Kerja sekali, pendapatan sampai bila-bila

Lama juga saya tidak masukkan tip Kewangan saya daripada segmen TV saya, WW di Astro Awani “Wanita & Wang”.ย Jadi, ini tip saya dari segmen saya pagiย tadi… bukan untuk Wanita sahaja… Lelaki pun! ๐Ÿ˜‰

Pastinya anda tertarik bukan? Kerja sekali, tetapi pendapatan sampai bila-bila. bagaimana hendak lakukan? Jawapannya adalah: Residual income atau passive income- antara senjata untuk menjadi jutawan!

Berikut adalah beberapa contoh residual income atau pendapatan yang berulang…

Sekiranya anda hebat menyanyi, anda boleh buat album lagu. Penyanyi-penyanyi kita mendapat residual income. Walaupun album sudah keluar 10 tahun lalu, sampai kini masih menerima royalti dari jualan setiap album. Pernah terfikir tak mengapa penyanyi-penyanyi barat walaupun satu sahaja lagu sedap, tapi boleh jadi multimillionaire? cara yang sama- menerima royalti, tetapi royalti dari jualan album ke seluruh dunia!

Tapi IK, saya tak pandai menyanyi!

Kalau tak pandai menyanyi, atau menari macam saya ni (sapa tengok JTL tau lah!) :), kita boleh menulis buku. Penulis buku juga menerima royalti atas jualan setiap buku. Mungkin ia mengambil masa 2-3 bulan untuk siapkan satu buku, tetapi pendapatan dari royalti belian setiap buku akan diterima oleh penulis! Buku pertama saya RJJIT ditulis pada tahun 2005. Sehingga kini saya mendapat pendapatan darinya. Buku terbaru Nota Jutawan: Nota motivasi juga saya mendapat pendapatan setiap bulan…

Tapi IK, saya tak pandai menulis… camne?

Paling ramai jutawan tercipta di dunia daripada jutawan hartanah. Real estate. Dalam kata lain, beli rumah, dan dapatkan penyewa pada bayaran lebih daripada bayaran bulan-bulan kepada bank. Menyewa kan rumah (atau kedai/pejabat) juga anda hanya kerja sekali, tetapi pendapatan akan masuk sampai bila-bila selagi ada penyewa!

IK, hartanah ni kita perlu modal besar… saya takde modal camne?

Idea juga boleh menjadi residual income. Tak perlu modal.

Pernah anda lihat “battery indicator” pada battery Duracell? pernah anda menggunakan “Post-it”? Pernah anda lihat gambar Mickey Mouse atau Hello Kitty? Bagi pemain guitar electric, anda perasan tak bahagian besi pemegang tali tu adalah sesuatu ciptaan unik? Ini semua antara idea yang telah menjadi “patent”. Setiap kali idea tersebut digunakan, pencipta akan menerima pendapatan!

IK, saya ni tak pandai nak cipta benda-benda baru…

Kalau begitu, sesetengah perniagaan juga memberi “residual income”. Kerja sekali, pendapatan sampai bila-bila. Sebagai contoh, MIBO. Antara product MIBO adalah TM Smart Call. Sekali anda mendapat pelanggan Smart Call (boleh mengurangkan bil telefon pelanggan), selagi pelanggan tersebut menggunakan telefon, anda akan mendapat residual income. Kerja sekali, pendapatan sampai bila-bila!

IK… kalau saya tak pandai berniaga?

Haa… di sini lah saya nak quote kembali pesanan Dato Dr Fadzilah Kamsah:

“Orang lain buat duit, kita buat alasan!”

Banyak cara untuk menjana pendapatan… banyak cara untuk menjana pendapatan secara residual. Tetapi, kalu banyak alasan, jangankan residual income. Income yang kerja sekali, pendapatan sekali pun, kita takkan dapat ๐Ÿ˜‰ Kalau semua tak boleh, jawapannya dalam Al-Quran: banyak-banyak membaca… cari ilmu. Bila ada ilmu, yang tak boleh, kita bolehkan juga ๐Ÿ˜‰

ps: Bagi yang menghadiri sesi taklimat MIBO semalam, harap maaf kerana Dato Dr Azman Chin last minute tak dapat menghadiri sesi. Bagi yang berminat untuk mengetahui lanjut mengenai MIBO, boleh baca ringkasan di sini.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

35 thoughts on “Kerja sekali, pendapatan sampai bila-bila

  1. Assalamualaikum.

    Tip IK pagi ni sesungguhnya begitu mendorong saya. Selain tu ia membuka mata saya (dr sudut jana kewangan). Kerana ia ada kena mengena dengan slah satu matalamat yang telah diumumkan. Banyak yang perlu saya buat.

