Thu 27 May 2010
Dalam mengumpul kewangan dan menambahkan kekayaan, kita bukan sahaja sepatutnya fikir bagaimana nak invest, bagaimana nak jimat wang, bagaimana nak tambahkan pendapatan, dan sebagainya… tetapi, kita perlu juga fikir bagaimana tidak mahu rugi/hilang/burn wang kita…
Contoh:
- meminjam wang pada kawan, dan pinjaman tidak di bayar (mungkin anda pernah terkena!)
- membuat pelaburan yang jelas merugikan (seperti beli rumah untuk disewa di kawasan tiada permintaan)
- tertipu pada sesuatu SCAM
Tip saya kali ini, hendak kongsikan pada anda satu “formula” supaya kita tidak rugi/hilang/burn duit kita pada SCAM (penipuan). Formula ini berbunyi: NO SCAM!
N bermaksud: NAME.
NAME. Siapakah nama di sebalik sesuatu pelaburan atau peluang perniagaan tersebut. Sering kali, SCAM dilakukan oleh mereka yang suka menyorokkan identiti mereka. Jadi, pastikan anda ketahui nama sebenar dan juga maklumat peribadi siapakah yang mengendalikan sesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.
O bermaksud: OVER PROMISE.
OVER PROMISE. Pelaburan atau peluang yang menjana pendapatan yang diberikan adakah ianya over promising? Atau janji yang lebih-lebih dan tak masuk akal? Ketahui bahawa menjana pendapatan yang lumayan bukanlah perkara yang mudah. Mana ada goyang kaki, duit masuk (melainkan bisnes menjahit). Kebanyakan SCAM akan menipu mangsa dnegan cara membuat janji-janji manis berlebihan, atau OVER PROMISE!
S bermaksud: SEARCH.
Internet penuh dengan maklumat-maklumat. Dan maklumat di Internet bersebar dengan pantas. Oleh itu, apa kata anda menggunakan kekuatan Internet ini untuk membuat sedikit research. Anda perlu membuat SEARCH atau CARIAN, terutamanya di Google.com. Masuk Google.com dan lakukan research dengan cara type nama pemilik program tersebut. Atau, typekan nama syarikat. Atau type nama program atau sistem yang digunakan.
Dengan hanya menggunakan SEARCH di google, anda pasti akan mengetahui banyak maklumat-maklumat seperti pelanggan tidak berpuas hati, dan sebagainya. Cara ini amatlah efektif, tetapi, sayangnya, ramai yang terjerat dalam SCAM, salah diri juga kerana tidak melakukan research, dengan hanya menggunakan SEARCH di GOOGLE.COM!
C bermaksud: CONTACT.
Pastikan anda mempunyai contact details lengkap syarikat atau perniagaan tersebut. Sekali lagi, mereka yang melakukan SCAM suka menyorok dan berselindung. Jarang sekali mereka dedahkan alamat, nombor telefon, cara hubungi, dan lain-lain. Sekiranya ada, apa kata anda cuba hubungi secara offline untuk memastikan kewujudan CONTACT details mereka. Ingat, wang anda dalam keadaan bahaya sekiranya tertipu. Oleh itu, apa kata usaha lebih sikit supaya tak terjerat!
A bermaksud: ASK.
Tanya orang ramai. Tanya kenalan-kenalan dan tanya juga pakar-pakar industri! Jangan hanya tanya kenalan yang mempromosikan sesuatu program tersebut, kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM. Tanya orang lain juga supaya kita lebih banyak maklumat tentang sesuatu program sebelum melaburkan our hard earned money! Islam juga menggalakkan kita banyak bertanya untuk mendapat ilmu. Pastikan anda mempunyai ilmu supaya tidak tertipu. Tanya - tanya dan tanya lagi!
M bermaksud: MAKE SURE!
Pastikan anda melakukan kesemua di atas! Ulang kembali langkah N-O-S-C-A-M sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan pelaburan anda. Sering kali mereka yang terjerat dengan SCAM, sebenarnya, sebelum menyertai telah ada “rasa tak sedap hati”. Tetapi, sebabkan perasaan “ingin tahu” dan juga “cepat kaya” memenangi diri, maka, kita pun tertumpas dengan janji-janji manis SCAM.
