 5 X 5 X 5 X 5 X 5 X 5 X 5(10 level) hasilnya = RM976,562.50
    HANYA BERKONGSI UNTUNG RM1.00, MENGHASILKAN PENDAPATAN:
    RM976,562.50 SEKALI SEBULAN???!..

    Itulah keajaiban ‘kuasa ganda’ yg selama ini menjadikan ramai usahawan tulen kaya raya. Smga org kita akan lebih ramai menggukan ‘kuasa ganda’ menjana pendapatan dlm perniagaan tulen(bukan skim cepat kaya, dan yg seumpamanya)
    Kunci perniagaan NETWORK boleh kekal adalah “PERHUBUNGAN DAN PAKATAN YANG AKRAB”(biar lambat tapi ‘mantap’ dan ‘kekal’)

    Sekadar ingin berkongsi ilmu dan pengalaman, smga bermanfaat. Amin

  4. Orang yang berjaya dan kaya selalu bagi tahu simpanlah sekurang-kurang 10% dari pendapatan yang kita dapat ke akaun “Financial Freedom Account”.

    Duit dalam akaun ni tak boleh dikeluarkan kecuali untuk pelaburan yang lebih menguntungkan ataupun peluang-peluang perniagaan yang memberi jaminan pulangan tinggi.

    Barulah duit kita jadi pekerja yang setia untuk cari lagi duit untuk kita.

    Saya dah lama tahu terknik nie, tapi baru je praktikkan 2 tahun yang lepas.

    Alhamdullillah…simpanan semakin bertambah2…

  5. Tq IK…

    Info kali ini sangat berguna dan jarang-jarang kita dengar dan bicarakan…

    Motivasi yang sangat hebat dan dikongsi oleh ribuan rakyat malaysia…

    Mudah-mudahan semua rakan-rakan kita akan bertambah kaya dari masa ke semasa…

    Selamat Hari Raya kepada IK dan pembaca blog ini 😉

  6. Salam,

    Saya ada satu pandangan bagaimana golongan tahap 1 boleh beranjak ke tahap ke-2 dan seterusnya.

    “Apabila anda mendapat pendapatan atau gaji simpan dahulu jumlah yang anda ingin simpan.Contohnya 20% dari gaji dan selebihnya baru dibelanjakan untuk keperluan.JANGAN gunakan gaji anda dahulu dan bila dah hujung bulan baru nak simpan mengikut jumlah yang tinggal..nescaya memang biasanya tak berbaki.So,macam mana nak menyimpan?”

  7. Salam IK,

    Satu tips yang menarik. Selama ni ramai tak kisah dengan kedudukan kewangan mereka. Duit gaji di belanjakan dulu. Mana yang lebih barulah di simpan ( kalau lebih la.. ). Saya pernah mendengar mengenai tabiat orang Jepun yang akan terus menyimpan sekurang-kurangnya 20% gaji untuk simpanan mereka. Dengan cara ni, dalam masa 2 tahun setengah je mereka dah capai tahap 2 tu..

    Terima kasih sekali lagi..

  8. Salam ramadhan dan selamat hari raya!
    Betul kata IK kebanyakan org berada di tahap 1.tp berapa ramai yg sedar? dh mereka telah selesa duduk di takok lama.
    so kite x mampu utk ubah org lain ,yg mampu diubah adalah diri kita sendiri.dimana kita renung2kan??

    Tanam azam utk sampai tahap 4.
    Petik jari semua boleh dpt..seronoknya

  9. Tqvm IK. 🙂

    Saya amat tertarik dengan info yang diberikan kali ini. Begitu mengujakan saya kerana saya sudah pun mengamalkan tips financial freedom (10% for savings). Alhamdulillah.

    Simpanan saya semakin bertambah. Saya pun nak kongsi sedikit kisah sahabat nabi s.a.w yang bernama Khalid al-walid. Beliau merupakan seorang yang paling banyak mendapat harta rampasan perang. Alhamdulillah. Namun beliau sedekahkan semua harta tersebut kepada baitul mal.

    Kemudian beliau bekerja sebagai penganyam tikar. Beliau mengambil bahan-bahan semula jadi untuk dijadikan tikar kemudian menjualnya di pasar. Hasil dari jualan tersebut beliau bahagikan kepada 3 bahagian.

    Satu bahagian beliau belanjakan untuk menyara hidup dan keluarga beliau. Satu bahagian lagi beliau simpan untuk dijadikan modal perniagaan beliau. Satu bahagian yang akhir sekali beliau sedekahkan kepada fakir miskin dan saudara-saudara yang memerlukan. Begitu teliti dan berkesan strategi kewangan sahabat2 nabi ni.

    Saya tersentuh hati apabila membaca kisah beliau. Jom kita sama-sama usaha dan ikhtiar untuk laksanakan tips ini.

    Selamat hari raya aidilfitri kepada IK dan semua warga irfankhairi.com! 🙂

  10. Tahap kewangan saya:
    #…err…saya pun jawab dalam hati jugak lah 🙂

    Hmmm…agak2nya, IK plak dalam tahap mana ek? 🙂

  11. Thanks IK

    Tips ni memberikan satu kesedaran ttg tahap kewangan saya sekarang. InsyaAllah saya dlm usaha memperbaiki pengurusan kewangan menjadi lebih baik. InsyaAllah target sekarang pergi ke tahap 3

  12. Assalamualaikum Dr.

    Post di atas adalah post yang saya tunggu2 selama ini.