    Naluri saya merasakan banyak rintangan yang perlu ditempuh. Bagaimana pun saya akan terus mencuba. Bak dalam ayat Al-Insyirah (Takkan 2 kemudahan mengalahkan 1 rintangan).

    Terimakasih atas peringatan di pagi Jumaat yang mulia ni. Semoga rahmat Allah bersama IK dan keluarga.

    Wassalam.

  2. Salam IK & semua pembaca…

    Saya antara yg hadir taklimat MIBO di KL Hilton semalam bersama wife. Satu langkah yg tepat krn terlalu banyak manfaat yg diperolehi. Insya Allah saya akan contact En. Azran utk join MIBO dlm masa terdekat. Satu tawaran yg sukar dilepaskan bagi yg menghargai peluang.

    Berikut saya ingin kongsikan gambar pemangkin semangat bersama Saudara Irfan :

    http://i25.photobucket.com/albums/c54/luhur81/Aku_IK.jpg

    Sayangnya gambar bertiga saya, wife bersama IK blur. Wife saya agak terkilan. Sebagai suami mithali ๐Ÿ™‚ saya pujuk wife dgn meyakinkan dia bahawa selepas ini kita masih berpeluang bersemuka dgn IK. Apatah lagi dgn sikap ‘humble’ IK. Wife saya respek sbb IK sanggup tunggu sehingga semua peserta taklimat MIBO balik. Dia tak percaya IK antara yg terakhir meninggalkan lokasi semalam. Namun bagi saya yang ‘mengenali’ sikap IK, tiada apa yg nak dihairankan.

    Sebenarnya, secara personel banyak yg saya nak kongsi bersama IK. Insya Allah saya akan contact En. Azran utk pertemuan kita seterusnya.

    Terima kasih IK. Jumpa lagi di gelanggang Internet

  3. Seperti pepatah melayu; Kalau hendak seribu daya, kalau tak mahu seribu dalih.

    Jika banyak alasan untuk melakukan sesuatu, maksudnya anda belum bersedia lagi. ๐Ÿ˜‰

  4. Assalamualaikum untuk IK dan peminat setia…

    Betul lah apa yang ditulis oleh saudara Irfan tadi….Kita sebenarnya ada banyak choice dalam biz ni…bagus juga buat sekali je , hasilnya datang mencurah curah..macam tanam pokok la….lihat hasilnya bertahun-tahun kita perolehi….
    Oh! ya saya sempat lihat IK dalam JTL..ada bakat menari tu… boleh belajar ….kalau IK guna pendekatan residual tu…rasanya nanti boleh ajar stepnya pulak kat sini kan…ha!ha!

  5. Saya adalah salah seorang pembaca RJJIT. Saya amat tertarik dengan perniagaan ‘paten’ bahkan sebelum artikel ini disiarkan, saya sudah mendahului Irfan berfikir tentang perniagaan paten. ‘Paten’ adalah sesuatu yang perlu didaftarkan dan kalau di Malaysia, ada sebuah agensi kerajaan yang menjaga bahagian paten ini yang diletakkan di bawah KPDNHEP (Saya tak ingat apa nama agensi itu). Saya pernah bertanyakan kepada mereka soalan mengenai pendaftaran paten tidak kira sama ada paten itu dalam bentuk gambar (logo syarikat, logo organisasi atau lain-lain) atau dalam bentuk penulisan (skrip, lirik, buku, novel, kertas kerja dan lain-lain) atau lain-lain berhubung fee yang dikenakan bagi pendaftaran paten tersebut. Kalau tak silap saya bayaran fee tersebut paling kurang ialah RM700.00 bagi sesebuah pendaftaran. Saya tak pasti kalau ada badan pendaftaran paten peringkat antarabangsa. Apapun, masih ramai rakyat Malaysia yang tidak menyedari peluang di sebalik ‘paten’ yang akan menjadikan ‘duit bekerja untuk mereka’. Saya amat berharap Irfan dapat menyediakan sebuah artikel khusus tentang kepentingan ‘paten’ dalam menjana pendapatan. Sekian, terima kasih.

  6. Salam!

    Oh ye, sblm terlambat, nak ‘wish’ Happy Sifu Day pd IK. Sifu alam siber katakan. Semoga terus segar melalui hari2.

    Wassalam.

