Simpan 10% untuk diri sendiri

Seringkali dalam buku kewangan menyeru kita untuk simpan 10% daripada pendapatan kita. Konsep “Pay yourself first!”

Adakah anda melakukan ini?

Konsep ini pada mulanya datang dari buku klasik The Richest Man in Babylon, yang mengatakan untuk simpan apa sahaja pendapatn harta kita 1/10 bahagian. Zaman kini, kita gunakan 10%.

Bagi mereka yang tidak melakukan ini, lakukan sekarang oleh kerana ia akan membawa anda kepada bebas kewangan dalam tahun-tahun akan datang. Bagi mereka yang tidak melakukan ini, mungkin selama ini terasa, hendak simpan 10% daripada pendapatan amat sukar. Sebab hujung bulan, memang habis semua duit, tak sempat menyimpan pun!

Jadi bagaimana?

Mudah sahaja, sekiranya anda tidak mampu menyimpan 10% dari pendapatan bulanan anda, mula pada 1% sahaja. Sekiranya pendapatan RM2,000, simpan RM20 sahaja. Takkan simpan RM20 tak boleh? 🙂

Sebulan dua kemudian, bila anda sudah selesa dengan menyimpan 1%, naikkan kepada 2%. Menjadi RM40 sebulan. Teruskan sehingga 3%… 4%… berbulan-bulan yang akan datang. Dengan cara ini, dalam 1 tahun, anda akan rasa selesa menyimpan 10% daripada pendapatan anda.

Sekiranya tidak boleh menyimpan 10% kerana terasa amat sukar, tidak mengapa, mulakan dengan 1% sahaja dulu. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!

Ingat, pay yourself first. Maksudnya, dapat gaji, terus simpankan % tu terlebih dahulu. Kemudian, baki, baru gunakan untuk bayaran2 tanggungan hidup 🙂

Esok saya akan ceritakan bagaimana hendak melipatkali gandakan simpanan anda!

ps: Sedar-sedar Cd Audio Motivasi saya “Wang & Anda” sudah berada di pasaran! Saya pun tak perasan ianya sudah berada di pasaran sejak minggu lepas. Hari ini saya mendapat panggilan mengatakan sudah OUT OF STOCK!

Print pertama kami hanya print 500 sahaja… kesemuanya SUDAH HABIS dikedai dan kini, kami sedang print lagi! Wah… memang tak sangka begitu cepat habis sehingga kami sendiri tak sempat nak jual online 🙂 Terima kasih atas sokongan anda! 

 

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

51 thoughts on “Simpan 10% untuk diri sendiri

  1. Kadang-kadang kita berjaya menyimpan untuk diri kita sendiri, tak kisah la berapa % yang kita simpan,malah ada kalanya melebihi 10%.Tetapi wang simpanan kita itu tak mampu bertahan lama,akan ada saja aktiviti ‘pecah tabung’ untuk membeli barangan yang kita inginkan.Bagaimana cara hendak memastikan proses simpanan ini tidak gagal?

  2. بسم آلله آلر حمن آلر حيم

    السّلام عليكم و رحمة الله

    Seperti kita sedia maklum 9/10 pendapatan adalah dari menjalankan perniagaan dan mungkin 1/10 lagi adalah dari simpanan kita sendiri.

    Walaupun berniaga sendiri kita kena juga bayar gaji pada diri sendiri â€Pay yourself first!” 😀 seperti yang Doc. sarankan 10% dari pendapatan kita.

    TQ Irfan 🙂

  3. Simpan rasanya boleh..tapi disiplin tu yang susah… kadang-kadang dah simpan boleh keluarkan balik.Kalau pakai tabung buluh tu boleh korek balik.Kalau pakai tabung gajah tu pecahkan pulak. Camner kalau keadaan camtu ?

    Dapat gaji simpan di Bank A,hujung bulan tak cukup duit ambil balik di Bank A.At last,takde saving dan balik seperti biasa..

