Psikologi kewangan- belanja lebih dari pendapatan

kewanagn_problem.jpg

Kekayaan bukan maksudnya berapa banyak pendapatan kita, tetapi, berapa banyak kita boleh simpan. Ada yang berpendapatan tinggi, tapi, belanja pun turut tinggi. Malah sebahagian pula berbelanja lebih daripada pendapatan.

Prinsip ini dikenali sebagai Parkinson’s Law. Bermaksud, lagi tinggi pendapatan kita, secara pcychologynya lagi tinggi kehendak kita dan lagi tinggi perbelanjaan kita. Last-last, sama juga, masih kita tak dapat menyimpan.

Cara mengelakkan masalah kewangan adalah dengan sengaja kita melawan Parkinson’s Law ni, dengan will power yang ada dalam diri kita sendiri.

Semalam sesi saya di Hujung Minggu Malaysia, TV1 (7.30am), satu tip mudah dari pemanggil berbunyi…

Ukur baju pada badan sendiri. Kalau kita size M, takkan beli baju size XXL pula… jangan ikut seperti Biar papa asal bergaya.

Konsep untuk tidak terjerumus dalam masalah kewangan sememangnya mudah. Iaitu, jangan biarkan perbelanjaan lebih daripada pendapatan. Kalau kita boleh lakukan ini, maka, kita telah melawan Parkinson’s Law.

Kongsikan pendapat anda atau petua bagaimana kita hendak mengelakkan daripada Parkinson’s Law?

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

46 thoughts on “Psikologi kewangan- belanja lebih dari pendapatan

  1. Salam…
    berbelanja lebih daripada pendapatan.
    ini mungkin kerana kita menjangka kita akan mendapat wang yang lebih dari mana-mana sumber yang baru hendak dimulakan dan diusahakan, ataupun yang masih belum pasti bila akan diperolehi..
    apatah lagi bila kad kredit banyak dalam tangan.. asyik cek baki je berapa boleh guna lagi..
    dalam lagu Dr Alban berjudul ‘It’s My LIfe’ ada di sebut.. “Little Money Is Dangerous…”
    Jadi mari sama-sama berusaha memperbanyakkan nilai simpanan..

  2. Menarik dengan istilah Parkinsonรขโ‚ฌโ„ขs Law ni. Lagi satu istilah yang sering digunakan ” makin besar periuk makin banyaklah keraknya”.

  3. Itu memang hakikat orang kita belanja lebih dari pendapatan…bak kata pepatah “biar papa asal bergaya”. Bagi saya ukur baju dibadan sendiri…berbelanjalah apa yang patut seperti keperluan asas. Kalau nak ikutkan kehendak memang sampai bila2 pun takkan puas dan cukup. Berbelanjalah ikut kemampuan. Ingat membazir itu amalan syaitan!!

  4. Saya masih teringat tips saudara IK mengenai tabiat menyimpan 10% dari pendapatan. Ini juga boleh menangani Parkinson’s Law. Saya banyak belajar dari blog IK.
    Terima kasih.

  5. patut la tiap2 bulan rase cam tk cukup je memanjang duit ni….saya rase utk mengelakkan mende ni terjadi kita kena kurang perbelanjaan terhadap kehendak….sbg contoh..kereta baru…beg tangan baru…dll…just guna untuk perbelanjaan keperluan sahaja….tq

  6. Bercakap memanglah mudah…..
    realitinya ramai yg tewas dgn nafsu sendiri lebih2 lagi adanya kredit kad yg menggalakkan lebih byk hutang lg.

    Aduhai dunia dunia…..

  7. Salam, sempat juga saya menonton SPM semalam…macam saya sukar mengawal perbelanjaan kerana banyak di luar jangkaan, mula2 ada menyimpan tapi apabila perbelanjaan bertambah kena cari pendapatan sampingan untuk menampung perbelanjaan harian. Rasanya apabila mencapai financial freedom, barulah dapat mencapai time freedom…;)

  8. saya sangat setuju dengan artikel hari ini. Ramai kawan saya yang bekerja tidak sedar tentang hal ini.Membeli liabiliti yang disangkakan aset. ๐Ÿ™‚

  9. Pada pendapat saya, lebih baik amalkan sikap menabung terlebih dahulu. Simpan 30% daripada wang yang ada dan selebihnya untuk berbelanja terutamanya dalam mencari ilmu.

  10. Jihad terbesar adalah jihad melawan nafsu..memang diri sendiri yang kena sedar..orang lain cuma boleh nasihat dan berdoa untuk kita je..harap-harap jangan sampai dah terhantuk baru nak terngadah..masa tu banyaklah nanti pokok ‘kalau’ tumbuh..

