Hari ini di WW “Wanita & Wang” Astro Awani saya menjemput Abang Abu (ikon Mentor Jutawan) untuk membincangkan mengenai “kos/perbelanjaan membesarkan anak” bersama pengacara, Dangsuria, Linawati & Zul (baru!)- kini WW sudah berformat baru, bukan lagi one-on-one interview, tetapi perbincangan 360 darjah- which is great!. Episod kali ini, keseluruhannya membincangkan topik berkenaan.

 

all.jpg
Set baru & konsep baru WW, “Wanita & Wang”, Astro Awani

 

Quite an interesting topik, dan saya nak bawa perbincangan ke sini kerana saya rasa amat bermanfaat topik ini diperbincangkan- especially untuk yang sudah mempunyai cahaya mata, terutamanya dalam keadaan harga-harga yang naik.

  • Adakah mahal perbelanjaan membesarkan anak? Apakah antaranya perbelanjaannya?
  • Perbelanjaan membesarkan anak paling tinggi adalah dalam “pendidikan”. Apakah langkah-langkah anda?
  • Apakah tips-tips dalam mengurangkan beban dalam perbelanjaan membesarkan anak?

 

ik.jpg
IK suka dengan konsep baru!

 

aa.jpg
Abang Abu, ikon Mentor Jutawan

Saya & Abang Abu memberi pendapat yang sama iaitu untuk menanam sikap mendidik anak-anak mengenai wang pada usia muda. Kerana pada usia muda, anak-anak lagi mudah tangkap isu mengenai wang kalau ianya diperbincangkan. Cuma, masalahnya, ibubapa kurang bincangkan wang dengan anak-anak mereka… so, daripada persoalan di atas, macam mana nak menangani ini juga?

Mari bincang!… oh ya, tip-tip dan pendapat dari abang2 & kakak2 yang dah senior (anak2 dah besar) pun highly appreciated! :)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Bersihkan pendapatan perniagaan Internet
  • Parkinson’s Law dalam kewangan
  • Untung perniagaan tidak berganjak
  • Erti financially free… kewangan mandiri