  7. Salam IK,
    Saya dah pun menjadi ahli MIBO,dan sudah menghadiri taklimat & product trainig di HQ lagi…so far, mmg banyak recurring income yang boleh buat duit berkali-kali hanya dengan satu usaha saja, dan saya memang bersemangat nak buas bisnes MIBO, ditambah dengan bisnes kecil-kecilan lain..hehhe..Hari-hari saya buka website IK ni, utk maintain momentum saya, walaupun baca post yang tahun-tahun lepas pun,semua berguna.

    So,Kalau siapa2 berminat nak sembang-sembang pasal MIBO,contact saya pun boleh..hehehe..

    haniskamis@gmail.com

    tumpang lalu ye IK…tolong promote MIBO sekali…;)

  8. Jualan Langsung atau Network Marketing pun salah satu pendapatan Residual income atau passive income juga, dah ramai yang jadi jutawan melalui perniagaan tu cuma kat malaysia ni perniagaan network marketing dah jadi virus.

  9. Salam untuk semua,

    Kalau dalam bisnes internet membership site,kalau kita jadi affiliate dan promote membership site tersebut,pastu ada orang sign up guna affiliate link kita,kita pun boleh dapat residual income tiap2 bulan.

  10. Ahahahaa..!! Quote dari Dato Dr Fadzilah Kamsah juga yg melebamkan hatiku ini.. huhuuuu…. ๐Ÿ˜€

    Tq.. tq.. tq.

    P/S;Bila ler nak p taklimat MIBO tu.. tringin jugak, tp asek terlopeh yo!
    P/P/S: Eh! Adilla, ada “Sifu Day” yer?? Bila? Tak tahu pun.. anyways, Happy Sifu Day too to Sifu.. ๐Ÿ™‚

  11. Salam!

    Saya rasa Khairul Faizi ada point. Saya pun teringin nak tahu lebih pasal ‘paten’ ni.

    Baru-baru ni ada insiden (terlihat di TV) tentang seorang pelajar di ASWARA mendakwa skripnya telah diciplak pengarah muda JANGAN PANDANG BELAKANG tu. Simpati gak masa ikuti berita di TV tu. Kalau arif pasal ‘paten’ ni mungkin dia tak diperlakukan sedemikian.

    Berita jam 8 tadi pun keluar cerita tentang MAS didakwa meniru cara iklan AIR ASIA (dr segi tektik pemasaran dan cara juga warna logo yang digunakan). Jadi isu lah pulak.

    Setuju tentang idea ‘artikel’ tu. Kalau tak keberatan.

    Ha,ha,ha imrnze perkataan Happy Sifu Day dah dipatenkan tau. So x boleh suka-suka guna. Tak takut kena saman ke??. Just joking!!!

    Wassalam

  12. Salam kekayaan,

    Jika ingin memperolehi residual income..pastikan anda melabur dulu dalam ilmu pengetahuan seperti membeli dan membaca buku(ramai yang beli buku, tapi tak ramai yang habis membacanya), menghadiri seminar dan membeli & mendengar pita rakaman(kaset,cd,vcd,dvd) dan sebagainya.

    Ini kerana anda hanya beli sekali sahaja, tetapi dengan ilmu yang anda perolehi ianya mungkin boleh menjana pendapatan residual kepada anda..

    THINKERICH

  13. Assalamualaikum,

    Residual income melalui ebook dengan kos start up yang rendah and mudah pun dipasarkan. Tertarik nak tulis ebook and InsyAllah sebulan dua lagi, saya nak release ebook saya yang pertama “Have you done a mistake in your resume?”. Bukan saya nak promote kat sini, tapi point saya ialah ebook ialah salah satu source of residual income.

    Betul tak IK?

    http://www.resumeweassist.com
    Tips for effective career marketing

  14. Salam Irfan & all…

    Nak dapatkan residual income… tips dari Irfan tu dah cukup padat dan mantap dah. Macam saya sendiri, ada tulis buku (DETIK KELAHIRAN SI PERMATA HATI, PTS Millenia). Setakat ni baru satu. Another manuscript dah hantar kat publisher. Alhamdulillah… kdg2 tu nak tulis buku senang, tapi nak diterbitkan tu, mcm2 halangan. Kadang tu ambik masa setahun dua! So, banyak2 bersabar dan jgn putus asa… klu satu publisher reject, pegi pada yg lain. Usaha… usaha… dan teruskan usaha…

    Macam Irfan kata… tak boleh nyanyi, tulis buku… banyak lagi cara nak dptkan residual income. “Nak 1000 daya, taknak 1000 dalih”. Kita kena think positive, dan hapuskan “artificial boundries” (alasan2 yg kita sendiri create) yg selalunya bermula dgn minda kita sendiri. Contohnya: “Ala… aku dah tua nak belajar main gitar, masa pulak tak ada..” Padahal… dok ngadap TV, tgk movie lps satu, satu… ada pulak masa.