  11. ~ duit poket tak cukup tak appa.. biar papa asalkan bergaya ~

    Selalunya kalau nak ngorat ker.. nak belagak ngan kengkawan ker.. nak lebih ker.. mesti nak bergaya.. tapi terlupa plak duit poket tak cukup.. huuuuuuhhh..

    p/s: cam pengalaman sendiri jer..

    ============================================

    AlhamdulilLah.. masa gaji 4 angka.. jarang beringat nak berjimat..

    Bila gaji 3 angka, tambah gawat ekonomi nih.. baru nak menyimpan..

    Hmmm… AlhamdulilLah..

    Biar sedikit TAPI ada keberkatan, dari banyak TAPI melalaikan..

    Wallahua’am

  12. berbelanja banyak adalah hak individu,ia boleh di halang sekiranya kita mengarahkan diri kita daripada berbelanja.

  13. Ramai orang mahu tunjuk kekayaan mereka.Itu yang terus beli merc bila mula2 dapat pinjaman perniagaan…walaupun bisnes belum bermula.

  14. salam,
    bagi saya sebelum pape pun, dapat gaji, simpan dulu baru belanja…saya setuju dgn ketepikan 30% drpada pendapatan….and kalau kita aim sesuatu barang, jangan beli sekaligus dengan duit yg ada simpan sedikit-sedikit dalam 2,3 bulan kemudian baru beli…
    Blog IK byk membantu saya membuat keputusan daripada pembacaan…

  15. Salam IK,

    Sy sempat menontong rancangan Hujung Minggu Malaysia mengenai kad kredit tu.. Sy tertarik dengan idea IK bagaimana caranya kita dapat hapuskan hutang kad kredit sedikit demi sedikit dengan teknik fokus.

    Mengenai Parkinson Law ni, bagi sy pengurusan kewangan paling penting. Kena buat bajet ikut keperluan, bukan ikut hawa nafsu. Tapi benda ni cakap je senang, nak implementnya amat susah dan perlukan komitmen tinggi..

  16. Salam irfan….sekarang saya dah praktik kan dan control perbelanjaan….hasilnya alhamdulillah,sekarang saya dah ada simpanan…

  17. beberapa perkara boleh diikuti:
    1. senaraikan perkara yang perlu berbelanja sahaja
    2. belanja ikut keperluan bukan ikut nafsu
    3. tanamkan dalam minda supaya setiap hari ada bajet sendiri..jangan terlebih-lebih…
    4. buat simpanan dahulu sebelum berbelanja..jgn ambil duit simpanan tu kecuali kecemasan

    setiap perbelanjaan bergantung kpd diri masing-masing…kena bijak mengawal perbelanjaan setiap hari…

  18. Dalam konsep penyimpanan duit, saya lebih suka buka akaun bank seberapa banyak yang boleh. Katakan kita boleh menyimpan sebulan RM200. Maka bahagikan duit tu dengan semua bank yang kita telah daftar.

    Dari situ mulalah “sikit-sikit, lama-lama jadi bukit”

  19. Salam semua. Lama betul tak tulis ni..Betul juga cakap Pakcik Hussein & drinspirasi. Kita tengok orang pakai kereta model baru kita pun teringin nak pakai, termasuklah saya, pada hal kereta masih lagi baru. Tapi bila check and balance tak jadi lah ambik sebab banyak betul nak kena bayar termasuk bil2. Kalau saya ikut ckp Sdr.Irfan dari dulu dah kaya sekarang. Kata orang biar susah dulu, tapi senang kemudian. Caranya ikat perut sikit dan simpan banyak-banyak. Dalam 5 tahun tengok saving kita. Wow! Meantime, kita beli apa yang patut sahaja. Bye.

  20. salah satu petua jgn bawak atau sesekali berbelanja guna kredit kad. Sebab jika guna kredit kad kita tak rasa sangat perbelanjaan tu dah terover.

    Tapi jika guna CASH confirm rasa sangat sayang bila nengok wallet makin lama makin nipis….jadi kita akan berbelanja ikut keperluan jer… ๐Ÿ˜€

  21. Salam semua,

    Saya mendengar istilah parkinson’s law pertama kali daripada pakar motivasi dan bisnes iaitu brian tracy.

    Salah satu tip yang beliau berikan ialah untuk berjaya kita perlu sebaik mungkin mengelak daripada penyakit ini dan caranya ialah dengan ‘pay yourself first’.

  22. Salam,

    Saya Alhamdulillah menggunakan teknik OD dan juga guna kad kredit tapi bayar penuh pada due date, sambil tu dapat lagi point kad kredit dan gunakan point.

