Wed 19 Sep 2007
Seringkali dalam buku kewangan menyeru kita untuk simpan 10% daripada pendapatan kita. Konsep “Pay yourself first!”
Adakah anda melakukan ini?
Konsep ini pada mulanya datang dari buku klasik The Richest Man in Babylon, yang mengatakan untuk simpan apa sahaja pendapatn harta kita 1/10 bahagian. Zaman kini, kita gunakan 10%.
Bagi mereka yang tidak melakukan ini, lakukan sekarang oleh kerana ia akan membawa anda kepada bebas kewangan dalam tahun-tahun akan datang. Bagi mereka yang tidak melakukan ini, mungkin selama ini terasa, hendak simpan 10% daripada pendapatan amat sukar. Sebab hujung bulan, memang habis semua duit, tak sempat menyimpan pun!
Jadi bagaimana?
Mudah sahaja, sekiranya anda tidak mampu menyimpan 10% dari pendapatan bulanan anda, mula pada 1% sahaja. Sekiranya pendapatan RM2,000, simpan RM20 sahaja. Takkan simpan RM20 tak boleh?
![]()
Sebulan dua kemudian, bila anda sudah selesa dengan menyimpan 1%, naikkan kepada 2%. Menjadi RM40 sebulan. Teruskan sehingga 3%… 4%… berbulan-bulan yang akan datang. Dengan cara ini, dalam 1 tahun, anda akan rasa selesa menyimpan 10% daripada pendapatan anda.
Sekiranya tidak boleh menyimpan 10% kerana terasa amat sukar, tidak mengapa, mulakan dengan 1% sahaja dulu. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!
Ingat, pay yourself first. Maksudnya, dapat gaji, terus simpankan % tu terlebih dahulu. Kemudian, baki, baru gunakan untuk bayaran2 tanggungan hidup
![]()
Esok saya akan ceritakan bagaimana hendak melipatkali gandakan simpanan anda!
ps: Sedar-sedar Cd Audio Motivasi saya “Wang & Anda” sudah berada di pasaran! Saya pun tak perasan ianya sudah berada di pasaran sejak minggu lepas. Hari ini saya mendapat panggilan mengatakan sudah OUT OF STOCK!
Print pertama kami hanya print 500 sahaja… kesemuanya SUDAH HABIS dikedai dan kini, kami sedang print lagi! Wah… memang tak sangka begitu cepat habis sehingga kami sendiri tak sempat nak jual online
Terima kasih atas sokongan anda!
Pendapat Anda?
Tip Satu Minit yang berkaitan:

September 19th, 2007 at 1:51 pm
Kadang-kadang kita berjaya menyimpan untuk diri kita sendiri, tak kisah la berapa % yang kita simpan,malah ada kalanya melebihi 10%.Tetapi wang simpanan kita itu tak mampu bertahan lama,akan ada saja aktiviti ‘pecah tabung’ untuk membeli barangan yang kita inginkan.Bagaimana cara hendak memastikan proses simpanan ini tidak gagal?
September 19th, 2007 at 3:21 pm
بسم آلله آلر حمن آلر حيم
السّلام عليكم و رحمة الله
Seperti kita sedia maklum 9/10 pendapatan adalah dari menjalankan perniagaan dan mungkin 1/10 lagi adalah dari simpanan kita sendiri.
Walaupun berniaga sendiri kita kena juga bayar gaji pada diri sendiri “Pay yourself first!”
seperti yang Doc. sarankan 10% dari pendapatan kita.
TQ Irfan
September 19th, 2007 at 3:40 pm
Simpan rasanya boleh..tapi disiplin tu yang susah… kadang-kadang dah simpan boleh keluarkan balik.Kalau pakai tabung buluh tu boleh korek balik.Kalau pakai tabung gajah tu pecahkan pulak. Camner kalau keadaan camtu ?
Dapat gaji simpan di Bank A,hujung bulan tak cukup duit ambil balik di Bank A.At last,takde saving dan balik seperti biasa..