Sekiranya anda tertipu dengan SCAM, bukan sahaja anda rugi WANG. tetapi, anda juga akan rugi MASA dan USAHA anda dalam memperolehi dan menjana wang tersebut! Dan yang penting juga, anda akan rugi dan kehilangan keyakinan anda dalam memulakan perniagaan dan pelaburan yang sebenar. Bila hilang keyakinan, self esteem akan kurang, dan kita mula stress… harapnya tidak terjadi pada kita ok?
![]()
Baca kembali NO SCAM di atas dan fikirkan. Kalaulah semua kita ikuti langkah-langkah ini, insyaallah tiadalah yang terjerat dengan SCAM-SCAM yang berlaku keliling kita.
Bagi anda yang pernah terkena SCAM (harapnya tidak ramai lah dari pembaca blog saya:)), apa kata anda rujuk semua di atas dan cuba jawab point-point di atas. Adakah anda melakukan segalanya sebelum terkena SCAM tersebut?
- N - NAME
- O - OVER PROMISE
- S - SEARCH
- C - CONTACT
- A - ASK
- M - MAKE SURE!
Maklumat tambahan:
Bagi anda yang mempunyai blog, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan sekiranya anda boleh link kepada tip hari ini. Ini kerana, dengan ilmu sedikit extra formula N-O S-C-A-M ini, maka kita dapat kurangkan rakan-rakan kita yang lain dari terkena SCAM. Mudahan kita juga berhati-hati di masa yang akan datang!
ps: Untuk pelajari kaedah sebenar menjana pendapatan dari rumah, sertai Seminar Lipat Ganda MLM pada 29hb ini serta Workshop Jutawan Internet pada 30hb ini. Tambahkan ilmu anda dalam perniagaan Internet untuk menambahkan pendapatan anda melalui Internet
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


September 25th, 2008 at 10:43 am
ramai yang terlibat dgn scam sejak kebelakangan ni..semoga dengan apa yang IK kongsikan ini dapat mengurangkan jumlah mereka yang terlibat dengan scam..
September 25th, 2008 at 10:45 am
Assalamualaikum,
Terus terang saya katakan, kadangkala saya pun
memang tak menitikberatkan bab burn duit ni.
Mungkin inilah antara aspek yang perlu saya
perbaiki.
Tapi berbekalkan formula yang IK kongsikan ni,
saya yakin masyarakat kita boleh jadikannya
sebagai panduan bila berdepan dgn situasi tertentu.
September 25th, 2008 at 11:05 am
My experience, dh tekene sblm ni! Fiscal… skim cpt kaye internet… Senior manager pon terkene gak…nyesal!
September 25th, 2008 at 11:10 am
SCAM..@#%^&*$
S= Suka
C= Cara
A= Anggan-anggan
M= Mat Jenin
“Jangan berangan dulu sebelum make sure, make sure! dulu sebelum promise masukkk…$$$”
Ah! dah baca tips Irfan ni takkan kena tipu lagi kot…kalau ada ghak.. uhuk! uhuk!… nasib le..
September 25th, 2008 at 11:22 am
Salam Sejahtera,
Tips berguna untuk saya dan rakan-rakan yang baru menceburkan diri… Tq IK. Teruskan tips2 anda…
September 25th, 2008 at 11:26 am
IK, saya ada tulis report percuma tentang Internet Scam: Penipuan Yang Perlu Anda tahu. Boleh download percuma di
http://www.rajaadsense.com/Scam.zip
September 25th, 2008 at 11:53 am
Salam IK..
Huh..saya da terkena dah..lebur duit tahun lepas..Menyesal betul..
September 25th, 2008 at 12:11 pm
Angan-angan utk berjaya tu bagus,Mat jenin tu kira berwawasan juga, dia punya perancangan yang jelas dan teratur..cuma dia berangan pada tempat yang tak sepatutnya (atas pokok kelapa). Moga info kali ini dapat memberi panduan pada semua. Thanks IK
September 25th, 2008 at 12:50 pm
“mana ada bisnes goyang kaki je masuk duit kecuali menjahit”
haha.. funny la.. x penah terpikir..
