Perniagaan Internet Malaysia, Asia dan seDunia

Antara tip-tip saya bentangkan semalam tentang peluang perniagaan Internet terutama untuk kita di Malaysia (juga Singapura & Brunei), ketika Gerak Usahawan 2007 adalah…

  • Jumlah pengguna Internet Asia adalah lebih tinggi daripada jumlah pengguna Internet Amerika Syarikat dan juga Eropah. Bagi setiap 5 orang pengguna Internet di dunia, 3 daripadanya adalah pengguna Internet Asia! (Sumber: IWS)
  • Statistik ini memberi peluang perniagaan Internet bagi usahawan Internet Malaysia oleh kerana lokasi Malaysia yang sangat strategik di tengah-tengah Asia. Ia memudahkan penghantaran produk dan perkhidmatan dan juga mengurangkan kos penghantaran.
  • Jumlah pengguna Internet di Malaysia kini adalah seramai 14 juta pengguna. Sementara jumlah pengguna Internet sedunia adalah seramai 1.2 billion pengguna! (Sumber: IWS). Majoriti pengguna Internet sedunia memahami Bahasa Inggeris.
  • Laman web perniagaan Internet berbahasa Malaysia juga mempunyai pasaran yang luas oleh kerana pasaran boleh menjangkau pengguna Internet Malaysia, Indonesia, Singapura dan juga Brunei. Statistik menunjukkan bahawa 20 juta penduduk dunia menggunakan bahasa Malaysia. (Sumber: CIA)

wmap.jpg

Ingin saya quote Pak Lah ketika pelancaran Gerak Usahawan mengenai keusahawanan…

Mengenai peluang besar dalam bidang keusahawan, Perdana Menteri menegur golongan yang tidak berfikiran jauh supaya menilai dan mengambil kesempatan daripadanya dan tidak hanya tertumpu untuk mencari kerja makan gaji.

Katanya, Malaysia yang makmur dan pantas membangun membentangkan banyak peluang perniagaan, cuma ramai yang kurang menggunakan akal dan malas hingga peluang itu tidak dapat dimanfaatkan.

“Rasulullah sendiri menyatakan bahawa sembilan daripada 10 bahagian rezeki itu datangnya daripada perniagaan. Semuanya bergantung kepada usaha kita,” katanya. (sumber: Berita Harian)

Perniagaan Internet adalah satu pilihan dalam memulakan perniagaan! Sekiranya berminat untuk menyertai Workshop Jutawan Internet, klik sini!

Esok saya akan beri lagi tip yang dikongsikan 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

20 thoughts on “Perniagaan Internet Malaysia, Asia dan seDunia

  1. Pasaran “offline” juga perlu diambil kira untuk membesarkan lagi pasaran. Jangan kita tertumpu kepada promosi dan pemasaran “online” saja.

    Doc. Cayalah.com bila nak dilancarkan? Den dah tak saba nak ketahui pakej dan servis yang Doc. nak offer. 😉

    Diharap cayalah.com dapat dimanafaatkan oleh usahawan2 internet yang beginner’s macam den ni. 🙂

    Hisham;
    â€Orang NS kato cayolah” 😀 MERDEKA!!!

  2. betul tu . apa yang dikatakan pak lah dari hadis mengenai 9/10 punca rezeki itu dtgnya dari perniagaan .. dan perniagaan internet adalah yang saya rasa paling mudah untuk dikuasai jika kene pada caranya..

  3. masyaAllah… bagusnya info pasal statistik nih! tak de alasan lagi la nak berfikir bahawa pelanggan/ rakan niaga/ downline susah hendak dicarik! sila buangkan perkataan susah (yang menyusahkan dan negatif itu) dalam kamus hidup, ho ho 😀

    *syabas Irfan! teruskan perjuangan ‘memerdekakan’ paradigma anak bangsa terhadap perniagaan dan keusahawanan (online esp.)

  4. Pasaran mmg luas klu kita nak jalankan perniagaan internet. Tapi masih ramai yg tak nampak betapa perniagaan ni boleh pergi jauh. W’pun diorg tahu ramai jutawan (dan contoh plg dekat ialah Irfan sendiri) yg telah lahir bisnes internet ni, mereka masih belum berani meyahut cabaran dan mengorak langkah atas pelbagai alasan – sibuk, tak tahu nak jual apa, takde masa, lebih selesa makan gaji etc. Pendek kata, masih ramai yg belum berani utk keluar zon selesa masing2.