  23. Kadang2 nak memenuhi keperluan hidup pun tak cukup…

    Zaman semakin mencabar… Wang bukanlah segalanya tapi segala-galanya memerlukan wang

  24. tapi keinginan untuk memiliki sesuatu yg didamkan perlu juga diambil kira.kita perlu berusaha keras untuk mencapai sesuatu yang kita idam dan impikan itu bagi saya itu penting.alhamdullilah dengan usaha yang berterusan saya mencapai sesuatu yang saya impikan dari kecil lagi.ukur baju badan sendiri yang penting apa yang diimpikan perlu dicapai dengan usaha yang berterusan.tq

  25. Asslamualaikum IK,
    Setuju benar dengan pendapat IK bahawa Kekayaan bukan maksudnya berapa banyak pendapatan kita, tetapi, berapa banyak kita boleh simpan. Dalam banyak-banyak buku saya ada terbaca kaedah yang disarankan oleh pakar kewanagan Di M’sia siapa lagi kalau bukan Azizi Ali. Beliau menyarakan beberapa tips/rahsia kekayaan dan kebahagian(dalam buku Jutawan Dari Planet Jupiter) yang boleh diguna pakai dalam menguruskan pendapatan & perbelanjaan harian kita. Antaranya ialah:
    1.Hidup mengikut kemampuan
    2.Utamakan Keluhuran
    3.Nikmati apa yang ada
    4.Usah beli aksesori kereta
    5.Ubah suai rumah dengan bijak
    6.Beli kurang daripada ara yang termampu
    7.Gunakan Kad Kredit dengan bijak
    8.Beli barang yang bermutu
    9.Jangan buru fesyen
    10.Jangan buru aksesori
    11.Kurang panggilan Telepon
    12.Beli semasa kenyang
    13.Pilih kelengkapan diri yang lebih murah
    14.Pilih senaman yang termampu
    15.Elakan pesanan mel televisyen
    16.Gunakan kemudahan perbankan internet.

    9 sebab mengapa kita terlalu banyak berbelanja:
    1.Pengaruh Iklan
    2.Tidak Insaf
    3.Memberikan ganjaran kepada diri sendiri
    4.Terlalu mudah mendapat kredit
    5.Berbelanja memang menyeronokkan
    6.Menandingi orang lain
    7.Tekanan rakan sebaya
    8.Hidup diambang teknologi
    9.Perniagaan semakin terampil

    Saya ingin berkongsi Tips yang saya gunakan dan mungkin cara terbaik untuk menyimpan adalah dengan membuat potongan dari sumber, iaitu sebelum ia jatuh ketangan kita. Kita boleh melakukannya dengan membuat perjanjian dengan majikan/bank untuk memotong 10% atau lebih secara automatik kedalam akaun simpanan yang berasingan. Dengan menggunakan ciri simpanan automatik ini, kita tidak perlu bimbang jika tidak dapat menyimpan secara tekal. Bak kata Azizi Ali” Jalan untuk memjadi kaya bermula dengan menyimpan secara tekal”. Dari saat itu saya pengang akan kata-kata beliau. Mungkin anda juga boleh mengikut langkah saya ini …

    Shamsul
    http://www.kilauankerongsang.com
    http://www.mentorjutawanebook.com
    http://www.rahsiastormreaders.com

    ps: saya dah cuba memang berbaloi …

  26. Salam Hebat ๐Ÿ˜‰

    Baru pertama kali dengar istilah tu hu hu kena banyak membaca lagi ni. Kalo bab kewangan ni saya suka apa yang dijarkan oleh T.Harv Eker dalam buku millioner minds dan saya penah pegi preview beliau di mines dulu..konsep 7 tabung yang dia ajar tu memang best so kita dah tak perlu risau lagi tentang over spending dan sebagainya semua dah cukup siap boleh menderma lagi…

  27. Salam,

    Paling penting tu ‘ukur baju badan sendiri’. Berbelanja ikut keperluan banyak faedahnya. Banyak duit yang boleh kita simpan.

    Jika kita berbelanja ikut kemahuan,nanti tiap hujung bulan tunggu gaji, hujung bulan korek sana-sini.

    Pentingnya kawal nafsu berbelanja. Periuk besar pastikan keraknya semakain kecil. ๐Ÿ™‚

  28. Biar sedikit asalkan berkat. Ini juga boleh dipraktikkan krn ia salah 1 drpd ajaran ISLAM. Jika pendapatan kecik, berbelanja juga perlu lebih kecik drpd tu. So bila dpt sesuatu yg tak sama nilai dari segi harga dan kualiti berbanding org lain, bersyukurlah krn masih dikurniakan rezeki biarpun sedikit. Maka, dengan itu akan ditambahkan-Nya lagi rezeki buat mereka yg bersyukur…InsyaAllah..