September 25th, 2008 at 12:51 pm
…tapi pelik ramai org kita yg terlibat sebab nak kaya cepat tanpa memperdulikan resiko yg diterima.
ajak bt biz internet xnak mcm2 alasan yg diberi,xtau komputer lar buta IT lar dan mcm2 alasan tapi bila pelaburan internet sanggup join dan keluarkan beribu2 duit.akhirnya masuk angin keluar asap.
http://www.tiebatik.com
~hand drawn batik tie~
September 25th, 2008 at 12:56 pm
[…] Beliau telah menerangkan bagaimana untuk mengelakkan kita dari tertipu(SCAM) dengan menggunakan kaedah NO-SCAM. Untuk lebih lanjut sila lawat blog beliau di sini […]
September 25th, 2008 at 1:51 pm
Salam..
T/Kasih IK,
Harapan dengan adanya topik/formula hari ini,bersama kita berhati-hati dengan SCAM.Kita gunakan sebagai panduan sepanjang masa..
>> http://clik2tm.blogspot.com
.,
September 25th, 2008 at 1:55 pm
Nasihat yang berguna drpd IK. sbb makin ramai yg kna scam dgn kwn2 or sedara mara sendiri..so cara yg plg baik..NO SCAM kn…
September 25th, 2008 at 2:16 pm
Inilah yg musykilnye. ‘Org kita’ selalu terkena. Tak serik-serik !
September 25th, 2008 at 2:20 pm
Just nak share knowledge dgn semua
1)Website Hosting.
Jika website promosi mereka webhosting percuma mcm blogspot dll. Jangan banyak cerita terus tutup sahaja website tersebut. Mungkin bunyinya tidak begitu adil, tapi jika mereka tidak mampu mengeluarkan modal beberapa ratus ringgit untuk hosting aku tidak rasa mereka boleh membantu kita.
2)Ada Gambar US Dollar.
Untuk program yang diwujudkan oleh Malaysian for Malaysian, tapi mereka meletakkan gambar Dollar US sebagai menunjukkan program mereka boleh buat duit banyak, lupakan mereka. Jadi jika jumpa website yang gunakan gambar seperti dibawah ini, terus cepat-cepat close.
3)Janji Yang Melampau
“Tidak Perlu Kerja”, “Duit Masuk Setiap Saat”, “Jadi Jutawan Dalam Masa Sebulan”…. Phrase sebegitu. Jumpa sahaja, terus lupakan program janaan wang atau buku yang mereka cuba jual. Confirm ianya satu program hampeh yang diusahakan oleh newbie atau penipu. Mana-mana pakar tidak kira Malaysian atau dari oversea akui tidak ada program yang tidak memerlukan kita bekerja. Confirm dia berbohong, dia sendiri bekerja buat product yang ingin dijual. Kan?
4)Payment Method
Kalau ada usahawan Internet yang tidak menyediakan kaedah pembayaran secara kad kredit atau paypal, lupakan sahaja program yang mereka ingin kita sertai atau ‘ilmu’ yang mereka ingin jual. Seorang peniaga yang serious pastinya akan mengeluarkan sedikit modal untuk menyediakan kaedah pembayaran 100% online seperti Paypal contohnya. Untuk membuka, verified dan start guna account Paypal hanya memerlukan tidak lebih RM20. Kalau itupun usahawan itu tidak mampu, mungkin dia patut lupakan niat nak berniagasecara online.
5)Peniaga Misteri
Jangan sesekali percaya dengan peniaga internet yang identitinya misteri. Konon-konon beliau tidak mahu dikenali. Tidak suka publisiti, inginkan kehidupan privacy. Semua pakar perniagaan internet tahu popularity sangat penting untuk membantu jualan ( macam IK). Lagi terkenal, lagi senang nak jadi kaya di Internet . The only reason businessman tu try to hide his/her identity adalah kerana dia adalah penipu. Jadi, kalau jumpa website jualan yang ditulis oleh Mr. X, Abang Bob, Gadis Misteri, Pemuda Berjaya…. Lupakan sahaja. Peniaga internet yang jujur tidak teragak-agak untuk meletakkan nama betul, alamat perniagaan bahkan ramai yang paparkan wajah mereka yang paling paling cun mereka ada.
6)Product Terlalu Banyak
Ini tricky sikit, pengecualian diberikan kepada firesale oleh tokoh-tokoh usahawan Internet. Jika peniaga itu tidak dikenali, tapi menawarkan berpuluh-puluh, malah beratus product dengan harga yang tersangat murah, lupakan dia. Offer macam-macam barang, tapi minta bayaran RM9.90 sahaja. Mungkin dia pergi beli product USD1.00 dari Ebay, buat website jualan dan buat jualan longgok. Sama seperti pendatang asing yang jual semula sayur yang sudah dibuang di pasar borong Selayang.