    Bagi yg dah bermula…. teruskan usaha. Klu rasa demotivated, blog Irfan ni sangat berguna utk membangkitkan semangat anda dan meneruskan momentum anda. Lebih baik bermula awal sbb perniagaan kita sudah matang pada saat lebih rakyat Malaysia khususnya mula meletakkan kepercayaan mereka terhadap bisnes internet dan kaedah pembelian secara online…

  5. Betul tu Yang penting mulakan teruskan dan kembangkan. Tidak berputus asa. Dunia perniagaan perlukan kecekalan dan usaha yang berterusan.

    Peluang sentiasa ada, cuma cara bagaimana kita merebut dan mengusahakannya sahaja yang berbeza.

  6. bukannya diorang taknak bisnes internet ni. kebanyakannya tak tau cara nak gune internet ni apatah lagi nak buat laman web sendiri. Bape harga buku IK? Sy cam berminat plak nk menceburkan diri.

  7. Assalamualaikum Irfan…

    Tq to on todays very invaluable tips. I feel very lucky to have it walaupun tak dpt pergi pd hari tsebut terubat sikit rasa terkilan sy..:-)

    Maaf sy tanya sikit ni. Dlm buletin utama tv3 itu hari, masa berckp ada pie chart kat background dia. Boleh ke sertakan chart tu kat tip 1 minit ni & beri sedikit penerangan mengenainya please? Tq

    Masa berdiri di atas meja vip tu, apa penerangan yang berikan? Boleh beritahu kami semua? Tentu ianya amat menarik & berharga bagi kami yang baru belajar ni.

    TQ Irfan. Jangan lupa tips part 2, besok ya…:-)

  8. cayalah dengan talk kat GU07 tu.Saya tak berkesempatan nak pergi..tapi sempat tgk dalam TV3 jer, okla tu..

    memang perniagaan internet membuka peluang yang amat luas. cuma antara berani dengan tidak jer!Bisnes apapun kena belajar dulu, termasuklah bisnes internet ni!

  9. tahniah diatas kejayaan doktor..memang saya yang sebangsa dengan doktor sangat berbangga.

    Betul kata Pak Lah tuh..saya masih terngiang2 duk terpikir..adakah pemikiran saya nie dah jauh kedepan atau jauh kebelakang?

    disini juga saya nak share dengan semua satu laman web pasai internet usage at Asia nie..

    http://www.internetworldstats.com/stats3.htm

    Terima Kasih

  10. Sudah tiba masanya untuk kita mencuba sesuatu yang baru iaitu pemasaran melalui internet.Kalau sebelum ini usahawan banyak menumpukan kepada pasaran offline, tiba masanya untuk melakukan perubahan.

  11. Sama2 kita guna peluang yang ada…jumlah pengguna internet akan sentiasa bertambah dan yang celik mengenai pembelian melalui internet pun insyaallah akan bertambah.

    Saya setuju mengenai penggunaan Bahasa Malaysia pun kita dah mampu mendapat yang luas. Dah ada sahabat2 kita yang telah dapat menebusi pasaran-pasaran seperti Singapura, Indonesia, Brunei dimulakan melalui internet.

  12. sudah 14juta doc. wah, satu perkembangan yg hebat. rasanya baru je lagi cecah 10juta.
    quote tu bagus. ramai lagi rakyat M’sia perlu disedarkan tentang kelebihan perniagaan. tak perlu mengharapkan kerja makan gaji jer… Justeru ini boleh membantu mengurangkan kadar pengangguran…

  13. yup..sgt betul kata IK tu. kalau nak di kira-kira terlalu luas pasaran internet yang boleh kita dapat jika menggunakan teknik yang betul. Jadi sudah tentu keuntungan yang boleh diperolehi juga berlipat kali ganda dengan pernigaan internet..tak gitu?? 😉

  14. sy nak wat bisnes ni tp x tau cam ner.. terkial kial lg. x de sape nak ajar.. sy gak rs kurang yakin ngan bisnes ni tp sy perlu kan duit. sy terpaksa berhenti study coz x da duit nak sambung study.. nak cari keje susah nak dpt. family org susah. parent lak dah tua. adik beradik ada, tp x nk susah kan dorg. some body, please help me.. especialy doc.. my fon no is 0175056106.

Leave a Reply

Your email address will not be published.