    Saya dah jawab (dalam hati) dan sedang mengusahakan no 3 melalui bisness ini http://www.fathuri.ws

    Adakah sesiapa di kalangan pembaca blog ini yang ingin bersama-sama saya untuk mengusahakannya..?

    Strategi dan sistem telah tersedia

    Mari kita bekerjasama..

  13. Dulu masa kerja makan gaji, saya kat tahap no.1. Sekarang kerja sendiri tahap pun dah up sikit no.2 tapi belum lah pegi kat no.3
    Ni tengah on the way lah ni ni nak ke no3&4
    TQ buat IK kerana menyedarkan saya tentang peluang perniagaan diinternet dan tak sia-sia saya pergi Workshop Jutawan internet tu. Memang satu pelaburan yang sangat berguna. Dan InsyaAllah jika saya rajin bisnes internet saya akan maju setapak demi setapak lagi..

  14. Insyallah dengan displin yang tinggi, pasti
    kita semua mampu untuk dapat level 2 atau 3. Bagi saya, yang penting adalah displin. Jika displin kita kuat, pasti tiada masalah punya 😉 ..

    p/s : Tambah nak raya nie .. betul tak IK ?

    😉

  15. Saya sedar di mana kedudukan kewangan saya sekarang dan sedang berusaha untuk memperbaikinya ke tahap yang lebih baik.

    Hanya diri sendiri yang tahu dan boleh ubah. Cara yang terbaik ialah tetapkan matlamat dan laksanakan perancangan yang dibuat sebaiknya.

  16. Belum berkesempatan mendengar slot Dr Irfan di Radio 24 lagi. Maklumlah masa tu berada di ofis. Ofis pulak tiada radio. Tapi sy akan cuba jugak pada hari Khamis utk pasang radio semata-mata utk mendengar slot ini (harap2 bos tak marah).

    Sy pun jawab dlm hati… 🙂 Terima Kasih Dr!

  17. Saya pun dah jawab dalam hati insyallah ilmu dikongsikan akan mendapat manfaat apa kata kita tag isu ini dan ik keluarkan kembali selepas satu tahun kita tgk semula kewangan kita di thap mana amacam 🙂

  18. ekonomi sy ape lagi di tangga yang unggul sekali la..yang terkepertama haha..tapi xpe la sy kan student lagi loe..tapi sampai bila sy nak bergantung kat ibu bapa saya lak kan apa salahnya kalo sy cube berdikari dari awl dan Financial Freedomn mcm abng khairi kita ne ha..INsyallah

  19. Terima Kasih IK,

    Tips hari ini amat bermakna pada semua termasuk saya. Pada saya dengan adanya SPT ia dapat mempercepatkan lagi usaha kita dari satu tahap ke satu tahap yang lebih baik.
    Insyallah dengan berkat usaha dan doa, target sekarang ke hahap 3. Terbaca dr buku Azizi Ali, salah satu tips yang saya gunakan ialah membayar diri sendiri dahulu sebelum membayar orang lain. It’s works….

  20. Salam..
    Info yang sangat berguna untuk dimanfaatkan dan menjadi renungan kita bersama..
    Semoga kita bersama-sama ke arah yang dicitakan..

    u r d best IK..

    Salam aidilfitri kepada semua pembaca dan umat Islam amnya..

  21. betul-betul…kita seharusnya bijak di dalam menguruskan kewangan kita..berbelanja mengikut keperluan sahaja…buat simpanan n pelaburan seperti ASB or publi mutual.. pasti menguntungkan kita di masa dpn…

  22. Yang ponting, topuk dado tanyo poket!! bukan nyo tanyo selero ular sawo!! Tips nak cepat kayo sonang ajo :
    1) Jgn nengok apo org lain buek. Klu ikut merano lah.
    2) Makan tak payah sodap. Ala kadar cukup. Ku makan ayam sekeluargo, 2 X jo sebulan. Lain semuao ikan.
    3) Keter tak payah membazir, janji ada engine, atap dengan stering ok lah tu. Aku mmg gelak bosa klu tengok dokek kg, org balik tayang keto, poket kosong….he he.
    4) Weekend kuar ngan family set the budget. jgn nak melobih lobih.
    5) Baju2 tak payah la nak begayo….tp kek isteri dan anak2 den bagi pelepasan sket lah.
    6) Jgn lupa sedekah. Jgn dok asyik melopehkan diri ekau ajo ok !!

    Itu ajo. sebona eh, bondo menyimpan ni, budak darjah satu pun tau. Cumo kito manusio ni suko menunjuk2, banggo…riak. Tak beringat…..jadi ucapan den buek semuo…….lu pikir la sendiri !!! Cakap den ni koreh tapi ado bonarnyo…yo anak anak

  23. SAYE KT THP 2 KOT..NK IKUT TEKNIK 10% X PENAH JD..TIME BRAT, TIAP BLN P UMRAH KT TH..SMPANAN ADALA KIT..TKUT GAK KOT ABIH..GJ BLN BYK GK KLU CMPUR 2 ORG..MLABUR 2 TAHUN X NMPK NG HASIL..SLH PLH DANA LA 2..SKANG BRU NK NAIK..NMPK UNTNG KIT..KNA TGU LME G KOT..

Leave a Reply

Your email address will not be published.