NO SCAM!
September 25th, 2008 at 2:48 pm
actually mlm tadi sy terpikir perkara yg sama yg irfan tulis nih…hampir sume point sama plak tu…heheh tp takde la perkataan NO SCAM tu… kalau 100% sama, miracle la…
September 25th, 2008 at 3:16 pm
time kasih sebab bagi info ni..kadang2 sebab nak cepat sangat untung kita hilang pertimbangan yang mana baik mana buruk…sebaiknya selidik dulu mcm IK cakap kat atas tu…ini selalu berlaku kepada yang baru nak ceburi sesuatu bidang…apa2 pun berhati2…
September 25th, 2008 at 5:40 pm
erm…..
program yg mcm ni bukan boleh caya pun……
wat xtau je………
kena beringat2 selalu le…….
September 25th, 2008 at 7:14 pm
hah…… lepas baca topik di atas, terfikir pula cara bagaimana nak protect duit, selama ini kita hanya fikir cara nak dapatkan duit tetapi kita kurang berfikir “how to protect our money.”
saya suka word ‘meminjam wang pada kawan, dan pinjaman tidak di bayar’.
thank’s bro z@ph for sharing your knowledge,
biasalah orang kita, mudah terpikat dengan keuntungan yang banyak dalam masa yang singkat.
“No. SCAM”..
ps: yang pernah kena tu share ler sikit pengalaman..
September 26th, 2008 at 12:30 am
Just for add info, SMS SCAM : Penipuan Yang Anda Perlu Tahu - irwandahnil.com
September 26th, 2008 at 12:54 am
[…] Untuk memudahkan anda, bolehlah anda gunakan formula mengelak penipuan Scam - NO SCAM… […]
September 26th, 2008 at 2:19 am
[…] anda boleh baca dengan lebih lanjut di sini, hanya klik: NO SCAM […]
September 26th, 2008 at 2:31 am
Formula yang senang diingat dan semestinya dipraktikkan
September 26th, 2008 at 3:07 am
KOSMO,26 September 2008
Akaun ‘lebur’ kerana perangkap e-mel hantu
CHEE SEONG menunjukkan salinan cetakan e-mel skim penipuan siber yang menyebabkan wang dalam akaunnya hilang semalam.
——————————————————————————–
KUALA LUMPUR - Tidak sampai empat minit, duit dalam akaun bank milik seorang pengurus, Yong Chee Seong, 30, berjumlah hampir RM5,000 lesap sekelip mata.
Kes itu dipercayai gara-gara sindiket perbankan dalam talian (online) yang didalangi pakar teknologi maklumat di kalangan warga asing yang memerangkap mangsa melalui penghantaran e-mel ‘berhantu’.
Chee Seong memberitahu, e-mel dalam bahasa Inggeris yang diteri- manya pada 23 September lalu kira- kira 1 tengah hari memintanya mengemas kini maklumat talian perbankan melalui proses pertukaran kata kunci akaun bank.
“Ia nampak asli dan meminta saya berbuat demikian bagi tujuan kese- lamatan selain mengelak ditipu oleh sindiket yang semakin menjadi-jadi di ruang siber,'’ katanya di sini semalam.
Menurut Chee Seong, sebagai pelanggan tetap bank terkemuka itu sejak enam tahun lalu, dia langsung tidak menaruh syak bahawa e-mel itu satu perangkap kerana pautan laman web untuk dia membuat kata kunci baru, muncul dengan hampir menyamai laman web bank tersebut.
Beliau hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena berlaku sele- pas beberapa minit mendaftarkan kata kunci baru dengan empat minit kemudian menerima khidmat pesa- nan ringkas (SMS) daripada pihak bank dengan maklumkan satu transaksi pemindahan wang dari akaunnya berjumlah RM4,935.
“Saya tergamam kerana saya tak buat apa-apa,'’ katanya.
Sejurus selepas itu, Chee Wah terus menghubungi bank berkenaan dan jurucakapnya mengesahkan polisi mereka tidak meminta pelanggan menukar data menerusi e-mel.
Chee Wah cuba mengakses kembali pautan laman web berkenaan, namun gagal.
Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Sea Park, Petaling Jaya pada 23 September lalu selepas dinasihatkan oleh pihak Maybank.
