Tip Satu Minit

Salam hormat,

Mula-mula sekali ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda atas sokongan yang diberikan kepada saya sejak satu tahun yang lalu.

Sebagai balasan, kini, saya ingin memberi satu berita baik untuk anda!

Atas sokongan yang diberikan, saya ingin membantu anda dalam mencapai kejayaan dalam perniagaan (tidak kira perniagaan Internet atau bukan Internet) secara percuma… SETIAP HARI!

Oleh itu, saya akan memberi kepada anda tips untuk berjaya dalam apa jua perniagaan (tidak semestinya perniagaan Internet!), kehidupan dan kewangan.

Setiap hari, saya akan menulis Tip-Satu-Minit untuk anda tatapi dan gunakan untuk faedah anda. Tips-tips tersebut adalah percuma, namun, saya harap faedah yang diterima dari tip-tip tersebut akan memberi pulangan berkali-kali ganda. Saya akan meluangkan masa setiap hari untuk menulis, saya harap anda juga akan meluangkan 1 minit sehari untuk membacanya 🙂 Boleh?

Apakah Tip-Satu-Minit?

“Tip Satu Minit adalah tip harian pendek, padat dan berinformasi. Khas untuk anda yang inginkan maklumat cepat dan tepat untuk menjayakan perniagaan, kehidupan dan kewangan anda. Luangkan 1 daripada 1,440 minit sehari anda di sini- jangan ketinggalan oleh kerana ia mungkin dapat mengubahkan hidup anda!”

Mulai hari ini, pastikan anda tidak terlepas mengikuti tip-tip daripada saya. Tip yang diberikan adalah paling berkesan bagi mereka yang memiliki apa jua perniagaan (kecil-kecilan) ataupun dalam perancangan untuk memulakan perniagaan satu hari nanti.

Tip Satu Minit: Irfan Khairi di http://tip.irfankhairi.com atau http://www.irfankhairi.com/blog

Jumpa lagi esok… esok… esok… esok, dan seterusnya!

~Irfan Khairi

Leave a Reply

Your email address will not be published.