  4. Tahukah anda kita mesti ada simpanan sekurang2nya 3 kali ganda daripada pendapatan kita untuk kes2 kecemasan yang memerlukan duit dengan segera cth kereta rosak…

  5. assalamualaikum..

    thanks , tips hari ni memang bguna untuk saya..tapi, sedih jgak tak sempat nak beli CD (dah out of stock..) 🙁

    saya akan nntikan, n beli online..jgn takde – miz lynx

    “usahawan pilihan kerjaya”

  6. Salam kasih sayang,
    Betul kata pd awalnya apa pun yg kita tak biasa memang sukar, tapi kita tidak ada pilihan lain kerana itulah ‘formula jutawan’. Saya cadangkan buat ‘pinjaman ASB’, ansuran jangka panjang 20 tahun, kita hanya perlu susah setahun, lepas tu ‘follow formula jutawan’ untuk seterusnya. Apa pendapat ?..
    Semoga diberkati. Amin…

  7. slmt mlm semua,
    kalau nak simpan kena lah simpan betul2…
    kalau simpan keluarkan balik baik simpan di tabung je senang…hehe… tak payah pergi bank keluar kan…hehe…

    gurau je tu…
    dalam nak buat simpanan kita mestilah berdisiplin… kalau tidak sia2 simpanan kita tu… macam ckp, kalau tak dapat simpan 10%, simpanlah 1% dulu untuk belajar buat simpanan…
    saya sendiri pun simpan 5% je…

  8. Sebenarnya betul apa yang han kata. kalau simpan, kemudian keluar balik untuk beli barang, itu bukannya nama “simpan”…

    ia hanya meletakkan duit ke tepi untuk digunakan semula.

    Kalau “simpan” maksudnya, jangan lagi diusik… sebab itu kalau tak boleh, mula pada 1% 🙂

  9. bagi saya cari pelan yang susah untuk dikeluarkan seperti unit trust. kalau simpan di bank, tambah2 lagi yang menggunakan ATM kad memang tak sampai ujung bulan pun dah ambil balik.

  10. Pada pendapat saya, saya lagi faktor menggalakkan kita menyimpan adalah target untuk pembelian sesuatu produk yang mahal. Target itu kita letakkan pada satu jangka masa yang agak panjang misalnya 5 tahun. Bila sampai masanya mungkin kita akan rasa sayang pulak nak membelanja wang itu.

    🙂

  11. Assalamualaikum….

    Belis Polisi insuran tu dikira dalam simpanan juga kot? Saya rasa cara ini saja boleh simpan yang tak boleh ambil. Kalau ada masalah polis cover, kat tak tunggu tarikh matang boleh dapat duit.

  12. ermm..saya pernah mengikut tips yang doc bagi tue..bahagikan pendapatan kita kepada simpanan sendiri..untuk melakukan simpanan sendiri nie kena ada displin yang tinggi..maksudnya kalu dah ada niat nak menyimpan tue lepas tue tangan tue xyahlah gatai2 nak ambil balik untuk kegunaan pulak.. 🙂 tp tips macam tue saya x tahan lama 2 tiga bulan lepas tue mesti sy guna balik duit simpanan tue..saya ingat saya kena simpan duit kat tabung yang diperbuat daripada besi kot..hehehe..

  13. salam.. mum,kin dah lewat.. tapi nak tanya jugak..
    macam mane ek bagi saya seorang student nak simpan macam ckp tu? saya tak kerja,so tak dapat duit macam orang yang kerja and dapat gaji bulan-bulan. saya dapat duit dari parent every month. so, adakah patut saya simpan duit yang parent bagi tu ikut macam ape kate ? tempat mana paling sesuai utk disimpan?

  14. Mungkin boleh buat special akaun kat bank untuk simpanan….nak keluar kena guna buku…kalau guna kad juga…hehe..wassalam…

  15. setuju dgn bazarkita. masa duit tak terkumpul, mmg susaah nak lekat. tapi bila dah selonggok mmg rasa sayang nak dibazirkan. apa2 pun, jgn lupa save utk menjelajah ke seluruh dunia. ‘luas perjalanan luas la pengalaman’.

  16. Salam. Yang paling penting adalah keazaman yang tinggi untuk menyimpan. Tutup mata dari mengeluarkannya dari akaun simpanan (ASB, tetap, dsbg). Ada antara kita walau 1% untuk di simpan tapi tak dapat menyimpan, bukan tidak mahu menyimpan tapi malas dan berfikir’Alah kalu nak menyimpan setakat1% sikit sangat…’, jadi mereka langsung tidak endahkan perkara ini kerana malas nak menyimpan sesuatu yang sedikit tu… kerana mereka tidak fikir sikit-sikit lama-lama jadi bukit dan menjadi satu motivasi bagi mereka sendiri apabila melihat simpanan mereka bertambah didalam akaun mereka. Contoh Ayah saya dulu beliau hanya menyimpan hanya sekurang2nya RM10 sebulan, lama kelamaan beliau berjaya membeli kereta pertama jenis Volkswagen. Suatu kesedaran untuk saya sewktu saya kecil dahulu!