————————————————————————————————————————————-
Saya, Nor Afizah Thalhan pun pernah menerima email yang sama daripada pihak yang sama dalam masa yang sama, nasib saya agak baik kerana sudah biasa menjalankan urusniaga perniagaan internet, maka saya dapat kesan ciri-ciri penipuan bentuk baru ini. Antara ciri-ciri yang anda semua patut tahu untuk tidak ditipu ialah:
1- Bank mempunyai server sendiri, jadi sudah pasti tidak menggunakan yahoo/google. Adalah suatu perkara yang kelakar untuk percaya kepada maklumat yang dihantar oleh ‘maybank@yahoo.com.my’.
2-Bank adalah tempat yang selamat, kalau tidak mesti semua orang simpan duit bawah bantal kan? Jika anda perhatikan, di laman web bank yang sebenar, pasti ada satu simbol bentuk ‘mangga kunci’ yang menadakan anda berada di secured site. Jika tidak pasti itu kerja mangkuk ayun.
3-Email daripada pihak bank sebenar setiap kali selepas anda melakukan transaction di generate daripada sistem ,staff mereka tak tulis email untuk semua orang manually. Bila email daripada sistem, of course lah gaya tulisan itu bentuk ‘courier new’. Bagi sipenipu yang taip sendiri email terima kasih walaupun mesej memang sebijik2, pasti akan keluar bentuk tulisan ‘times new roman’. Dari situ anda dapat kenal dengan mudahnya si penyangak ini.
Ingin diingatkan bahawa bank sebenar tidak boleh buat apa2 jika anda ditipu dan pada saat anda bagi username dan password anda kepada si penyangak ini-segalanya akan berakhir,tiada siapa mampu buat apa2 termasuklah PM pun.
Jadi berhati-hati, jangan pandang rendah pada jenayah internet. Diharap IK dpt review benda nie, so kita bley same2 ‘letupkan’ berita ini agar semua org tahu.
September 26th, 2008 at 11:33 am
Salam IK,
Selalu terjadi perkara seperti ini. Tidak berhati-hati dalam membuat penilaian akan membuatkan mereka tertipu pada mereka yang memang bertujuan melakukan penipuan dan semata-mata mengaut keuntungan besar!
Sebenarnya banyak bisnes yang lebih telus. Selalu yang terjadi penipuan ini adalah kerana termakan kata-kata manis, janji yang menarik perhatian, oleh sebab itu ramai yang menepuk dahi dan menggelengkan kepala menandakan isyarat telah tertipu…
Wassalam. Bye…
www.glowglokal.com
September 26th, 2008 at 2:42 pm
[…] Baca seterusnya di blog Dr Irfan […]
September 26th, 2008 at 3:20 pm
memang elok kita bersama-sama berkempen wujudkan kesedaran kepada pengguna internet mengenai scammer ni.
September 26th, 2008 at 4:12 pm
Abang I dah banyak kali kena dengan internet scam ni. Tapi berkali-kali itu jugalah I warned dia…namun berkali-kali itu jugalah yang dia masih continued.
pelikkan? Dah terkena, dan tahu it is scam…tapi nak buat juga. Pelik betul! And itu abang sendiri tuh…
September 26th, 2008 at 4:16 pm
A’kum IK,
Topik menarik? bebaru ni saya adalah telah di interview oleh rakan baru berkaitan dengan produk Barterwallet2u.com.berhad. pada pendapat IK adakah perniagaan syarikat tersebut merupakkan SCAM?
p/s Selamat berpuasa n Sselamat Hari Raya IK sekeluarga n rerakan blog ini.
Nizal N.
September 26th, 2008 at 4:55 pm
Sekarang ini tidak dinafikan banyak bisnes yang tumbuh, kononnya menjanjikan peluang pendapatan kepada seseorng, Tapi….perbezaannya daripada kebanyakan bisnes ini adalah meruapakan konsep yang digunapakai dan kredibiliti perniagaan itu sendiri yang perlu diperhalusi dan dinilai. Keputusan di tangan anda.
“Renung-renungkanlah, selamat berbisnes”.
Bisnes TDTone
http://www.bisnestdtone.com
September 27th, 2008 at 2:04 am
a’kum kpd semua,
1)Agak2 SCAM ni ada unsur2 pukau tak atau black magic?
