Tip saya di segmen WW-bersama Irfan Khairi di Astro Awani hari ini, saya berbincang mengenai “Pencen tak Berduit”.

Baru-baru ini, laporan dalam Utusan Malaysia mengatakan bahawa purata caruman KWSP untuk pencarum adalah RM114,000 seorang selepas mereka pencen. Apaka maksud ini?

  • Secara purata, mengikut jangka hayat 55-75 tahun, pencarum hanya menerima RM475 sebulan!
  • RM475 sebulan adalah dibawah paras kemiskinan di Semenanjung Malaysia iaitu RM530
  • Sekiranya pencarum melakukan pengeluaran KWSP awal, jumlah ini akan berkurang lagi dan merumitkan kos sara hidup mereka yang pencen!

Jadi apa perlu anda buat?

  • Jangan 100% mengharapkan simpanan KWSP sahaja. Anda perlu menyimpan juga sendiri!
  • Pengeluaran awal KWSP adalah “last resort” sekiranya mesti keluarkan wang sahaja!
  • Mulakan perniagaan atau mula melabur supaya kewangan masa depan kita lebih terjamin :)

Mudahan kita tidak pencen tak berduit. Matlamat kita adalah untuk “Retire Rich, Retire Young!”

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Lain orang, lain cara motivasi
  • Apa yang memotivasikan anda?
  • Duit sen vs duit kertas
  • 9/10 rezeki dan perniagaan Internet