  17. wah..idea yg bagus..stakat bkerja 2 thn slps grad, xde lg simpanan sy..skarang baru sy sdr, perlunya displin dlm menyimpan..

    dulu kalau pk, alah bile lg nk reward diri sendiri, jd berbelanja sesuka hati (ketika tu xde komitmen pn x menyimpan..)

    skang ni dh ade kete, dh ade umah..baru menyesal x simpan awal bkerja..hmmm..sempat lg kah nk menyimpan ni??!

  18. Assalammualikum..

    Setuju cakap REDHA.. tetapi pandangan saya, lebih baik buat simpanan ASB tanpa pinjaman, kerana pinjaman ada risiko.

  19. hai everybody, and Master irfan..
    sebenarnya saya ni susah nak menyimpan..sebab setiap bulan mesti ada disaster (perkara yg tak disangka kene belanja).. contohnya kene baiki kereta la, kene bagi pinjam duit adik nak blaja,jadi apa yg sy buat ialah simpan kat 2 tempat, satu kat ASB, satu lagi kat Unit trust lain. tapi baru nak bermula balik ni selepas 2 bulan tak dapat nyimpan sebab disaster (tak la teruk sgt disaster ni,cuma anggap mcm ujian la)..namun sy syukur juge la sbab gaji saya tinggi la,up to 2k. tapi kat malaysia ni,bila gaji naik sikit,barang2 keperluan pakat naik jugak. susahla pekerja2 cam sy ni. harap dapat simpan la kali ni dan bulan2 seterusnya.

    ops,kene bayar ptptn lagi…waaaa

    sy budget simpan tiap2 bulan dlm RM800,then that is 29% from my monthly salary. plg byk sy dapat simpan dlm RM 1k.
    umur sy 25thn.bujang hehe..
    leh bagi pandagn ke,cadangn ke

  20. Assalamualaikum.saya masa bujang ayah saya pegang buku tabung haji.setiap bulan simpan melalui potongan gaji,campur duit ayah saya bagi.cukuplah nak pergi haji.lepas kahwin ayah bagi saya pegang buku tue,habis saya pakai semua duit tue.nanti nak bagi ayah pegang balik.macam budak2 kan.

  21. rasa pakngah la,
    saya ni mcm org lain jugak…gaji 3 ribu..belanja 4 ribu..memang tak ada kesempatan nak simpan duit..maklum la..duduk di pekan besau mcm ni…bernafas je yg free…yg lain semua berduit…so..pak ngah mulakan dengan apa yg kengkawan selalu cakap..simpan duit syiling dlm poket.
    mula2 pak ngah dengar..berdekah ketawa..sampai pak ngah cakap, bila pak lah bukak office kat bulan pun takan kaya…tapi..ada sekor member no dia cabar pak ngah..bila tiap2 hujung bulan, beri dia duit syiling tu and then dia bank in dlm bsn pak ngah..buku dia pegang..jadi setiap kali jumpa kutu lahabau tu..pak ngah beri dia syiling..biar ade 20sen..pak ngah bagi..tiap2 kali bagi dia duit, pak ngah kata..kalau kau makan duit syliling ni pun, aku halalkan…cerita ni berlaku pada tahun 2007…pada 3 januari 2008, member ni datang rumah pakngah dan campak buku bsn ke muka pak ngah…terkejut pakcik..lahabau punya kawan..tapi bila buka buku tu…ada RM430.00 ! fulamak…dia kata..gunakan duit tu untuk bayar yuran anak…Ya Allah..yuran anak lebih kurang RM300.00 dan ada lebih RM100.00…sejak tu pakngah sedar kekuatan syiling. patut la ada seorang kawan lama pakngah yang berbangsa cina kata “kalau you mahu dapat RM1 juta…u mesti jaga itu 1 sen”..sejak itu..pakngah mula simpan syiling..cukup bulan, pakngah masuk dlm sspn (skim simpanan pendidikan nasional) 2 org anak pakngah…ada bulan tu dapat RM140.00 so setiap sorang dapat RM70.00…dan sehingga semalam, sspn kedua2 anak pakngah dah dapat lebih kurang RM800 lebih seorang…it means kedua2nya adalah dalam RM1600.00…fuyooooooo…syukur…itu la kuasa syiling..so..kalau tak mampu simpan 1%…simpan la syiling…kalau tak mampu jugak..berenti la jadi orang..start jadi rambutan ke..pepaya ke..pili bomba ke…ikhlas..pakngah kau orang..