2)sblm kita teruja dgn bende2 ni eloknya kita tanya kawan2 ataupun yg lebih pakar dulu,saya pernah selamatkan kwn saya drp terkena bende ni walaupun mulanya saya tak tahu apa kebende SCAM ni,cuma kwn saya dpt terpilih hadiah 1juta pounds Sterling,untuk urusan itu mudah dia perlu masukkan duit lebih kurang nilai duit sini RM3K fasa pertama,semuanya ada 3 fasa kalau tak silap,dan jumlahnya lebih kurang 10K,mmg kawan saya ni teruja betul,apabila sy dah dengar baik cerita dia,satu saja soalan saya yg dia buat tersentak,kalau betul lah org tu ikhlas nak bg 1juta pound sterling mengapa pulak kita yg kene keluarkan duit?bg free2 kat org yg tak kenal,baik bg kat aku duit tu,tau lah apa nak di buatnya(gurau2 dgn dia),yer tak yer jgk katanya,akhirnya dia batalkan niatnya untuk program tu.Moral of the story…tanya pandangan org yg terdekat ngan kita supaya bak kata pepatah “Dah terhantok baru Terngadah”
Sekian.
September 27th, 2008 at 2:51 am
Hey Everyone,
Most of you are living in Malaysia and I think you all can relate to this.
Do you remember the young teens who came to your car the moment you get into your car and they ask you to do a scratch for free.
Once you have scratched and they looked at it, they will jump and feel excited for you because they claim they you have won these prizes.
As happy as you are, they said you will only be able to claim these prizes with one simple condition, to pay a certain amount of fee.
Has anyone of you experienced that?
I cannot believe there are actually people who really fell into the trap of these people.
SCAM!
Greetings,
Clement Chee
http://www.The-Excellence-Blog.com
September 27th, 2008 at 6:06 am
[…] http://www.irfankhairi.com/blog/tip-kewangan/formula-mengelak-penipuan-scam-no-scam/ […]
September 27th, 2008 at 6:09 am
untuk mengelakkan scam, join la mane-mane forum, berkongsi pendapat terlebih dahulu dengan kawan-kawan forum sebelum join mane-mane program internet.. jangan join dulu baru nak tanya, dah terlambat bang!!!
October 3rd, 2008 at 1:49 am
mana ade perniagaan yg mudah dan cepat untung..kalau ade scam le tu..jaga2
October 7th, 2008 at 12:42 pm
Bukan sekadar ni je weh..parents aku kena kantoi dgn company cina kata nak bagi duit kat public bank..suh bawa buku tabung haji pula.. dia kata masuk pertandingan boleh dapat keta.. tapi kena labut 6K, nasib baik bapa aku bijak tak jadinya walau pun dah bersusah payah travel pergi sejauh tu..mana-mana yang terkena tu kena report je pada KDN&HEP, few years ago paper report company cam ni sampai dapat 20juta dengan taktik gores&menang dsbnya..berhati2lah korang semua. Tak ada orang nak bagi duit free dalam dunia ini.
richbloom.blogspot.com
October 7th, 2008 at 6:59 pm
[…] mari kita pelajari formula utama untuk mengelakkan diri dari terkena penyakit scam. Formula NO SCAM! […]
October 9th, 2008 at 12:08 pm
Mana ada meniaga modal sikit tapi untung byk dan x masuk akal. tapi apasal ramai kekawan kita yang terpedaya. Pasal dia orang nak untung cepat tanpa perlu berkerja keras. Tapi kalau le ada peluang yang bebenor genuine bantu le kekawan kita tuuu.
October 14th, 2008 at 2:52 pm
erm..bab2 scam ni mmg dah terkene batang idung pun..tak pasal2 terbang rm 300…tp tak pe la ..tak kaya pun org yg tipu kita tu..tul tak..so pas baca ni..i rasa alert la pulak ..sume benda pn nk search kat google ..hahahha…anyway thanks for the comment..