  29. kalau duit masuk banyak, tapi keluar pun banyak, itu bermaksud kebocoran wang……….salah satu cara yang saya belajar dari dr azizan adalah dengan membuka akaun emas………sebab kita akan rasa kaya (feel good)……..maka kekayaan itu akan bertambah…….cubalah!

  30. Apa yg saya lakukan adalha..

    Buat potongan gaji terus. Bermaksud kita dah tetap kena walau kita terlupa. Dari situ kita akan menyimpan dahulu baru berbelanja..

  31. Ada orang gaji RM 8000, kalau ikutkan beliau mampu beli kereta civic 2.0 dan bayar RM 1200 sebulan. Campur kos minyak RM 300, pun beliau masih mampu.

    Tapi, kereta yg beliau beli hanyalah Proton Persona dengan bayaran RM 750 sebulan, dan kos munyak RM 300, total RM 1050 sebulan. 1/8 dari total gaji beliau ataupun tak lebih dari 15% dari gaji bulanan beliau.

    Ini adalah satu konsep UNDER SPENDING…which is good for your financial health..

  32. Kita terlalu banyak menghabiskan wang gaji dengan membeli kereta. Contohnya kita kata kita mampu beli Honda Civic berharga RM118K dengan berhutang dengan bank selama 9 tahun, tetapi kita tak fikirkan soal bunga atau riba yang perlu dibayar selama 9 tahun tersebut. Akhirnya kereta berharga RM118K menjadi RM160K termasuk bunga yang mana sebenarnya kita memang tak mampu nak beli Honda Civic tersebut.
    Jadi kita perlu ambil kira harga kereta termasuk bunga jika nak berhutang beli kereta. Mungkin jika kita kata kita mampu beli Honda Civic, tetapi sebenarnya kita hanya mampu pakai Proton Saga SE.

  33. Gunakan ilmu 10 keping wang emas..

    Anda ada 10 keping wang emas. Simpan 1 keping dan boleh belanjakan 9 keping lagi untuk kehidupan seharian.. tak susahkan? 1 keping simpan & 9 keping dibelanjakan..

    Secara matematik, 1 per 10 keping = 10 %.

    Jadi jangan beli kereta mewah & rumah besar2 jika bayaran bulanan menyebabkan tuan/puan tak dapat menyimpan 10% dari pendapatan tuan/puan… Simpan 10% gaji bulanan sehingga dapat mencapai Dana Rizab @ min 3 bulan gaji bulanan berjaya disimpan..(6 bulan ok juga). Dana rizab 3 @ 6 bulan gaji ini juga akan menghasilkan dividen simpanan dan mengelakkan tuan/puan menggunakan kad kredit untuk cash advance (interest tinggi).. Oh ya.. jika dah cukup dana rizab, teruskan simpan 10 % itu untuk modal perniagaan suatu hari nanti. Saya gembira di atas KEJAYAAN tuan/puan suatu hari nanti!

  34. Irfan,
    Saya setuju dengan istilah ukur baju dibadan sendiri, tetapi kite perlu sedar bahawa kos hidup sekarang semakin meningkat dan gaji bekerja tidak mampu untuk menyara kehidupan. Satau ayat..`Bagaimana nak jimat sesuatu yg tidak cukup?’ jwpannya mesti buka Plan B kan? mesti berniaga secara part time krn bekerja makan gaji takkan jadikan kita kaya..

  35. Syukur.. gaji saya cukup untuk menyara kehidupan, tapi benar saya ada jumpa orang yang gaji tak cukup untuk belanja perlu.. jadi kena kena tambah zon serangan – berniaga contohnya, bila dah berjaya, jangan lupa zon pertahanan contohnya menahan dari membeli barangan mewah… kalau banyak tumpu kat serangan saja tapi tiada pertahanan, akhirnya…

  36. Mula2 menabung sy guna sistem envelope.. Mkn..shopping..hiburan… Kecemasan dll.. Tapi blm sampai hujung bulan sampul dah kosong.. Lepas tu sy ubah strategi pulak.. Campurkan semua jumlah tu bahagi 4.. Kira mcm gaji minggu la.. Tiap hari isnin sy dpt gaji.. Selagi belum hari isnin tak boleh keluarkan duit.. Inilah teknik mengelakkan sy terover spend

Leave a Reply

Your email address will not be published.