  22. hai i annie..anie ada problem pasal penyimpanan duit…anie kadang pakai duit melebihi batas…annie suka sangat bershoping tak henti2….anie memang ada simpan duit tapi…annie guna akhirnya tuk masalah tertentu apa perlu annie lakukan

  23. assalamualaikum…

    btul arr..disiplin perlu kalo nak simpan duit,,kalo tak gamaknya,,ujung bulan korek smula simpanan tu,,,sy pun dulu susah gaknak simpan duit,,,lagi2 sblom kawen,,,asik nak kasi reward kat diri sndr,,,hihihi,,,mujur dapat husben yang penjimat,,hatta duit kawen duit kmpul sndrik tuhhh….bangga uiiiiii,,,kikiki…lpas2 kawen husben asik duk sindir,,,abis bulan duit abis,,lpas tu duk pk2 juga,,,ermm,,btul la,,kene simpan juga,,,nak2 time ekonomi merundum ni kan,,hasil sindiran husben, saya pun simpan duit singgit2 dalam kotak,,duit syiling simpan kat dalam tuperware…tapi tk pnh kira,,,ada la sekali kira ari tu duit singgit tu sedo tak sedo dah dkt rm200 & syiling dkt RM50,,kalo sebelum ni syiling tu sepah merata,,walhal kalo nak cukupkan seratus stiling tu juga yang di carikan,,,huhuhu,,,,pas tu nk selamat takut terpakai simpan katASB,,,buku lak husben pegang kalo kat tangan saya siap laaa,,,kuikuikui
    dan,,,,bulan2 die tlg bnk in smpnan saya and saya salute kat mak sy,,,tak keje tapi dlm asb die beribu,,,yelaaa..hasil anak2 bagi,,,alhamdulillah,,,hihihi,,,apa pun pendapatan yang kita ada,,yang pntg jangan lupa kira zakatnya,,,pembersihan harta seumpama pembersihan jiwa….wallahu alam..

  24. Salam,
    Akak ni dah bgelar ibu tunggal 2 tahun.x keje plak tu, harapkn duit socso arwah suami. Nak simpan xlah tiap2 bulan, cuma ada la sikit2. Ni tengah dok pk nak keluarkan duit simpanan untuk pergi kursus IK pada 4hb oct ni. Kalau x pgi sekarang bila lagi, masa terus berlalu. Kalau x btindak sekarang… duit boleh dcari!. Harap2 ini merupakan satu plaburan yang tepat. Dan kejap lagi akak akan buat operasi untuk kutip duit2 syiling yang bersepah2 tu..

  25. org melayu nie sebenarnya malas nk menyimpan. banyak alasan. kena tukar sikap dulu. selalu kena motivasi.. termasuklah diri sendiri 😛
    kata KP negara: hukum bunuh pun tak kisah.

  26. Sejak tengok rancangan Irfan & Abg Abu kat TV3 tempohari, semangat berkobar-kobar nak try jga…wlupun dah menabung sikit2 kat bank..tp tertarik jg tips mereka berdua tue…
    Skrg ini sy pakat dgn anak2 setiap hari duit belnja mesti ada baki wang belanja masuk tabung..anak2 semua sokong alhmdulilah!

    Satu lagi…klu beli brg dapur sy tak pernah beli bwng merah…cuma guna bwang putih n bwg besar..bwg merah mahal..

  27. askum..hakikatnya menyimpan ni kena la disiplin kuat..salah satu cara yg dapat digunakan adalah simpan kat bank yg takde kad ATM cthnya spt ASB (guna buku akaun jer, tu yg buat kita malas nk kuar akaun tu… leceh kena berbaris kat kaunter bank)… owh yer,ingat nak cari buku rahsia jutawan internet yg en, irfan tulis tu, tp susah nak dptla pulak dah skrg.. lg published ke?
    teruskan usaha utk berkongsi tips2 kewangan yg berguna pada org ramai ya.. all the best.

  28. salam semua.
    saya dulu pon dah start simpan duit syiling nih..ajak bini sekali..lumayan jugak la bila tiba masa nak kira..
    sekarang ni kami upgrade sikit strategi ni..setiap hari sorang bawak RM10 untuk blanja makan ari kerja..so kalau sebulan 22hari kerja, baru RM220..lepas kerja balik umah, terus masuk tabung apa2 baki yg ada..fuh! tiba time kira, senyum meleret woii..!
    insyaAllah buleh membantu mencapai target..