    So, tepuk dada, tanya hati sendiri!

  15. Lupa nak tambah… Irfan, menari mmg not for you, ๐Ÿ˜‰ Saya tengok Jangan Tidur Lagi malam tu… kena ngan Kak Ogy dan Adlin yg gila2… habislah! Irfan Khairi pun terpaksa la menari… w’pun memula tu malu. Anyway, Irfan mmg sporting!

  16. salam,

    ringkas & padat!

    saya amat2 setuju dgn cadangan tulis buku, IK juga pernah katakan “tulis buku guna bahasa santai, tak perlulah formal sangat”

    saya juga menulis buku, dan saya dapatkan khidmat editor utk meng’edit’ buku saya..
    memanglah kita kena bayar editor tu, tapi hanya sekali

    kesimpulannya; apapun yang kita lakukan mesti ada kesungguhan yang tinggi, kejayaan pasti menunggu kita ; )

  17. Salam alaykum IK dan rakan-rakan.

    Merujuk kepada respon adilla mengenai pelahar ASWARA itu, bukan isu Paten tetapi isu HAKCIPTA.

    Paten dan Hakcipta adalah dua perkara berbeza.

    Saya beri contoh mudah, segala respon dalam entri ini adalah hakmilik penulis asalnya. Jika saya salin bulat-bulat respon dalam entri ini tanpa memberitahu dari mana sumber, saya dikategori sebagai Mencuri Hakcipta.

    Samalah juga halnya, untuk lagu dan gambar sekalipun.

    Sekarang ini semua orang kena berhati-hati apabila mengambil mana-mana gambar untuk tujuan komersial seperti tulis buku dan seumpamanya.

    Saya ada tulis mengenai kumpulan yang mencari individu-invidu untuk disaman, khusunya penerbit-penerbit besar. Kerjanya kumpul seberapa banyak kesalahan hakcipta dan minta ganti rugi. Jadi mereka akan dapat komisen daripada tindakan itu.

    Klik

    http://motivasiminda.wordpress.com/2008/04/12/khabar-buruk-kepada-semua-penulis-komersial-di-malaysia/

    Berkenaan menulis sebagai pendapatan residual. Saya bersetuju dengan pandangan IK. Khususnya dalam dunia penulis buku.

    Buat sekali makan berkali-kali adalah pendapatan daripada menulis buku

    Buat sekali makan sekali adalah pendapatan menulis di majalah, akhbar dan internet.

    Kedua-duanya sama penting.

    Berkongsi pengalaman kecil saya sebagai penulis buku dan penulis bebas sepenuh masa.

    Dalam pepatah Tamil ada menyebut, sepohon getah tidak akan jadi satu estet.

    Yakni jika benar-benar hendak menjadi penulis sepenuh masa (khusunya di Malaysia), jangan hanya dengan sebuah buku, hasilkan banyak buku.

    Lebih cepat tulis buku dalam bidang yang sama.

    ——————————————–

    ZAMRI MOHAMAD

    http://www.terbitbukusendiri.wordpress.com

  18. salam cuti,

    for your info: patent lain, copyright lain, licensing lain… ๐Ÿ˜‰ insyaallah kalau ada rezeki saya boleh jelaskan satu hari nanti

    Zamri > kenapa pula “khabar buruk”? kan berita baik tu… ๐Ÿ™‚

  19. salam..saya confuse ckit n nk tnye ckit..if nk buat cam motivasi or something like that adakah boleh melalui perniagaan internet?dan bagaimana?harap dapat tlg jelaskan pada saya…tq =)

  20. Assalamualaikum!

    Wah! untuk saya (yg tidak arif ni) topic ni makin intresting pulak. Maklumlah benda yg dengar sekali macam sama tapi sebenarnya tak serupa.

    Mr. Zamri I really appreciate your explanation. Nampak sangat saya ni tak fasih dengan dunia penulisan ni. Beza saya dan anda ibarat langit dan bumi. Jadi, saya suka nak ungkapkan pantun ni ‘saya budak nak mula belajar, kalau salah harap sudi tunjukkan’. Nampaknya saya kena lebih banyak membaca dan mencari tahu tentang hal-hal penulisan dan penerbitan sekaligus hal-hal berbangkit dari keduanya.

    Hah! yelah IK, kalau dapat clearified mengikut pemahaman yg ada pd IK, bagus jugak tu. Just wait for that day!. Insyaallah.

    Wassalam.