September 19th, 2007 at 4:34 pm
Tahukah anda kita mesti ada simpanan sekurang2nya 3 kali ganda daripada pendapatan kita untuk kes2 kecemasan yang memerlukan duit dengan segera cth kereta rosak…
September 19th, 2007 at 5:58 pm
assalamualaikum..
thanks , tips hari ni memang bguna untuk saya..tapi, sedih jgak tak sempat nak beli CD (dah out of stock..)
saya akan nntikan, n beli online..jgn takde - miz lynx
“usahawan pilihan kerjaya”
September 19th, 2007 at 6:15 pm
Salam kasih sayang,
Betul kata pd awalnya apa pun yg kita tak biasa memang sukar, tapi kita tidak ada pilihan lain kerana itulah ‘formula jutawan’. Saya cadangkan buat ‘pinjaman ASB’, ansuran jangka panjang 20 tahun, kita hanya perlu susah setahun, lepas tu ‘follow formula jutawan’ untuk seterusnya. Apa pendapat ?..
Semoga diberkati. Amin…
September 19th, 2007 at 7:40 pm
slmt mlm semua,
kalau nak simpan kena lah simpan betul2…
kalau simpan keluarkan balik baik simpan di tabung je senang…hehe… tak payah pergi bank keluar kan…hehe…
gurau je tu…
dalam nak buat simpanan kita mestilah berdisiplin… kalau tidak sia2 simpanan kita tu… macam ckp, kalau tak dapat simpan 10%, simpanlah 1% dulu untuk belajar buat simpanan…
saya sendiri pun simpan 5% je…
September 19th, 2007 at 8:14 pm
Sebenarnya betul apa yang han kata. kalau simpan, kemudian keluar balik untuk beli barang, itu bukannya nama “simpan”…
ia hanya meletakkan duit ke tepi untuk digunakan semula.
Kalau “simpan” maksudnya, jangan lagi diusik… sebab itu kalau tak boleh, mula pada 1%
September 19th, 2007 at 8:50 pm
bagi saya cari pelan yang susah untuk dikeluarkan seperti unit trust. kalau simpan di bank, tambah2 lagi yang menggunakan ATM kad memang tak sampai ujung bulan pun dah ambil balik.
September 19th, 2007 at 10:50 pm
assalamualaikum..
perlu penegasan!!!
Kalau “simpan” maksudnya, jangan lagi diusik..
miz lynx
September 20th, 2007 at 7:58 am
Pada pendapat saya, saya lagi faktor menggalakkan kita menyimpan adalah target untuk pembelian sesuatu produk yang mahal. Target itu kita letakkan pada satu jangka masa yang agak panjang misalnya 5 tahun. Bila sampai masanya mungkin kita akan rasa sayang pulak nak membelanja wang itu.
:)
September 20th, 2007 at 9:48 am
Assalamualaikum….
Belis Polisi insuran tu dikira dalam simpanan juga kot? Saya rasa cara ini saja boleh simpan yang tak boleh ambil. Kalau ada masalah polis cover, kat tak tunggu tarikh matang boleh dapat duit.
September 20th, 2007 at 9:50 am
ermm..saya pernah mengikut tips yang doc bagi tue..bahagikan pendapatan kita kepada simpanan sendiri..untuk melakukan simpanan sendiri nie kena ada displin yang tinggi..maksudnya kalu dah ada niat nak menyimpan tue lepas tue tangan tue xyahlah gatai2 nak ambil balik untuk kegunaan pulak..
tp tips macam tue saya x tahan lama 2 tiga bulan lepas tue mesti sy guna balik duit simpanan tue..saya ingat saya kena simpan duit kat tabung yang diperbuat daripada besi kot..hehehe..
September 20th, 2007 at 9:59 am
salam.. mum,kin dah lewat.. tapi nak tanya jugak..
macam mane ek bagi saya seorang student nak simpan macam ckp tu? saya tak kerja,so tak dapat duit macam orang yang kerja and dapat gaji bulan-bulan. saya dapat duit dari parent every month. so, adakah patut saya simpan duit yang parent bagi tu ikut macam ape kate ? tempat mana paling sesuai utk disimpan?