  29. Salam…

    Cara saya simpan duit adalah dgn menyimpan di bank yg tiada kad atm…saya menyimpan sbhagian gaji saya di bsn….dan alhamdulillah saya tak pernah kuarkan lagi duit gaji yang saya simpan dari tahun lepas….sebab saya tak kuarkan krn xde kad atm dan kalo nak kuarkan nye dgn menggunakan buku dan perlu pegi kekaunter yg saya rasekan amatla leceh….

    cubela kwn2 try care saya ni….

  30. dulu masa husbn jualan kat gerai lg saya dah menyimpan. sy keja gaji rm 350 jek. hsbn bg simpan dlm 200 jek. kira2 7 thn dulu. sekarang dia keja private sektor. gaji bersih 7k. saya x keja lg. insyaallah akan bekerja. saya amat disiplin dlm menyimpan. saya akan membahagikan 1/3 utk belanja. 1/3 utk hutang dan bil. 1/3 utk keperluan, makan, kecemasan dll. Tapi simpanan selalunya lebih dari 1/3 kalau tak ada kecemasan. saya simpan di ASB. Buat loan ASB rm 100k. 25 tahun. loan umah.sekarang ASB saya dah full. Tak leh simpan lagi. Kena plak simpan kat tabung haji pulak dan ASW 2020. Saya tengah mencari kat mana yg best pulangannya. Rumah saya lagi 2 tahun saya ingat nak habiskan bayar. Perjanjian dengan maybank 4 tahun baru boleh abis bayar.

  31. selama ini sy terleka dan x menyimpan langsung… namun sekrang sy nekad menyimpan walaupun gaji x tinggi… simpan jugak rm100 setiap bulan….

    antara cara nak ada duit lebih untuk simpan ialah kurangkan kos yg x perlu…

    contohnya kurangkan pakej astro, langgan yg perlu shj…

    bayar semua bil mengikut masa…

    kurangkan belanja mkn pagi, tengahari dan petang dipejabat…jika mkn tengahari rm6 setahun kosnya rm800…so berjimat2 lah

    kurangkan penggunaan elektrik, dalam peti sejuk simpan botol2 berisi air di celah makanan, ini dpt menyejukkan makanan dan anda dapat terus meminum air dari botol di dalam peti itu…

  32. emm best la laman ni..saya simpan jugak..tp yela masalah yg slalu dihadapi ialah emergency..etc; kereta buat hal dsb..pastu terpaksalah keluarkan wang simpanan di tabung haji dsb..saya tak pakai kredit kad..sbb xnak hutang..sy baca semua pendapat disini bagus2..yang penting adalh sikap kita..

  33. saya baru bekerja selama setahun setengah..dan apa yang membuatkan saya menyesal, selama bekerja saya tiada menyimpan wang secara tetap..saya cuma melabur dalam takaful, koperasi dan wat loan ASB..so, target saya nak simpan rm15 sebagai simpanan rezab..so..selepas ini, saya kene kuatkan semangat untuk capai target..insyaAllah.

  34. memang hangatb topik ni…sy amat teruja… sy pn menyimpan duit pd mulanya dgn menabung duit syiling je…kemudian..simpan duit kertas…
    kena sabar dan jgn ingat yg kita ada simpan duit….sy pura2 buat lupa 🙂 bila dah tiba masa nk cek saje2 je nak tgk wow….tak sangka duit yg kecil nilainya blh jd besar jika berterusan buat tabungan….dapat membantu!
    semua ni dari diri kita sama ada nak maju atau tak.. 🙂

  35. salam, syok jugak ya baca komen sekalian insan yang mempunyai azam dan motivasi yang begitu membanggakan..

    saya seorang pelajar, dan nak simpan rm50 kat asb sebagai simpanan jangka panjang dan rm50 lagi kat bank rakyat untuk jangka pendek.. tapi masalahnya duit kat bank rakyat tu selalu abis sbab ada kad atm kan..

    jadi camana yek? harus@wajib simpan semua kat asb ke?