  21. Betul tu.. Banyak cara untuk dapat pendapatan pasif..
    Sebagai contoh jutawan MLM..
    Pendapatan berjalan walaupun tanpa perlu menjual produk dengan banyak..
    Sekarang ni prepaid pun boleh jadi pendapatan pasif sebab menggunakan konsep MLM tu..

    walau apa pun usaha tangga kejayaan.. Saya tiada bakat dalam menyanyi.
    Tapi insyallah saya akan cuba menulis…
    Semoga motivasiย IK akan memberi kekuatan kepada saya…

  22. รขโ‚ฌOrang lain buat duit, kita buat alasan!…then kita sibuk cari pulak orang punya salah, orang lain punya slack…tapi diri sendiri tak maju-maju pun!รขโ‚ฌย ๐Ÿ™„

    ~ Who Eat cili they feel hot ~ ๐Ÿ˜ˆ

  23. Alhamdulillah saya baca artikel post IK kali ini. Tercetus pula idea nak menulis buku sendiri. Semoga Allah murahkan dan memberkati rezeki IK sepanjang hayat.

  24. Terima kasih saudara Irfan atas respon anda mengenai patent, copyright and licensing. Saya berharap akan ada artikel mengenainya khususnya bagaimana mereka boleh mendaftarkan paten/hakcipta/trademark sama ada di peringkat domestik (Malaysia) dan di peringkat antarabangsa dan bagaimana tindakan undang2 terhadap perkara tersebut akan membawa ‘profit’ kepada mereka dalam erti kata lain ‘duit bekerja untuk mereka’.

    Kesedaran mengenai patent/copyright/trademark di negara kita masih rendah kalau nak bandingkan dengan developed nation. Saya amat berharap akan ada artikel mengenainya. ๐Ÿ™‚

  25. Cik Adilla, tidak apa. Saya pun mula-mula tidak tahu. Kita semua sama-sama belajar.

    IK, khabar buruk itu saya maksudkan adanya golongan opportunis yang mengambil peluang atas ketidak tahuan orang lain

    Biasanya ramai penulis tidak tahu undang-undang hakcipta melainkan penerbit memaklumkan kepada mereka apa yang boleh dan tidak boleh.

    Tetapi penerbit majalah atau buku pun ada yang lakukan, contohnya mengambil gambar selebriti luar negara dan diletak dalam buku.

    Soalnya, adalah mendapat kebenaran bertulis mengambil gambar itu dari sumber sebenar?

    Di luar negara, memang isu hakcipta ini gila-gila menakutkan penerbitkan. Keraana penerbit ada yang membayar agensi swasta bagi melihat mana-mana pelanggaran hakcipta oleh individu atau syarikat lain.

    Apa pun perkara ini hendaklah tidak ditakuti dan menjadikan orang tidak mahu menulis. Cukup mengetahui panduan hakcipta, segala-galanya lancar. ๐Ÿ˜€

    ——————————————–

    ZAMRI MOHAMAD

    http://www.terbitbukusendiri.wordpress.com

  26. Salam…
    Kursus MIBO seblah utara tak der ker??
    Nampak cam menarik….
    Saya ada juga nulis tentang cita kanak2..tapi utk dibaca pada anak2 sajala……
    nak buat buku tak tahu procedure…..

  27. Salam!

    Confuse! (bukan ajaran conficious ye)? Maju atau tidak dinilai dari sudut wang/material sahaje ke?

    Lepas ni kena belilah satu ‘mesin cetak duit’. So pasti tak de alasan lagi….. Ye ke?

    This is joke specially design for ‘Wesak Day’…….

    Wassalam.

  28. assalamualaikum pada IK dan anda semua…

    Dalam keadaan ekonomi yg agak meleset ini kita memang patut untuk cetak duit….sebagai salah seorang MIBO,saya memang nampak peluang ini dengan ‘free risk’..memang pada permulaannya anda yang kurang arif dengan kehendak pasaran akan lambat dapat pulangan tetapi sekiranya anda lebih maklum dengan kehendak pasaran di sekeliling anda ianya cepat sahaja…silap-silap macam orang bela toyol ajer…tiap-tiap wang masuk dalam poket anda..

    Sesiapa yang share komen /cadangan boleh kunjungi blog saya:

    http://mariamazlan.blogspot.com

  29. Hai Assalammualakum IK
    saya dari brunei,seorang yang ikut krusus motivasi kerjaya 2008, saya sangat tertarik tentang ceramah yang awak bagi,so mudah-mudahan dengan pengelaman awak berikan dapat menguatkan semangat saya untuk berjaya amin….
    so thank for everthing….

Leave a Reply

Your email address will not be published.