October 15th, 2008 at 11:52 pm
Assalamualaikum..nama saya Zulkhairi, saya berasal dari johor, umur saya 24 tahun, saya nak mintak tolong atau nasihat dari IK, saya ada buat satu formula atau program untuk menampung masyarakat sekarang yang sedang menurun ekonominya, program ni adalah program amal kebajikan, tolong menolong antara satu sama lain, dari segi islam kita digalakkan bantu membantu, program ni saya betul2 ikhlas buat untuk masyarakat walaupun saya orang baru dari bidang perniagaan interner (website pun simple je). Saya tak tahu program saya ni salah dari segi undang2 atau tidak, sebenarnya saya taknak sebarkan lagi, tapi dengan tak sengaja saya telah bagi tahu rakan saya suruh layari website saya, tetapi sambutan amat menggalakkan, sekarang ni saya berada dalam keadaan serba salah, saya nak minta nasihat dari IK dan komen mengenai program saya ini, dan apa tindakan yang saya perlu buat seterusnya. Saya amat memerlukan bantuan atau nasihat dari IK, sebenarnya saya taknak tunjuk website saya disini,Boleh tak saya hantar website saya melalui email IK? Plzz… Terima kasih
October 18th, 2008 at 12:04 am
dibawah ada website saya, saya harap IK dapat membantu saya, saya risau orang kata ni program plaburan pulak
December 21st, 2009 at 3:10 am
thanks 4 the info..
May 27th, 2010 at 9:59 pm
Salam Sejahtera.
T/Kasi IK. Tips yg sangat bermanfaat & kreatif.
. NO SCAM. hehe.
May 28th, 2010 at 10:19 am
Salam..
Walaupun byk kali terjadi perkara SCAM ini masih segelitir masyarakat kita tertipu lagi sdngkan byk kempen dan ilmu mengenai ini telah diperkatakn byk kali. Mana silapnya lebih-lebih orang melayu.. Mungkinkah mereka ingin mengejar kekayaan dgn cpt…
Tq
May 28th, 2010 at 2:29 pm
Buat keputusan yang betul2 sebelum join apa2 program dari segi halal haram dan juga undang2 perniagaan.
Rugi satu hal, dari satu segi lain,bimbang kalau kita dah mula dapat hasil lumayan, kita tak sanggup untuk stop selepas baru tahu sesuatu program itu salah dari segi syariah atau undang2
Perlu tengok dari long term sbb bukan untuk sebulan dua
May 28th, 2010 at 7:30 pm
Saya tertarik kepada beberapa komen yang sangat bernas yang diutarakan bagi menambah tips IK yang sedia ada. Tahniah. Saya dah dapat banyak pelajaran baru.
May 28th, 2010 at 10:24 pm
Udah teman link di blog teman yang satu ni.
May 29th, 2010 at 2:37 am
Salam…salam…
Ramai antara kita yg terrrlalu mengharapkan rezeki terpijak, rezeki yg tak perlu usaha banyak…
Tu pasal pelaburan SCAM nih sentiasa ada peminat
May 29th, 2010 at 9:16 am
Kalau pulangan yang dijanjikan lebih 20% setahun..cuba fikir banyak kali..jaran ada invesment yang duduka sahaja dapat lebih ..kalau ada lebih 20% sudah tentu risiko juga besar…high risk high return
May 29th, 2010 at 3:18 pm
Info yang sangat berguna . Thanx IK . Sudah banyak kali saya tertipu , kearana waktu itu saya masih baru lagi dalam dunia internet . Saya belajar dari kesilapan . Sentiasa mencari info cara mengelak scam . Blog awak banyak membantu saya . Terima Kasih sekali lagi
June 1st, 2010 at 3:41 pm
Salam IK,
Info yang sangat menarik…sy pun hairan ramai orang yg invest dalam scam ni…sedangkan ada pelbagai cara pelaburan yg boleh mendatangkan untung…sekarang ni pelaburan emas…pelaburan KWSP di Bursa Malaysia…
June 3rd, 2010 at 11:43 pm
Assalamualaikum wbk..
Minta izin kopi pes IK..
www.muddathsir.wordpress.com
Hmm, tumpang tanya projek Apprentice IK dah close ye..? Hmm, saya ada idea dan projek IT, dah plan sejak tahun lepas.. cuma ada beberapa kekangan cabaran yang tak mengizinkan saya start..
Muddathsir
March 3rd, 2011 at 3:06 pm
assalamualaikum,terima kasih atas panduan no scam
August 5th, 2011 at 1:16 pm
Terima kasih IK atas perkongsian ini. Ilmu yang berguna ni. Diharap dengan adanya artikel seumpama ni, tiada lagi masalah penipuan / SCAM yang berlaku dalam komuniti masyarakat kita.
September 28th, 2011 at 10:31 pm
Assalamualaikum…sejujurnya saya nak tnya abg, apakah sebenarnya perniagaan internet yang abg sarankan untuk saya sebagai seorang pelajar masuk?