  36. hi,,, boleh ajar saya macam mana caranya nak simpan duit untuk masa depan sebab kalau bank memeng selalu boleh korek sini korek sana

  37. Hidup perlu ukur baju di badan sendiri. Insyaallah, segala-galanya mungkin terjadi. Anda mungkin boleh menjadi jutawan seperti ……

  38. Salam semua…

    seronok juga baca komen2 yang ada ni ..satu pengetahuan dan pengalaman yang dapat kita kongsi bersama …. saya ni dah keje kat sektor kerajaan dalam 8 tahun .. gaji bolehlah ..cuma saya ni dulu tak tahan nak menyimpan .. tiap bulan je tunggu gaji …masuk bank . jadi walau pun tiap bulan simpan duit awal bulan …tapi bila dah hujung tu korek balik…jadi tak menjadi jugak simpanan.

    tapi bila dah usia semakin meningkat, dengan kos hidup yg semakin tinggi dan masalah ’emergency’ yang tidak kita duga… kita harus ada wang simpanan. janganlah susahkan saudara mara dan mak bapak kita lagi ..mereka pun ada tanggunjawab sendiri … sama2lah kita menabung walaupun mula dari 1% dari gaji kita kan …?

  39. assalamualaikum…
    thank you pasal penerangan pasal self saving..
    minta izin utk copy pasal penerangan ini..

  40. Simpan emas, dlm jangka masa panjang harga xpernah turun. Beli yg kecik2 ja dulu.. Harga mgkn mahal, simpan duit sikit2 dulu 2-3 bulan @ lebih, dah sampai target baru beli.. Simpan emas kita xrasa spt kita byk duit, tp klu simpan duit rasa mcm ‘kaya’ ja..

    Tp apa pun, simpanan duit tetap perlu utk masa2 kecemasan.. mana2 pun tip kewangan, ‘menyimpan’ adalah senjata utama.. 🙂

  41. Terima kasih tuan Irfan Khairi kerana tunjuk ajar cara nak capai 10% simpanan. Perlu bermula dari 1% dulu!

    Tak terfikir pulak saya idea ni. Bolehlah ajar anak dan isteri saya teknik mencapai sasaran simpanan 10% dari pendapatan.

  42. Salam..saya baru menceburi bidang perniagaan kecil-kecilan..lepas kahwin saya terus niaga char kue teo..bukak stall je..masalah saya dah dekat setahun tapi saya masih tak dapat menyimpan duith..nak berbelanja pun susah..boleh bagi pendapat yang bernas??

  43. Salam..saya baru menceburi bidang perniagaan kecil-kecilan..lepas kahwin saya terus niaga char kue teo..bukak stall je..masalah saya dah dekat setahun tapi saya masih tak dapat menyimpan duith..nak berbelanja pun susah..boleh bagi pendapat yang bernas??terima kasih

  44. salam… seronok tgk post yg membina mcm ni… anda inspirasi kami… saya percaya kuasa menyimpan… saya sendiri amalkan amalan menyimpan…saya menyimpan x kira peratusan kadang2 mmg lebih dr 10% malah kalau x perlu guna duit sya akan simpan sehingga 85% dr gaji bulanan saya… saya berjaya menabung RM135,000 dalam masa 5 tahun… syukur kepada Allah..saya masih kuat utk lawan nafsu berbelanja saya…semoga duit ini akan sentiasa berkembang dimasa akan dtg…

  45. Assalammualaikum. Sy pernah kerja sekejap dalam 2 tahun. Gaji dapat dalam 1000 sebulan, sewa rumah dgn kawan2. Baki gaji setelah tolak semua kos masih ada banyak. Tapi saya tak pernah menyimpan dgn tetap dan sikit saja wang gaji yg disimpan. Walau gaji kecil, saya agak boros dan membazir. Sekarang sy menganggur lepas tamat kontrak, semua disupport pa and ma. Saya bagai disambar halilintar bila tengok balik akaun simpanan ada wang ciput saja. Sy sempat beli bar emas 60g. Jual semula dapat untung rm1k dan modal. Mujur sy beli emas, jika tidak pasti duit tersebut jg sy habiskan. Sekarang sy belajar menyimpan dan mengelakkan sikap boros. Semasa belajar di kolej sy pernah boros dan tak sangka ketika kerja, sy masih bersikap boros. Saya akan jadikan sebagai pengajaran dan peringatan agar tidak boros lg. Sy cuma ada simpanan 20k sj-satu hakikat yg sangat menyedihkan di usia 31 tahun ini, malah tiada pekerjaan apatah lagi keluarga sendiri kerana sy masih bujang. Kelak jika bekerja semula, sy akan berusaha lebih untuk menyimpan dan tidak mahu membazir lagi. Cukup 2 kali sy terleka….

Leave a Reply

Your email address will not be published.