September 20th, 2007 at 10:07 am
Mungkin boleh buat special akaun kat bank untuk simpanan….nak keluar kena guna buku…kalau guna kad juga…hehe..wassalam…
September 20th, 2007 at 11:11 am
setuju dgn bazarkita. masa duit tak terkumpul, mmg susaah nak lekat. tapi bila dah selonggok mmg rasa sayang nak dibazirkan. apa2 pun, jgn lupa save utk menjelajah ke seluruh dunia. ‘luas perjalanan luas la pengalaman’.
September 20th, 2007 at 11:18 am
lepas simpan cuba lupakan duit yg di simpan tu….buat2 hilang ingatan lah..
September 20th, 2007 at 8:10 pm
salam, kepada dclshahalam kalau buat2 hilang ingatan terus tak tau duit tu mana pegi naya jugak :p
September 22nd, 2007 at 6:07 am
Salam. Yang paling penting adalah keazaman yang tinggi untuk menyimpan. Tutup mata dari mengeluarkannya dari akaun simpanan (ASB, tetap, dsbg). Ada antara kita walau 1% untuk di simpan tapi tak dapat menyimpan, bukan tidak mahu menyimpan tapi malas dan berfikir’Alah kalu nak menyimpan setakat1% sikit sangat…’, jadi mereka langsung tidak endahkan perkara ini kerana malas nak menyimpan sesuatu yang sedikit tu… kerana mereka tidak fikir sikit-sikit lama-lama jadi bukit dan menjadi satu motivasi bagi mereka sendiri apabila melihat simpanan mereka bertambah didalam akaun mereka. Contoh Ayah saya dulu beliau hanya menyimpan hanya sekurang2nya RM10 sebulan, lama kelamaan beliau berjaya membeli kereta pertama jenis Volkswagen. Suatu kesedaran untuk saya sewktu saya kecil dahulu!
September 29th, 2007 at 12:13 am
wah..idea yg bagus..stakat bkerja 2 thn slps grad, xde lg simpanan sy..skarang baru sy sdr, perlunya displin dlm menyimpan..
dulu kalau pk, alah bile lg nk reward diri sendiri, jd berbelanja sesuka hati (ketika tu xde komitmen pn x menyimpan..)
skang ni dh ade kete, dh ade umah..baru menyesal x simpan awal bkerja..hmmm..sempat lg kah nk menyimpan ni??!
October 20th, 2007 at 4:11 am
Assalammualikum..
Setuju cakap REDHA.. tetapi pandangan saya, lebih baik buat simpanan ASB tanpa pinjaman, kerana pinjaman ada risiko.
May 7th, 2008 at 7:35 pm
hai everybody, and Master irfan..
sebenarnya saya ni susah nak menyimpan..sebab setiap bulan mesti ada disaster (perkara yg tak disangka kene belanja).. contohnya kene baiki kereta la, kene bagi pinjam duit adik nak blaja,jadi apa yg sy buat ialah simpan kat 2 tempat, satu kat ASB, satu lagi kat Unit trust lain. tapi baru nak bermula balik ni selepas 2 bulan tak dapat nyimpan sebab disaster (tak la teruk sgt disaster ni,cuma anggap mcm ujian la)..namun sy syukur juge la sbab gaji saya tinggi la,up to 2k. tapi kat malaysia ni,bila gaji naik sikit,barang2 keperluan pakat naik jugak. susahla pekerja2 cam sy ni. harap dapat simpan la kali ni dan bulan2 seterusnya.
ops,kene bayar ptptn lagi…waaaa
sy budget simpan tiap2 bulan dlm RM800,then that is 29% from my monthly salary. plg byk sy dapat simpan dlm RM 1k.
umur sy 25thn.bujang hehe..
leh bagi pandagn ke,cadangn ke
July 26th, 2008 at 11:30 pm
Saya baru terjumpa blog ni..terima kasih atas segala info cara nak simpan duit.