Simpanan yang tidak dikira

Hari ini di segmen motivasi kewangan saya di WW bersama Irfan Khairi di Astro Awani, saya menjelaskan mengenai simpanan yang tidak dikira.

Kita tahu bahawa kita harus menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada rezeki kita untuk masa hadapan. Sekiranya pendapatan kita RM2,000, perlu simpan RM200. Sekiranya suami isteri (anggap keduanya berpendapatan RM2,000) maka, simpanan bulanan adalah RM400.

Nak jadi jutawan, agak lama pada kadar pulangan pelaburan 10%- lebih 30 tahun!. Tetapi, perlu ingat 3 faktor yang kita tidak mengambil kira:

  1. Sekiranya makan gaji, gaji akan naik apabila diberi masa melalui pengalaman.
  2. Sekiranya menjalankan perniagaan, pengalaman akan mengajar memaksimakan keuntungan apabila diberi masa.
  3. Sekiranya makan gaji, EPF juga akan menambahkan simpanan & pelaburan kita di masa hadapan.

Sebenarnya, untuk mencapai simpanan RM1 juta, tidak sesukar yang disangka. Hanya perlu menyimpan secara berterusan dan berdisiplin.

Contoh:

Suami isteri yang berpendapatan RM2,000 seorang dan menyimpan/melabur 10% iaitu RM400 setiap bulan, akan berjaya mencecah RM1juta dalam masa 32 tahun (lebih kurang). Tetapi, masanya agak lama!

Namun, apabila di kira EPF, untuk mencapai RM1 juta, ia mengambil masa dalam lingkungan 25-30 tahun. Masih lagi lama!

Tetapi, sekiranya pendapatan mereka bertambah RM200 setahun, dan masih menyimpan 10%, untuk mencapai RM1juta adalah kurang dari 25 tahun!

Kini, mencapai angka 1 juta adalah milik semua, walaupun berpendapatan sederhana – 😉 Mudah kan? But… start saving now!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

17 thoughts on “Simpanan yang tidak dikira

  1. aik.. pelik la. Saya dah kira, kalo suami isteri tu menyimpan rm400 sebulan selama 32tahun. Mane sampai rm1juta doc.. ???
    rm400 x 12 = rm4800 (setahun)
    rm4800 x 32 = rm153,600 (32 tahun)

    ?????

    tp jika 1jutassss0 (duit yg dkumpul dlm 1 thn).. maka selama 208 tahun la br boleh tercapai.. huhu..

  2. Assalamualaikum

    Irfan,
    Bonus belum keluar lagi pun orang dah mula merancang how to spend the money that they’ll get.Impian untuk jadi jutawan tu memang ada tetapi bagaimana untuk berbelanja macam jutawan lah bukan menyimpan untuk jadi jutawan!!!tapi kalau ikut stail Irfan yang gemar menyimpan nanti ekonomi tak atau kurang berkembang pula.Ini saya yang bodoh nilah fikir sebab semalam saya cuba nak tubuhkan satu Bank Investment and Services tetapi calon yang saya fikir untuk bantu saya dalam bahagian fiqih Islam bagi pelaburan gagal ditemui dan saya kena bertindak berani melangkah sendiri dengan kederat yang saya ada untuk berbincang dengan Bank Negara.Ini sebab ingin wujudkan Bank Islam sebenar mengikut acuan yang saya fahami tentang Riba’ dan Perkhidmatan Kad DEbit untuk semua orang agar orang miskin macam saya pun dapat membeli barang guna internet macam Irfan yang dah memang kaya dan terbiasa dengan duit plastik.

    Wassalamualaikum

  3. hakimi > “…Ini saya yang bodoh nilah fikir sebab semalam saya cuba…” dan “… orang miskin macam saya…”

    Sekiranya anda asyik cut yourself short mengatakan diri anda bodoh dan miskin berkali-kali (tak silap saya ini bukan kali pertama) dan menurunkan diri anda sendiri, anda yang akan rugi. orang pun akan rasa keberatan membantu dan menjayakan matlamat anda.

    silap-silap ia juga akan menjadi doa dan menambahkan kekurangan yang sedia ada.

  4. Dengan disiplin diri yang berterusan untuk menyimpan, insyallah boleh sampai target jutawan.

    Kalau boleh biar buat potongan automatic dari akaun. kalau tak bimbang duit tu ‘hilang…hehehe’ on the way nak ke bank.

  5. Terima kasih
    Betul juga ‘shuk'(tak pun poket selalu bocor kena tarik ‘jualan murah’), potongn terus ke ‘simpanan pelaburan’ yg memberi pulangan lbh 10%.
    Satu lagi cara sertai ‘program pengguna bijak’, pengguna blh jadi JUTAWAN dgn ‘bijak belanja’ bukan ‘jimat belanja’.
    Hakimi, cuba lihat magnet rezeki mudah-mudahan ‘ada hikmahnya’
    Wallahu’alam….

  6. Tak sangka dengan saving je pun boleh jadi jutawan…cuma ambil masa yang panjang.Kalau usaha lebih, dah tentu boleh jadi jutawan lebih awal macam 🙂

  7. Calculation Irfan tu buat saya bersemangat utk menyimpan secara lebih komited dan konsisten. W’pun tak sempat jadi jutawan pun, yg penting simpanan kita tu yg pastinya utk kebaikan kita sendiri, dan sbg “payung di kala hujan”…

  8. Assalamualaikum
    Bagaimana cara agaknya kita bileh membuat simpanan 10% dari pendapatan kita jika perbelanjaan kita tidak mengizinkan kita memotong 10% itu?

  9. mmmm..memang susah nak menyimpan kalau tak da disiplin…Jadikan tabiat….cuba simpan rm0.10 sen bagi setiap satu jam…..cuba displin kan diri…jgn terus simpan rm2.40 sehari….tapi setiap sejam masukkan rm0.10…
    amacam….. berani cuba?

  10. Assalamualaikum Irfan..

    Tq di atas tip ni. Sy dah mula simpan 10% gaji bulan ni. Harap sy dpt jadi usahawan jutawan yg beriman macam

    All the best…!

  11. Thanks for the tips..

    Kene mula merancang kewangan time muda2 lagi ni..and start invest sikit2. Tapi tau lah jiwa muda.. shopping asik dalam kepala jek..huhuhu ;0

  12. saya merupakan pelajar universiti yang mendaftar pada bulan 9 yang di ipta.saya ada merancang untuk membeli kereta yg schand,pada mulanya saya merancang untuk beli motor,.jadi saya mempunyai target untuk membeli kereta kancil pada semester ketiga nanti,pada awalnya saya rasa mustahil,tetapi saya nekad untuk membeli …dan ia akan memudahkan saya.jadi saya nak tanya,…macam mana saya nak merancang kewangan saya, walhal saya merupakan seorang pelajar.

Leave a Reply

Your email address will not be published.